Assalamualaikum..
Hye semua..
Best buku ini.. Ada elemen misteri dan sedikit seram.. Kisah Naza yang rajin buat IG live untuk sedikit pendapatan sampingan.. Namun bukan senang nak kekalkan pengjung setiap kali buat live.. Jadinya bila semakin berkurangan orang yang tonton IG Live Naza, maka Naza perlu mencari idea baru.. Atas cadangan rakan-rakannya, Naza mula membuat content mengenai minuman boba tea yang semakin hangat sekarang ini.. Misi Naza adalah mencari kedai yang menjual boba tea tersedap.. Naza berjayabjumpa kedai atau lebih tepat gerai tu namun gerai tu terletak ditempat yang agak mustahil dan gelap.. Hanya Naza sahaja yang berjaya membeli air boba tea di gerai tersebut.. Kawan-kawan Naza mengatakan yang Naza hanya berhalusinasi namun bila Naza mula jumpa makcik yang jual air tu di tempat lain, Naza mula menyiasat.. Penyiasatan Naza menemukan Naza dengan jawapan yang sangat menarik malah Naza juga berjaya menggunakan pegaruh dari peminat-peminatnya untuk membuat perkara yang baik..
Buku ini ada kebaikannya dan bagus untuk bacaan remaja serta dewasa.. Ringkas dan konfliknya digarap dengan cantik.. Populariti kalau digunakan ke arah kebaikan pasti akan menghasilkan kebaikan juga..
Sha baca dan selesai pada 19.03.2021..
Published February 2020 by Bookiut
jadi influencer ni byk kan cabaran dia , cuma kita kena tabah and teruskan saja jgn peduli org
ReplyDeleteMacam thriller je temanya :)
ReplyDeletetakut laa pulak nk minum boba lepas ni hehehe
ReplyDelete