Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Saturday, October 29, 2016

Hadiah Giveaway Sakan by Eyqin and Ecah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada sharekan entry
pasal Sha Menang Giveaway Sakan by Eyqin and Ecah.
Hadiah nya dah sampai...

Lambat ye??
Bukan salah penganjur, tapi Sha yang salah..
Silap taip email address..
Sedih.. Mujur penganjur baik hati...
Eyqin tinggalkan komen di chatbox..
terus check email.. lepastu gelak sorang2..
Teruk betul sha nie..

Hari ini 25.10.2016 Hadiah nya sampai ke tangan Sha..
Novel baru tau..
Pembalut plastik pun masih ada..
Terima kasih sangat-sangat pada penganjur Eyqin dan Ecah
untuk hadiah yang ohsem dan marvelous sangat ini..

Sha doakan Eyqin dan Ecah dimurahkan rezeki..
Aamiin..
 
Mesej Eyqin pada Sha..
Thank you tau Eyqin..

 
Inilah novelnya...
Pendamping oleh Zyra Safiya..
Siap ada nota comel dari Eyqin dan Ecah..
TQ so much tau..
Suka sangat..
Ulasan Sha : Novel yang sangat misteri dan mistik.. Kalau nak tau pasal kembar air bolehlah baca novel ini.. Macam2 cara yang manusia sanggup buat demi memuaskan keinginan hati.. Walaupun perkara yang dibuat menyalahi agama. Ibu Bapa juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah anak2. Mengawal, memerhati, memantau,  menasihati dan juga menerima kekurangan anak boleh membantu anak membesar dengan baik.. Walaupun anak angkat, tetap anak.. Kesalahan dan kejahatan mak bapa bukan menjadikan anak itu juga jahat. Jangan terlalu mudah berjanji pada apa yang tidak kita ketahui tapi mohonlah pada Allah jalan penyelesaian yang sepatutnya.

10 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI