Assalamualaikum..
Hye semua..
Terima kasih kepada pihak Infiniti Publishing untuk pemberian buku ini.. Sebuah novel yang sangat menyentuh hati dan nurani.. Kisah dua manusia yang berada dalam kesedihan dan bertemu untuk saling menegur dan merawat..
Penulis menyampaikan kisah Azim dan Khadija secara imbas semula.. Bermula dengan keadaan terkini Azim yang mencari Khadija, kemudian bertemu dan imbas kembali kepada bermulanya kisah mereka.. Penulis memulakan imbas kembali dengan menyampaikan cerita dari sisi Khadija terlebih dahulu.. Khadija yang comel dan tak pernah bercinta kemudian berkenalan dengan seorang lelaki.. Menjalin kasih hampir setahun namun akhirnya putus dengan bait kata "Awak terlalu baik buat saya".. Walhal sebab sebenarnya adalah mengikut pilihan keluarga.. Khadija yang masih mengharap berusaha menurunkan berat badan demi mendapatkan cinta lelaki tu semula malangnya saat kebenaran terbongkar walaupun tidak sepenuhnya Khadija telah patah hati dengan teruk.. Bukan mudah menghilangkan rasa cinta dan meneruskan kehidupan.. Khadija akhirnya membuat keputusan untuk ke Sri Lanka bagi mencari ayah yang dah lama hilang.. Bersendiri menjejak masa lalu di bumi asing.. Disini Khadija dan Azim dipertemukan..
Kisah Khadija berjaya memberikan satu persepsi pada Sha bahawa percintaan itu haruslah saling berterus terang.. Sekiranya hubungan tak dapat diteruskan, nyatakan dengan jujur permasalahannya.. Hati berubah, masalah keluarga atau apa sahaja namun bukanlah dengan kata-kata "Awak terlalu baik buat Saya".. Kata-kata ini mampu memberikan kesakitan yang luar biasa..
Kisah Azim pula lebih sadis dan memberikan peringatan untuk hubungan suami isteri.. Azim seorang suami yang egois dan tidak pernah cuba memahami isterinya.. Masa untuk isteri dan anak pun terlalu mahal.. Tiada komunikasi dan masa yang diluangkan untuk keluarga kerana Azim merasakan bahawa dia ada banyak masa untuk keluarganya selepas kejayaan dalam bidang perniagaan dikecap.. Disini Azim salah, masa dan nyawa adalah milik Allah.. Bila-bila masa boleh ditarik pergi.. Bila sang isteri memendam rasa terlalu lama dan kemuncaknya nyawa anak menjadi taruhan, tiada lagi kemaafan mampu diberikan buat sang suami.. Azim nanar dan mula hilang arah bila anaknya meninggal dan isteri memohon diceraikan.. Kerana itu Azim mengembara ke Sri Lanka.. Kerana satu peristiwa, Azim berkenalan dengan Khadija..
Dua kisah yang sangat meruntun hati.. Olahan oleh penulis dengan isi yang sangat menarik berjaya memikat Sha untuk membaca dan merasai penderitaan kedua-dua watak utama.. Setiap kita ada perjalanan dan kesusahan yang harus dilalui.. Tidaklah kita bernama manusia sekiranya tidak diuji Allah.. Semoga kita semua terus bangkit melangkah..
Sha baca pada 23.03.2021 dan selesai pada 24.03.2021..
Published February 2nd 2021 by Infiniti Publishing
masya Allah pantas sekali Sha baca! kita belum habis lagi haha...
ReplyDeletehebat masih rajin baca buku novel tuuuh., ;p
ReplyDeleteBetul tu, Kak Sha. Setiap orang ada kisah hidup dan dugaan yang harus dihadapi.
ReplyDeleteLaju Sha baca novel nie. Mesti best jalan ceritanya :)
ReplyDeletebetul.. bukan manusia lah kita kalau hidup kita tak diuji kan
ReplyDeleteklise betul ayat awak terlalu baik untuk saya.
ReplyDelete