Jalan-jalan Makan Kenduri - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Sunday, October 16, 2016

Jalan-jalan Makan Kenduri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini entry #throwback..
Terlupa nak update.. hahaha..
Sabtu 8 Oktober 2016 Sha ke Cheras untuk kenduri adik sepupu sha..
Disebabkan gerak lambat, Sha tunggu abah dan adik Sha sampai dulu..
Maka kami pun bersua lah dengan kesesakkan lalu lintas..
Kebetulan pula, 8 Oktober 2016 merupakan Hari Sukan..
Memang sesaklah..

Kami sampai dikenduri jam 2.30petang..
Alhamdulillah masih dapat bersua muka dengan saudara mara..
Walaupun tak dapat jumpa semua tapi adalah juga..
Seronok bila dapat berkumpul dan bertanya khabar..

Adik Sepupu Sha yang lelaki tu.. Sebaya adik lelaki Sha yang akan berkahwin November ini..

Lepas makan kenduri, Abah ajak pergi ke Keramat nak cari Capal..
So kamipun geraklah ke Pasar Keramat..
Lama tak pergi sini.. Masih lagi laluan sehala cuma sekarang dah ada LRT..
Malangnya kedai Capal dah berpindah ke UTC Keramat @ Keramat Mall..
Disebabkan malas nak naik kereta, kami naik train..
Satu stesen je pun.. Bayaran tiket RM1.10 untuk seorang..
Anak-anak Sha free..
Seronok bebudak tu dapat naik tren.. Teruja je..

Mujurlah bila sampai Keramat Mall kedai Capal tu buka..
Dapatlah abah beli capal baru..
bukan takat abah, adik lelaki dan adik ipar Sha pun abah belikan capal..
Abah nak belikan untuk suami Sha tapi suami Sha memang tak pakai capalkan..
So mereka bertiga jelah yang bercapal..
Capal ini keras, tak semua orang selesa pakai..
Tapi harganya memang berpatutan..
3 pasang Capal RM130..
Kalau kat tempat lain memang tak dapat..

Inilah kedai Capal tu..
Capalnya memang berkualiti..

 
 Teruja dapat naik LRT..

 

 
 Baju ini tukar masa otw nak ke Keramat..
Runsing Sha tengok diorang terselak-selak kain..
Memang ada spare baju mereka dalam kereta..

Ini pula hasil pergi ke Mydin Selayang..
Abah ajak singgah masa otw balik sebab dia nak cari cufflinks dan butang baju melayu..
So singgah lah kami..
Malangnya stok cufflinks tak ada.. yang ada butang baju melayu je..
Sambil-sambil tu skodeng minyak wangi..
Abah belanja Sha minyak wangi bau Denim.. Yang Cool Water tu adik Sha bagi..
Sha suka bau Cool Water tu.. Bau lelaki..

 
Ha.. Yang ini pula adik Sha belanja..
Untuk Nur Amani punya sesi persekolahan pada 2017..
Jenuh Sha cakap, x payah..
Tapi katanya nak belanja anak buah..
Sha ikutkan ajelah..
Lengkap pula tu nak dibelinya..

3 comments:

  1. Seronok abah dapat keluar nih.. habis dibelanjanya semua orang. Hihi.

    ReplyDelete
  2. capal jarang jumpa kat sini..tinggi amani ni kan..oh ya tak lama lagi nak masuk darjah satu ..mv pun x sedai lagi bju wani

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..