Wednesday, March 3, 2021

Adabi: Perencah Oden Tomyam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan Sha beli paste Oden jenama Adabikan.. Lama tersimpan, hujung minggu hari tu baru Sha masak.. Untuk memudahkan kerja Sha beli pek steamboat yang mengandungi 5 jenis bebola dalam satu pek.. Maka jadilah oden versi masak sendiri di rumah.. Cara menyediakannya pun senang dan belanjanya murah.. Cukup untuk 4 orang makan dan anak-anak Sha pun suka.. Tak terlalu pedas, sedap menghirup kuahnya..

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1 pek Perencah Oden Tomyam jenama Adabi
1 pek steamboat choice (5in1)
Air 1 liter
Periuk

Cara Memasaknya:
1. Didihkan1 liter air didalam periuk, kemudian masukkan perencah oden dan biar sampai mendidih..
2. Masukkan kesemua bahan steambot dan biar mendidih..
3. Dah boleh makan..

P/S: Sha memang tak tambah gula atau garam pun sebab rasa dia dah ngam..

Ini adalah isi steamboat choice
Harga untuk 1 pek ini RM9.50

Alhamdulillah.. Sedap je rasa dia.. Senang nak masak dan puas dimakan.. Disebabkan kuahnya tak berapa pedas, bolehlah menghirup.. hehehe..

9 comments:

  1. Sedapnya , mudah dan simple je nak buatnya. Anyway jom join giveaway saya :

    https://www.eksplorasilea.com/2021/03/birthday-giveaway-by-eksplorasilea.html

    ReplyDelete
  2. Eh ada perencah oden rupanya ye. Tak prnah jumpa...

    ReplyDelete
  3. Senang dah ada pes instant. Anytime boleh makan kalau teringin.

    ReplyDelete
  4. bagus pengurusan adabi ni... sentiasa up to date dgn selera org kita skrg

    ReplyDelete
  5. Kenyang dan puas makan kalau buat sendiri begini. Mudah saja kan.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap. Rasanya tak pernah cuba lagi perencah oden tu.

    ReplyDelete
  7. mudah ada perencah ni.. mcm2 ada jual kt shopee. tak payah mkn kt kedai jimat dan bersih

    ReplyDelete
  8. da lama aida beli perencah oden adabi ni, sha.
    belum berkesempatan buat. sebab tak beli set steamboat tu lagi.
    tak teringat nak membeli nya :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »