Assalamualaikum..
Hye semua..
Buku ini menyampaikan kisah mengenai Nura yang terlalu obses dengan Kumpulan Monsta X dari Korea.. Nura sangat mengagumi kumpulan ini yang berjaya melalui susah senang untuk menjadi artis.. Namun obsesi Nura telah menyebabkan dia tidur lewat dan mengganggu pelajarannya.. Walaupun telah ditegur berkali-kali oleh ahli keluarganya, Nura tetap melakukan hal yang sama.. Kemuncaknya Nura bergaduh didalam kelas kerana kawan sekelas Nura memperlekehkan kumpulan kesukaan Nura.. nura telah menyebabkan imej ayahnya sebagai guru tercalar.. Disebabkan peristiwa itu Nura menyepikan diri dari keluarga dan rakan-rakan hinggakan abang Nura mula merasakan dia perlu memujuk Nura.. Melalui abangnya Nura berjaya menjadikan obsesinya sebagai punca pendapatan dan berbaik semula dengan ahli keluarga dan rakan-rakan sekolahnya.. Nura sebenarnya pelajar yang berbakat cuma hilang arah..
Penulis berjaya menyampaikan tak semestinya obsesi atau kesukaan kita tu tak baik jika kita pandai menguruskannya..
Sha baca dan selesai pada 03.03.2021..
Published December 2019 by Bookiut




























