Monday, July 5, 2021

Selamat Pagi Semua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat kembali ke pejabat.. Hehehe.. Hari ini dah kena masuk pejabat semula.. Lama tak tengok meja kerja, akhirnya terlepas rindu di hati.. hahaha.. Hyperbola sangat.. Kikikiki.. sebelum masuk pejabat, haruslah beli sarapan dulu.. Kemudian barulah semangat datang.. Jomlah sarapan..

Belanja selfie satu kali.. kikikiki..

Sumber gambar: Encik Google..

Sunday, July 4, 2021

ebook | Nyctophilia oleh Ayeshah Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis membawakan cerita 2 negara iaiti Thailand dan Malaysia.. Bilalah boleh rentas negara ek.. hehehe.. Kita rentas melalui buku je dulu.. Buku ini 3 serangkai tau dan Sha berjaya beli dengan harga kombo.. Kalau korang berminat boleh cari FB penulis.. 

Kisah Ahmad Zaheen yang sangat membenci ayahnya.. Dibesarkan di Thailand oleh datuknya yang juga seorang gengster.. Ahmad Zaheen bertukar menjadi Khen.. Membunuh pada Khen seperti makan nasi.. Dilakukan setiap hari tanpa perasaan.. Namun bila mak Yang disayangi lari ke Malaysia sebab ayahnya, Khen mula menghadapi konflik yang tak terduga.. Cubaan membunuh dirinya membuatkan Khen bertemu Anggun.. Pertemuan yang tak disangka tapi sebenarnya dirancang.. Ada yang cuba mengatur hidup Khen dengan membunuh orang yang dekat dengan dirinya.. 

Penulis turut menyelitkan segmen ilmu dibahagian akhir novel.. Malah diawal novel sudah dituliskan amaran bahawa novel ini bacaan dewasa.. Ada sedikit babak intim suami isteri dipaparkan.. Namun tidak keterlaluan..

Sha baca dan selesai pada 04.07.2021..

Sha beli kombo masa sale dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published June 2021

Filem Animasi Jepun | Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba - Hashira Meeting: Butterfly Mansion (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini no 2 rasanya.. Sha pun tertengok dekat iQiyi.. hehehe.. Ada 3 tajuk untuk filem dan satu untuk siri.. Main tekan je.. hahaha.. Malas nak google.. Tapi okay je.. Boleh je faham jalan cerita dia..

Filem yang ini mengisahkan bagaimana Tanjiro dan Nezuko yang ditangkap kumpulan Hashiras nak dihukum.. Salah seorang pahlawan Hashiras ini cuba buktikan yang Nezuko tak akan dapat tolak darah manusia sebab dia dah bertukar Demon walaupun Tanjiro cakap Nezuko tak pernah serang manusia.. Walaupun pahlawan Hashiras tu sua tangan dia yang bedarah namun Nezuko buat tak tahu dan palingkan muka.. Maka salah seorang dari pahlawan Hashiras iaitu Insect Hashira
Shinobu Kocho telah menawarkan diri untuk merawat dan melatih Tanjiro di Butterfly Mansion.. Maka bermulalah latihan Tanjiro bersama kawannya sebelum di arahkan untuk tugasan..


Makanan | Nissrina Mooncake Mini Mix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makanan yang menjadi kegilaan Sha.. hahaha.. Mooncake.. Kali ini kita cuba keluaran Nissrina pula.. Ada pelbagai perisa dan juga saiz.. Sha pilih kombo mini mix.. Ada 6 ketul dengan 6 rasa.. Sedap, lembut dan berbaloi dibeli.. Owh ya.. Ini bukan review berbayar.. Sekadar berkongsi dengan anda semua apa yang menarik Sha beli.. hehehe.. Berminat? Boleh cari di Facebook..

Menarik sebab bekasnya yang special dan sesuai dijadikan sebagai hadiah.. Harga untuk kombo mini mix ini ialah RM36 dan postagenya RM10..

Siap ada pisau, garfu plastik untuk memudahkan pelanggan makan..

6 rasa itu ialah:-
Redbean
Mungbean
White bean pumpkin
Redbean eggyolk
Mungbean eggyolk
Pandan melon

Pandan melon
Cantikkan warna pandan tu dihiasi biji melon.. Rasa yang tak terlalu manis dan sedap dimakan.. 

White Bean Pumpkin
Sedap sebab setiap gigitan ada biji labu.. Terasa rangup dan tak manis.. Memang bestlah layan..

Mung Bean
Rasa dia sangat mewah.. Namun tak manis.. Sesuai dia makan bersama secawan kopi.. hehehe..

Mungbean Eggyolk
Warna kuning telur yang cantik.. Rasa manis dan masin yang sangat cantik.. Hehehe.. Sedap..

Red Bean
Sedikit manis namun masih sedap buat mereka yang meminati kacang merah..

Redbean Eggyolk
Telur kuning tu berjaya mengimbangi rasa manis kacang merah.. Memang sedap dan berbaloi..

Saturday, July 3, 2021

ebook | Bibik Milenium Balik Dubai oleh Aein Dhiyauddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rupanya novel ini sambungan kepada novel bertajuk Bibik dari penulis yang sama.. Namun masih okay dan boleh faham keseluruhan cerita, walau tak baca novel yang sebelum ini..

Kisah sepasang suami isteri bernama Khalis dan Suhaila.. Suhaila merupakan arkitek yang berjaya membina Menara Ophelia di Dubai dan telah berkahwin dengan Khalis.. Semasa percutian mereka ke Dubai, Suhaila ditawarkan kembali bekerja ke Dubai untuk membangunkan Ophelia Mega City.. Namun tawaran itu menyebabkan keretakan didalam rumah tangga beliau.. Khalis faham akan impian isterinya namun untuk menjadi mr. mama bukanlah mudah.. 

Penulis berjaya menyampaikan konflik suami isteri mengenai pekerjaan dan kedudukan seorang suami dengan cara yang menarik.. Malah campur tangan orang luar dalam hubungan suami isteri juga berjaya diletakkan dengan menarik..

Sha baca dan selesai pada 02.07.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2019 by Love Novel Publishing Sdn. Bhd.

Nestle Fitnesse: Red Berries

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dah lama sebenarnya cereal bar ini.. Cuma tak ingat simpan kat mana.. Semalam barulah jumpa masa mengemas.. Sedap rupanya Cereal bar ini.. Ada rasa masam dari red barries tu yang berjaya mengimbangi rasa manis coklat putih di lapisan bawah cereal.. Lepas tu cereal bar ini mengenyangkan.. Sha makan 1 ini masa lunch dan tak makan nasi pun.. Petang baru lapar balik.. Kira okaylah kan untuk yang nak jaga pemakanan.. hehehe.. 

Harga dia dalam RM2 kalau tak silap SHa lah.. hehehe..
Lupa.. Lama dah beli..

Nampak tak ketulan-ketulan yang berwarna pink/merah tu?? Itulah dia red berries..

Buku | Dr Bubbles Goes to Hospital: Fun-Filled Activity Book! by Latfy Anuar Latif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha menemankan Imani membaca untuk kelas PdPR Bahasa Melayu.. Setiap hari Jumaat pelajar diminta untuk membaca dan mengisi IQ Nilam.. Makanya duduklah mak dan anak membaca.. Sha beli buku ini dah lama, baru ini nak tengok.. Rupanya buku ini lebih pada aktiviti bukannya untuk membaca.. Seronok jugalah melayan Imani membuat aktiviti yang terdapat dalam buku ini.. Paling seronok bila kena bina perkataan lain dari "Bubbles" dan "Hospital".. Di akhir buku ini ada disertakan trivia mengenai hospital..

Published 2015 by Buku Prima
Koleksi peribadi Sha..

Friday, July 2, 2021

Filem Jepun | Gintama (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik untuk bergelak ketawa.. hahaha.. Jepun kalau buat filem live action memang ohsem untuk ditonton.. Tambahan pula cerita pasal alien yang menakluk Jepun memang lagi lain macamlah filemnya.. Hehehe..

Alien yang digelar Amanto telah berjaya menakluki bumi dan hidup bersama manusia.. Alien ini tak bagi penggunaan pedang.. Namun Sakata Gintoki dengan selambanya membawa sebatang pedang kayu ke hulu ke hilir dan menyerang Amanto.. Kawan baik Gintoki secara tiba-tiba hilang dengan kemunculan samurai  yang mencari pahlawan pedang dan mengajak mereka berlawan.. Gintoki dan sahabatnya menyiasat hinggalah mereka menjumpai kapal besar yang besar yang mencurigakan di tepi pelabuhan.. Ada sahabat lama yang bersepakat dengan alien untuk menghapuskan manusia..

Movie: Gintama
Also Known As: Gin tama
Screenwriter & Director: Fukuda Yuichi
Genres: Action, Adventure, Friendship, Comedy, Sci-Fi
Country: Japan
Release Date: Jul 14, 2017
Duration: 2 hr. 10 min.
Set in the Edo period of a parallel world in which aliens from outer space called Amanto dominate the Earth, the film comically portrays various incidents which occur around Sakata Gintoki, an eccentric samurai who performs odd jobs, and his companions. In the director's chair is Fukuda Yuichi of the television series "Yusha Yoshihiko".
Gintoki is a handyman in an Edo town. He receives information a former comrade, Takasugi, is planning to overthrow the shogunate.
(Source: JFDB)

~A live-action adaptation of Sorachi Hideaki's mega-hit manga.~

Klinik Kaunseling Anjuran AKRAB Kementerian Pengajian Tinggi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah hari ini Sha berjaya sertai satu lagi program yang menarik.. Kali ini anjuran Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama AKRAB Kementerian Pengajian Tinggi.. Tajuk yang dibawakan mereka ialah From Stress To Strength: Tips To Build Resilience During Pandemic yang disampaikan oleh  Dr. Rozanizam bin Zakaria, Assistant Professor DU54; Psychiatrist dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA)..

Pada Sha tajuk ini memang sangat bagus untuk keadaan semasa dengan statistik bunuh diri yang makin tinggi.. Semua kita sekarang ini berada dalam keadaan tertekan.. Walaupun tekanan yang setiap kita hadapi berbeza namun kita semua perlu belajar untuk menguruskan tekanan ini.. Kerana kalau pengurusan tekanan kita salah, kesan dan akibatnya memang tak terduga.. Kena tanya juga adik beradik, saudara mara, rakan taulan dan jiran tetangga.. Sama-sama ambil tahu.. Kalau perlukan tempat untuk meluah, kita boleh hubungi orang yang kita percaya untuk luahkan.. Kena luahkan dan jangan simpan sahaja perasaan.. 

Boleh juga joint channel telegram Dr. Rozanizam ini.. Klik je link https://t.me/DrRozanizam..



ebook | Hikayat Satria-Satria Sejati #3: Badai Perjuangan oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pun tak sangka boleh baca buku ketiga ini tak lama lepas baca buku kedua (Hikayat Satria-Satria Sejati #2: Arus Perubahan) sebab masa nak pinjam di aplikasi PNM e-Reader buku ini kena Reserved dulu.. Ramai yang pinjam.. hehehe..

Buku ketiga ini membongkarkan rahsia Yusuf yang sentiasa berselubung dan tidak bersuara.. Malah Yusuf diculik dan dibawa ke Uluwalu.. Lutello dan wirawan beliau pula telah berjaya menguasai lima unsur dan menyerang Ariki serta sahabatnya yang le Uluwalu untuk menyelamatkan Yusuf.. Ariki yang telah kehilangan kebolehan menggunakan unsur telah dilatih Arata ilmu Seni Tempur Maharaja.. Manakala Jilani dan Runihara yang mengembara ke Tanah Suci untuk mendapatkan Mikail telah menerima kejutan yang tak disangka.. Bersambung ke buku ke empat.. hehehe

Sha baca dan selesai pada 01.07.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published March 2019 by Hilal Asyraf Resources

Thursday, July 1, 2021

Menang Top Commentator Blog Syazni Rahim JUN 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini dapat khabar gembira dari Blogger Syazni mengatakan Sha terpilih sebagai salah seorang pemenang.. Terus lompat bintang.. hahaha.. Sukalah dapat hadiah.. Terima kasih Syaz sebab pilih Sha.. Selain Sha dua pemenang lagi ialah Shida dan Fairus.. Tahniah juga buat mereka berdua ini.. Boleh terjah entry Syazni yang bertajuk Top Commentator Blog Syazni Rahim JUN 2021.. 


Nama yang bertuah setelah dibuat cabutan.. Hehehe..

Goodreads | Bacaan Jun 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mulakan bulan Jun dengan cabaran di Facebook.. hehehe.. Saja nak naikkan semangat sendiri.. Alhamdulillah, berjaya jugalah mengajak rakan-rakan di Facebook untuk turut serta cabaran ini.. Namun ada satu ketika tu emosi tak berapa bagus maka pembacaan Sha terhenti.. Bila berjaya uruskan kembali emosi barulah Sha mula membaca balik.. Ini antara bahan bacaan Sha bagi bulan Jun..



Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com