Assalamualaikum..
Hye semua..
Kisah mengenai Juna yang nakal dan terlebih handsome.. Juna juga menyalah gunakan anugerah yang dimilikinya tanpa sengaja selepas satu kemalangan.. Anugerah dimana dia boleh mendengar isi hati orang lain bila memandang tepat ke mata orang tersebut.. Juna berpoya-poaya, menukar perempuan umpama menukar baju dan berzina.. Namun Juna merupakan anak yang baik kepada ibunya cuma kenakalan Juna tu melampau sedikit.. Penulis berjaya memberikan pesona pada Juna hingga buatkan kita rasa menyampah namun dalam masa yang sama suka pada Juna..
Juna ternampak Jane pada cover majalah dan tersuka namun Juna tidaklah mengejar Jane.. Sebaliknya pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah merapatkan mereka sebagai rakan dan Juna juga membantu Jane bila Jane diculik.. Jane gadis muslimah yang tidak pernah menghukum Juna atas perangainya yang nakal.. Terus berkawan sambil menasihatkan Juna.. Dari persahabatan, ke hubungan suami isteri.. Pada Sha, penulis menyampaikan cerita Juna ini dengan kemanisan yang tidak melampau dan sedang elok je.. Konflik dari bekas kekasih, lelaki tak betul dan perempuan berdendam tidaklah keterlaluan malah mencukupkan rencah penceritaan.. Just nice..
Sha baca pada 26.03.2021 dan selesai pada 27.03.2021..
Published April 2018 by Booku Enterprise
Rajin Sha membaca. Tahniah!
ReplyDeleteSelamat membaca
ReplyDeletewaaa, jodoh !!! bila la atie nak dpt jodoh yeee
ReplyDeletesha... mcm mana nk baca guna aplikasi PNM reader tu ye? leh share x? hehe
ReplyDeleteKak Mim.. Sha dah buat entry tutorial untuk PNM e-Reader..
Deletehttps://kasihkuamani.blogspot.com/2021/03/tutorial-pnm-e-reader.html
tak lama lagi mesti diadaptasi ke drama ni heheheh yelah nama acik lana ni kan famous ;-)
ReplyDeletefuhhhh bestnya boleh baca isi hati orang lain
ReplyDeleteAda dlm library ika cuma tak baca lagi. baca reviu kak sha rasa nak baca pulak hee
ReplyDelete