Monday, March 29, 2021

Mangga Bersantan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom makan serawa mangga.. hehehe.. Sha kirim mangga dekat pengasuh anak Sha.. Suami dia ulang alik ke Klang bawa lori, dekat sana sekilo mangga baru RM4 je.. Sha beli 5kg.. Puas makan.. Dah lama teringin nak buat mangga bersantan ini ataupun orang panggil serawa mangga.. Sebab tak ada santan fresh, Sha pakai santan kotak je.. Kalau pakai santan fresh tak payah masak atas dapur.. Buh garam sikit dan gula, kacau sampai gula dengan garam larut lepas tu masukkan mangga dan sejukkan.. Sedap makan sejuk-sejuk..

Santan kotak, sedikit air, gula dan secubit garam.. Sha masakkan sekejap atas dapur sampai gula larut.. Lepas tu sejukkan..

Mangga yang dah siap dipotong-potong, Sha bubuh dalam tipuware.. hehehe..

Selepas santan sejuk, curahkan dalam bekas berisi mangga kemudian sejukkan dalam peti ais.. Bagi dia sejuk baru kita makan.. Bestnya..

13 comments:

  1. dekat sini memang mangga tengah murah, biasa beli yang 3kg rm10 pun dah manis macam apa. Ada yang 2kg rm10 puas lah makan kami ni hehehhe... makan dengan santan sedapnya dahla mangga manis layankan dengan santan lemak2

    ReplyDelete
  2. Sedappp nya makan mangga sejuk sejuk ni time musim panas sekarang ni. Tapi tak pernah pulak try serawa mangga ni hehehe.

    ReplyDelete
  3. sedapnya..sejuk je tekak..kat sini, boleh dpt sekilo RM5.00..

    ReplyDelete
  4. ada belen pos laa ke sini hehehe

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi makan serawa mangga. Nampak sedap tu. Boleh cuba :)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi makan serawa mangga ni. Tapi nampak sedap.

    ReplyDelete
  7. fuhhhhh tengok mangga kaksha terus rasa nak pergi beli

    ReplyDelete
  8. Sedapnya. Saya suka mangga tapi tak pernah makan serawa mangga ni

    ReplyDelete
  9. Wuuu nampak sedap la kak sha :) Hee. Teringat pulut mangga hehe

    ReplyDelete
  10. senang betul nak buat serawa mangga. sedap :)

    ReplyDelete
  11. omg omg omg !!!! nasib baik hari ni tak puasa, kalau tak terliur dah ni

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com