Thursday, January 2, 2020

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Dua hari sebelum sekolah bermula, cikgu kelas Amani dan Imani dah tubuhkan group WhatsApp dan hantar jadual waktu pembelajaran untuk sesi 2020.. Ada beberapa pelajaran baru yang Sha nak kena tanya dengan guru nanti.. Supaya lebih faham apa yang diperlukan cikgu dan sekolah..

Keterujaan Imani untuk bersekolah bermula Selasa petang lagi.. Sibuk dia suruh Sha kemaskan beg sekolah dia.. Malam tu tak boleh tidur sebab terlalu teruja.. hehehe.. Gigih dia membaca buku..

Pagi tadi lambat pula dia bangun.. Tidur awal semalam.. Kakak pula yang tak boleh tidur.. Dah siap-siap nak ke sekolah, Imani nak terkucil pula.. Lambatlah sampai ke sekolah.. Dah nak sanpai sekolah, perut dia sakit pula.. Sha dah susah hati.. Mujur lepas dia buang air besar, perut dia okay semula.. Risau dah beberapa kali perut dia sakit balik ini.. Harapnya tak jadilah lagi usus dia termasuk ke dalam.. Masuk kelas, susun atur meja dah berubah.. Mujur dia masih pilih untuk duduk depan.. Sha tunggu dia sampai waktu rehat.. Ajar dia beli kuih, tengok dia makan dari jauh je.. Lepas dia masuk kelas, tunggu Amani pula.. Tengok Amani beli makanan dan makan fengan kawan-kawan dia.. Lepas tu baru balik..

Pukul 12.50 tengahari Sha dah ada balik ka sekolah.. Nak tengok Imani dan Amani naik van untuk pergi rumah pengasuh.. Alhamdulillah semua okay je..

Siap-siap kemas alat tulis dan buku untuk hari pertama persekolahan.. Amani masih belum dapat buku teks.. Cuma bawa buku tulis dan latihan je.. Imani dah dapat buku teks.. Memang beratlah begnya.. hehehe..

Beg Imani warna pink.. Hello kitty untuk sekolah petang dan yang kosong sekolah pagi.. Kakak Amani pula warna biru untuk sekolah pagi dan merah untuk sekolah petang..

Alhamdulillah.. Walaupun agak kelam kabut pagi pertama namun semuanya berlalu lancar buat Amani dan Imani.. Selamat menempuh dunia persekolahan.. Semoga Amani fan Imani suka untuk ke sekolah menuntut ilmu.. Aamiin.. Aamiin..

10 comments:

  1. alhamdulillah, moga semuanya berjalan lancar untuk Amani dan Imani

    ReplyDelete
  2. selamat bersekolah anak-anak.
    selamat tahun baru 2020 tuan tanah

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. alhamdulillah tersenyum ceria, manis belaka ^_^

    ReplyDelete
  4. Semangat kedua-duanya untuk ke sekolah.

    ReplyDelete
  5. Selamat kembali ke sekolah buat Amani dan Imani.

    ReplyDelete
  6. bila nak start sekolah, mak-maklah yg paling busy nasib amani dan imani tak banyak ragam, semangat betul diorang nak pi sekolah. semoga dipermudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  7. Selamat menempuh alam persekolahan Amani dan Imani 😉😉

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »