Friday, January 10, 2020

Drama Bersiri Melayu | Kampung People (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoi.. sengal betul drama ini.. Tapi Sha respeklah pengarah dia.. Berjaya membawa kelainan dalam drama di tv.. Kisah keluarga bandar yang terpaksa menyamar sebagai orang kampung.. Tak mudah tapi mereka cuba menyesuaikan diri dengan keadan serba kekurangan.. Mereka belajar bergaul, buat kerja rumah dan bertolak ansur untuk terus hidup dalam serba kekurangan..

Bagusnya drama ini walaupun nampak macam kosong tapi sebenarnya banyak kritikan sosial yang halus dan mantap didalamnya.. Macam kes Razif yang nak mula berkebun tapi orang kampung asyik ajak melepak je.. Kebun entah ke mana jadinya.. Tinggallah Jakfer sorang-sorang membersihkan kebun.. Tu belum lagi bila anak-anak Mona menganggap Mona sebagai bibik..

Tu belum lagi tengok tajuk-tajuk novel yang mona baca.. Hahaha.. Laut, I Miss You lah.. Pinjamkan Lah Suamimu, Pulangkan Lah Suamiku, Ambiklah Suamiku Ini.. Hahaha.. Serius kelakar.. Namun dalam kelakar-kelakar itu, ada pengajarannya..

Pillow talk yang ditunjukkan oleh Mona dan Razif, sebelum tidur tu.. Bagus juga dijadikan acara harian kita.. Pembahagian kerja rumah oleh Mona kepada anak-anaknya.. Sama-sama buat kerja rumah supaya jadi ringan.. Banyaklah lagi.. Yang penting memang ohsem drama ini..


11 comments:

  1. Drama ni krlakar Kan.. mam baru tgk sikit

    ReplyDelete
  2. tak kering gusi tengok citer ni...haha..

    ReplyDelete
  3. Kinah pun melayan jugak drama ni. Hahaha geli hati dengan gelagat masing-masing. Tak boleh blah tok imam pun sama naik hehe

    ReplyDelete
  4. memula rasa macam over je Elly Mazlein tapi lama-lama tengok best juga, gelak tak ingat dunia tengok drama ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. drama ni dalam turn nak tengok haih bila lah nak free haha

    ReplyDelete
  6. best kan Sha, habis dah siri ni :)

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam. seyes puas hati drama ni. kalau dulu tak tengok segmen Lestary sangat, tapi bila ada drama ni terus melekat tengok ^_^

    ReplyDelete
  8. hahahah kita mula2 tak terjebak tau..bila tinggal satu episod je lagi kat tv, baru terkedek2 nak marathon....kelakar gila cite ni...semua pelakon masuk air 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  9. penat gelak dari episod 1. 'Kad kredit daddy di mana-mana' sudahnya basuh pinggan berjemaah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha ha yg ni kelakar. kesian pun ada!
      punyer la konfiden si emak nyer tu.
      akhirnya... membasuh pinggan anak-beranak.

      Delete
    2. at first, aida x brape minat nak tgk ni, sha.
      sebab asyik la menjerit. sakit telinga.
      tapi later later, jeling jeling la anak2 aida yg sedang tgk.
      tetiba... terjebak join diorang tgk sekali, sha.
      ha ha ha ha ha :) kelakar.
      jakferrr...
      lailer...
      shendols :) ha ha ha ha.

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »