Thursday, January 9, 2020

HelloDoktor | Percaya Atau Tidak, Berjalan Kaki Mampu Kurangkan Risiko Kanser

Assalamualaikum..
Hye semua..


Anda pasti biasa berjalan-jalan ke pusat membeli belah atau kemana-mana sahaja destinasi kegemaran yang ingin dituju, terutama sekali jika anda tinggal di kawasan bandar yang memerlukan anda untuk banyak berjalan kaki. Walaupun jaringan pengangkutan awam sangat efisien di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, anda masih perlu berjalan kaki untuk sampai ke satu-satu stesen pengangkutan awam tersebut. 

Pun begitu, jangan sesekali anda mengeluh kerana aktiviti berjalan kaki secara tidak sengaja ini sebenarnya banyak memberikan manfaat, termasuklah manfaat yang mungkin tidak disangka-sangka. Berjalan kaki bukan sahaja membantu membakar kalori tubuh anda, malah ia lebih daripada itu. Ingin tahu apakah manfaat yang ingin kami kongsikan di sini? Jom baca apa yang telah kami sediakan di bawah ini.

Jalan kaki bantu kurangkan risiko 7 jenis kanser
Baru-baru ini, terdapat satu kajian yang menyatakan bahawa, individu yang melakukan senaman sederhana selama dua jam 30 minit dalam masa seminggu mempunyai kemungkinan yang lebih rendah untuk mendapat tujuh jenis kanser. Biar betul?

Ya, dan ini boleh dilakukan melalui aktiviti berjalan kaki cepat selama sekurang-kurangnya 20 minit atau kayuhan basikal setiap hari. Bukan susah pun sebenarnya untuk kekal sihat dan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser. 

Jumlah senaman seperti yang dinyatakan di atas ini telah didapati dapat mengurangkan risiko untuk mengalami kanser hati sebanyak 18 peratus, iaitu hampir satu per lima bagi kedua-dua jantina. Bagi kanser payudara pula, risiko tersebut berkurangan sebanyak 6 peratus bagi senaman selama 2 jam 30 minit, dan 10 peratus untuk senaman selama 5 jam. Selain itu, risiko untuk mengalami kanser buah pinggang bagi kedua-dua jantina juga menurun sebanyak 11 peratus bagi senaman selama 2 jam 30 minit, dan 17 peratus bagi senaman selama 5 jam.

Golongan wanita yang melakukan senaman dalam tempoh seperti yang dicadangkan di atas akan mempunyai pengurangan risiko sebanyak 18 peratus untuk mendapat kanser rahim berbanding mereka yang tidak aktif. Selain itu, berpandukan kajian yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Oncology, mereka juga akan kurang berisiko untuk mendapat limfoma bukan Hodgkin sebanyak 18 peratus. Bagi golongan lelaki yang melakukan senaman seperti tempoh yang disarankan, mereka akan mengalami pengurangan risiko untuk mendapat kanser kolon sebanyak 14 peratus. Kedua-dua golongan lelaki dan wanita juga kurang berisiko untuk mendapat myeloma kanser darah sebanyak 19 peratus.

Sebab mengapa senaman kurangkan risiko kanser
Hasil daripada kajian yang dijalankan mencadangkan bahawa senaman membantu mengurangkan separuh risiko untuk mengalami kanser kerana ia membantu menurunkan berat badan seseorang individu itu. Walau bagaimanapun, untuk individu yang kekal aktif, walaupun mereka tidak menurunkan berat badan, mereka masih mendapat perlindungan bagi melawan serangan kanser.

Kaedah kajian yang dijalankan
Para penyelidik telah melakukan pemantauan terhadap seramai 755, 549 individu melalui kajian ini selama satu dekad. Menurut Dr. Alpa Patel yang merupakan pengkaji bersama dari American Cancer Society, perkara yang paling mengujakan mengenai hasil kajian ini adalah, penyertaan peserta kajian dalam aktiviti berintensiti sederhana dengan jumlah yang sedikit tetapi konsisten dilihat boleh memberikan manfaat perlindungan dengan pengurangan risiko untuk mendapat kanser.

Menurut Dr. Alpa lagi, ini merupakan satu berita baik bagi kebanyakan daripada kita. Apabila mereka mengetahui mereka sepatutnya melakukan lebih banyak senaman untuk kesihatan atau pencegahan kanser, mereka mungkin akan melakukan perubahan drastik dalam hidup mereka seperti mula berlatih untuk penyertaan maraton.

Faedah-faedah lain yang boleh anda dapati daripada berjalan kaki
Selain daripada pengurangan risiko bagi beberapa jenis kanser, anda juga pasti ingin tahu apakah manfaat-manfaat lain yang boleh anda peroleh daripada berjalan kaki. Dengan 30 minit berjalan kaki setiap hari, ia boleh meningkatkan kecergasan kardiovaskular, menguatkan tulang, mengurangkan lemak badan yang berlebihan, selain meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot. Selain itu, berjalan kaki juga dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2, dan kerapuhan tulang atau osteoporosis. Yang paling penting, berjalan kaki adalah percuma kerana anda tidak memerlukan sebarang peralatan khas atau tertentu untuk melakukannya.

Bagaimana untuk memulakannya?
Berjalan kaki tidak memerlukan waktu atau lokasi khas untuk anda melakukannya. Mungkin juga agak sukar untuk anda melakukannya selama 30 minit secara berterusan. Langkah terbaik adalah dengan cara melakukannya selama 10 minit, tiga kali sehari. Tetapi jika matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu melakukannya lebih daripada 30 minit setiap hari. 

Selain itu, aktiviti fizikal yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda juga adalah sangat membantu. Ia adalah satu kaedah yang paling berkesan untuk membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan dan mengekalkannya setelah anda menghilangkannya. Antara saranan yang boleh anda ikuti adalah:

Gunakan tangga berbanding penggunaan lif. Jika anda tinggal di rumah yang berada di tingkat 20, cuba gunakan tangga sekurang-kurangnya daripada tingkat 1 hinggalah tingkat 10
Gunakan kemudahan pengangkutan awam jika anda mahu kemana-mana. Ia akan menggalakkan anda untuk banyak berjalan kaki berbanding hanya duduk di dalam kereta
Jika anda mahu ke kedai atau pasar yang jaraknya tidak lebih daripada 1 atau 2 kilometer, cubalah berjalan kaki berbanding menaiki kereta atau motosikal
Bersiar-siar di taman permainan atau tasik rekreasi. Pemandangan yang cantik dapat mengurangkan rasa letih ketika anda berjalan-jalan
Rekod perjalanan anda dengan menggunakan aplikasi pada telefon pintar anda. Ia dapat membantu anda untuk melihat prestasi harian anda melalui jarak yang telah anda lalui, waktu aktif anda, dan sama ada anda telah memenuhi sasaran harian atau tidak. Senang bukan?

Kesimpulan 
Berjalan kaki hanya memerlukan kelengkapan yang minimum, boleh dilakukan pada bila-bila masa dan boleh dilakukan mengikut kadar anda sendiri. Berjalan kaki juga adalah satu aktiviti fizikal yang sangat baik untuk individu yang mempunyai berat badan berlebihan, warga emas atau mereka yang telah lama tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal atau senaman. Jadi, tunggu apa lagi, buka pintu rumah anda dan berjalanlah disekitar taman perumahan anda. Tiada alasan untuk anda kekal aktif lagi!

12 comments:

  1. jalan kaki is like simplest exercise we can do. I don't exercise as much tapi klu pegi window shopping kat mall, I'll make sure to reach over 5K steps on my Samsung Health counter.

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat buat 5 ribu langkah sehari memang ohsem tau..

      Delete
  2. Sebab tulah Mrs. A memang suka jalan kaki je time lunch tu dari office ke Aeon S2 ehh!

    ReplyDelete
  3. kita selalu jugak buat senaman berjalan kaki di rumah...

    ReplyDelete
  4. lepas ni kene tambah masa jalan-jalan tepi rumah, jalan-jalan kat pasar malam atau shopping complex la jawabnya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jalan kaki Dana.. hehehe.. tapikan pasar malam tu bahaya.. sambil jalan sambil beli.. kikiki..

      Delete
  5. Dah bertambah usia ni memang buat aktiviti berjalan kaki ja

    ReplyDelete
  6. ada plan nk brist walk, tak terbuat lg huhu

    ReplyDelete
  7. Nampaknya MMA kena lagi byk berjalan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »