Wednesday, May 6, 2020

Day 50 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini kelam kabut betul rasanya.. Pagi kena masuk pejabat dan mesyuarat untuk aktiviti atas talian.. Petang pukul 2.30 ada mesyuarat secara atas talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams pula untuk geng ICT dan Laman web.. Mic earphone tu problem pula, bos tegurlah suara Sha putus-putus.. Macam nak kena pergi jengah Shopee je.. Alasan nak shopping.. hahaha.. Bila pagi petang mesyuarat, jem rasanya kepala.. hehehe.. Tu belum fikir menu apa nak berbuka dan bersahur esoknya.. Kerja sekolah anak ada yang dah settle ada yang esok baru Sha tengokkan balik.. Alhamdulillah esok cuti.. Lega sikit.. Boleh nak pantau kerja sekolah anak-anak pula..

Menu sahur Sha.. Telur kicap, kentang dan tempe goreng, sambal goreng kentang dan teh o.. Air panas wajib masa sahur.. hehehe.. 

Men berbuka Sha meriah dengan kuih muih.. Karipap tu ada yang Sha beli dan ada yang Sha goreng stok frozen.. Bagi dekat jiran-jiran sikit.. Membalas rezeki yang sebelum ini diterima dari jiran-jiran.. Bubur lambuk tu jiran atas bagi.. Yang dalam bungkusan tu mee goreng encik suami.. Ayam masak merah tu Amani punya.. Sha makan kuih muih je..

6 comments:

  1. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa dan bersahur.

    ReplyDelete
  2. Memang sekarang ni agak hidup dalam kelam kabut.. Semua nak handle sendiri.. Nak kene jadi cikgu lagi.. Suri rumah lagi.. Pekerja lagi.. hadoi laa..

    ReplyDelete
  3. Meriah juada sahur dan berbuka, Kak Sha

    ReplyDelete
  4. alamak dalam bekas tu sedapnya sambal kentang..

    ReplyDelete
  5. Sama dgn CH ..
    Pun masak telur kicap utk sahur..
    Itu yg anak2 suka..
    Air teh 0 panas..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com