Friday, March 19, 2021

Hadiah Top Commentator Bulan Mac 2021 di Blog Shikin Razali

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini Sha terima hadiah dari Shikin Razali sebab terpilih masa cabutan untuk Top Commentator Bulan Mac 2021.. 

Tapi ada peristiwa tau disebabkan hadiah ini.. Mujur Shikin mesej Sha maklumkan, kalau tak memang tak perasan pun hadiah ini.. Huhuhu.. Disebabkan Sha duduk dekat kuarters dan kuarters tu dalam kawasan pejabat, semua bungkusan akan sampai dekat Koperasi dulu.. Kemudian baru dia keluarkan senarai nama penerima barang.. Sekarang ini pula kebetulan ada budak praktikal dekat Koperasi ini, budak tu tersalah letak barang Sha di bahagian pelajar.. Walhal Shikin dah tulis Perpustakaan dekat bahagian alamat tu.. Geram je rasa.. Bila Sha pergi ambil pagi tadi, pandai pula budak tu takut.. Hahaha.. Tergarang pula tadi.. Sebenarnya bukanlah nak marah sangat pun, cuma kalau alamat tu tak lengkap Sha fahamlah juga.. Ini alamat dekat bahagian penerima tu lengkap tertulis nama Sha dan Perpustakaan, nampak sangat kerja sambil lewa..

Besar hadiahnya.. Comel pula tu..


Pandangan setelah dikeluarkan dari kotak dan belum direnggangkan..

Inilah dia.. Booksend.. Ini kalau bawa balik dah boleh bayang dah buku siapa yang banyak bersusun nanti dekat sini.. kikiki..

11 comments:

  1. Tahniah, Kak Sha. Cantik hadiahnya.

    ReplyDelete
  2. tahniah! menarik hadiahnya..sesuai sgt utk bookworm...hehe..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak.. hihihi saya pun risau kot² x sampai.. 🤭buku siapakah yang berjaya disusun kat situ agaknya?

    ReplyDelete
  4. wowww! cantik ni.. kemaskan rak buku or meja kan

    ReplyDelete
  5. Tahniah akak dapat hadiah sempena jadi top commentator!
    Menarik betul hadiah yang dia bagi.

    ReplyDelete
  6. Menarik hadiahnya sha! Tahniah sha :)

    ReplyDelete
  7. menarikkkk mcm tau2 je sha perlukan ya ;-)

    ReplyDelete
  8. wow. hadiah yg gojes utk Sha yg ulat buku.
    sgt sesuai :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »