Tuesday, March 2, 2021

ebook | Fairy Tales oleh Aein Dhiyauddin, Dhiyana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita cuba baca kisah sweet -sweet pula.. hehehe.. Novel ini mengandungi dua mini novel yang ditulis dua penulis berbeza.. 

Pakcik Cinderella oleh Aien Dhiyauddin
Kisah kahwin pilihan keluarga namun garapan yang diberikan penulis sedikit berbeza.. Juliana setuju dengan jodoh pilihan keluarga dan memilih untuk tidak bertemu bakal suaminya sehinggalah hari pernikahan.. Malangnya Anaqie memilih untuk mengenali tunangnya tapi tidak memberitahu Juliana.. Perkenalan mereka berlaku kerana sepasang kasut.. Bila tiba hari pernikahan, Juliana merasa tertipu.. Namun dalam masa yang sama hatinya memang dah terpaut dengan Anaqie.. Bila perkahwinan yang baru dibina tergugat dengan perangai Anaqie yang terlalu melebih dalam melayan Melisa sepupunya.. Walhal antara Melisa dan Anaqie ada hubungan yang mengikat.. Mesej penulis mudah sahaja, komunikasi.. Tanpa komunikasi tiada perhubungan yang akan berjaya.. Satu lagi, selepas perkahwinan sepatutnya perkenalkan lah pasangan dengan ahli keluarga secara betul.. Siapa sepupu, siapa adik beradik, nak saudara dan lain-lain..

Mr. Aurora oleh Dhiyana
Kisah kedua ini pula terlebih sweet dan kelakar.. Perkenalan antara Rani dan Aaron disebabkan pelanggaran tanpa sengaja mereka.. Walupun budan Rani agak chubby tapi itulah daya penarik yang buat Aaron jatuh suka.. Namun ego Aaron tinggi melangit hinggakan hubungan yang baru sahaja berputik jadi berantakkan.. Sepi dan menghilang namun jodoh yang kuat membuatkan mereka bertemu kembali.. Penulis memang pandai mencoret cerita bila Sha ketawa membaca kisah Aaron dan Rani..

Sha baca dan selesai 01.03.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published November 2017 by Novel Mania Publication

8 comments:

  1. Pernah baca karya lain kedua-dua penulis ni tapi tak tahu pun mereka ada buat ebook bersama.

    ReplyDelete
  2. ha'ah la kak sha dua2 cerita sweet manis letinggg!

    ReplyDelete
  3. Terasa mcm kembali alam remaja baca buku mcm ni. hehe..

    ReplyDelete
  4. yg number satu tu, complicated la.. if atie pun akan rasa tertipu huaaaaa

    ReplyDelete
  5. Yes, communication is the key. Kalau dah jodoh, tak kemana pergi dia :)

    ReplyDelete
  6. tetiba byk ���������� pula����

    ReplyDelete
  7. macam buku2 versi remaja lah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com