Thursday, January 2, 2020

Drama Bersiri Malaysia | Black (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa info pasal drama ini dekat Group Facebook Movie Addict.. Memang menggodalah untuk ditengok.. Versi Korea pun Sha suka, boleh baca review Sha di SINI.. Versi Malaysia ini not bad lah.. Pandai juga direktor Malaysia kita ini ubahsuai cerita supaya kena dengan orang Malaysia.. Walaupun Black veri Korea lebih berat dan gelap, versi Malaysia ini boleh tahan jugalah.. Tambah pelakon dia best-best..

Versi Malaysia ini ada kelakarnya yang menarik.. Lakonan Kamal Adli, Khir Rahman memang menarik dan ohsem.. serius.. Walaupun cerita ini gelap dan agak 18sx/sg tapi kelakar wei.. Sha gelak sampai keluar air mata.. Jangan tengok dengan anak-anak ye.. Tak sesuai.. Cuma sampai episod 8 dan cerita masih tergantung.. Kalau baca komen, rata-ratanya mengatakan akan ada sambungan lagi.. Ini yang tak best.. Bila dah syok tengok, cerita tergantung pula.. Lakonan Kamal Adli dalam drama ini memang ohsemlah.. Harapnya ada sambunganlah.. Tontonan melalui VIU..

JUDUL : BLACK
EPISOD : 8 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 Disember 2019
PENULIS SKRIP : Bernice Low
PENGARAH : Razaisyam Rashid & Kroll Azri
PRODUKSI : Alpha47 Films
PELAKON : Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman, Khir Rahman, Rashidi Ishak, Zahim Albakri, Pablo Amirul, Riz Amin, Josiah Hogan.

SINOPSIS BLACK
Mengisahkan Black, makhluk bunian yang diarahkan memburu rakannya yang melarikan ke alam manusia. Black telah jatuh dengan wanita bernama Sofia yang boleh meramal kematian. Mereka berdua kemudiannya terlibat dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang belum terlerai selama 20 tahun..

15 comments:

  1. Replies
    1. Sha pun tengok kat Youtube ini SS.. Tapi bila cari balik, dah tak ada..

      Delete
  2. Ada terbac jugak review drama ni dekat satu blog (tak ingat !) hari tu.. lepastu terus teringat yang ada satu drama korea tajuk sama.. hahah both tak tengok lagi.. tapi this one nampak menarik sangat sebab ada review dekat twitter sekali dengan screencapture scene yang kelakar.. tertarik gila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. sebabkan review di twitter dan facebook lah terus tertarik nak tengok..

      Delete
  3. banyak juga drama melayu yg best kat viu tapi tak boleh tengok sebab dah stop subscribe vie. kena cari drama ni kat tempat lain..hehe

    ReplyDelete
  4. Black korea pun kak belum tengok lagi ni. Haha

    ReplyDelete
  5. minat kamal adli hahhaa kena tengok ni

    https://www.shfyqhazhr.com/

    ReplyDelete
  6. Baru tengok baru ni dalam Youtube. Puas juga cari sebab manjang Youtube block 😅. Khir Rahman kelakar gila 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Youtube dah block.. Sha pun tengok dekat Youtube juga aritu..

      Delete
  7. drama black korea lebih berat dan sarat, aksi dia pun memang boleh tahan sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun Dana.. Antara drama yang ending sedih tapi tetap best ceritanya..

      Delete
  8. ish dah la myra cancelled Viu sebab charge dua kali last year. lol menggoda la pulak nak tgk yg ni. Black actually my fave Go Ara drama

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »