Monday, March 29, 2021

Tutorial PNM e-Reader

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Atas permintaan KakMim, Sha buat sekali lagi entry mengenai aplikasi PNM e-Reader.. Lagipun apps ini dah lebih mudah nak digunakan, jom tengok tutorial dari Sha.. sekiranya ada pertanyaan bolehlah nyatakan di ruang komen dan Sha akan cuba jawab mengikut apa yang Sha tahu.. Seronok tau guna aplikasi ini dan ianya mudah.. Cuma kadang-kadang ada buku yang tak boleh nak baca walaupun boleh dipinjam tapi jarang lah berlaku..

1. Cari dan muat turun aplikasi PNM e-Reader di Google Play.. Klik dekat perkataan install tu ye..

2. Bila dah selesai muat turun, icon PNM e-Reader akan muncul dekat papan pemuka telefon anda..
Klik pada icon tersebut..

3. Pilih ikut kesesuaian anda.. Sha pillih allow only while using the app..

4. Kemudian klik pada new user dan daftar..
Kena ingat email dan password tau..

5. Taipkan emai dan password yang telah anda daftarkan tadi dan klik pada butang sign in..

6. Ini adalah paparan home untuk aplikasi PNM e-Reader..

7. Klik pada butang store dan anda akan dibawa ke laman sesawang PNM e-Reader untuk mula memilih buku dan pinjam..

8. Klik pada butang category dan klik available titles bagi memudahkan pencarian buku yang boleh dipinjam..

9. Sekiranya anda telah menemui tajuk yang anda berkenan seperti contoh diatas, klik pada perkataan read more..

10. Bahagian bawah gambar akan paparkan unit yang ada dan berapa yang masih available serta tempoh peminjaman..

11. Scroll hingga ke bahagian bawah dan klik pada perkataan borrow..

12. Nanti akan keluar kotak hijau seperti gambar diatas dan buku yang anda pinjam telah berada dalam reading list anda..

13. Bila anda scroll ke bawah akan ada perkataan returns, read dan juga tarikh buku akan dipulangkan secara automatik.. Maknanya kalau anda dah habis baca sebelum tarikh, anda boleh klik pada perkataan return.. Kalau anda tak sempat habis baca, buku tetap akan dipulangkan scara automatik bila tarikh tu sampai.. Kalau nak baca lagi kena pinjam semula..

14. Anda boleh mula membaca dengan klik pada icon my books.. Buku yang dipinjam tadi akan dipaparkan disini.. Maksima 5 buah buku.. 

15. Klik pada buku yang nak dibaca dan muat turun akan bermula..

16. Bila dah ada tanda right tu maksudnya buku dah boleh dibaca.. Klik je pada buku dan bolehlah mulakan pembacaan..

17. Untuk melihat kembali buku yang anda dah pinjam ataupun reserved, boleh klik pada icon Store, klik pada icon tiga garisan dan kemudian klik pada username anda..

18.  Disini ada activations, reading list, reserve list dan juga change password..

Anda juga boleh melayari laman sesawang https://pnm.elib.com.my/ untuk mencari/memilih buku yang nak dipinjam.. Cuma klik pada butang login dan masukkan email serta password yang sama dengan apps anda..

10 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com