Monday, August 30, 2021

ebook | Piah Di Hati Mr. Beku oleh Mia Azwar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini sangat menarik sebab membawakan tema perkahwinan antara sepupu dan masalah keluarga..

Piah dan Farhan merupakan sepupu dengan jarak umur yang besar.. Piah dijaga oleh opahnya selepas mak dan ayah dia meninggal.. Dalam masa yang sama, MakNgah Piah sangat memusuhi Piah.. Setiap kali berjumpa pasti akan ada pergaduhan dan kejian yang diberikan pada Piah.. Opah Piah merahsiakan punca kebencian MakNgah dari pengetahuan Piah.. Selepas balik dari Jepun, Farhan berkahwin dengan Piah.. Opah dan keluarga Farhan merestui hubungan mereka.. Namun gangguan dari keluarga MakNgah dan Humaira menyulitkan lagi hubungan mereka yang berada dalam fasa mengenali..

Pada Sha masalah sebenar berpunca dari sikap panas baran, beku dan ego dari Farhan serta sikap Piah yang tak matang dan kerap buat tindakan melulu.. Komunikasi antara mereka sangat kurang.. Satu lagi masalah yang ditimbulkan penulis adalah sikap merahsiakan perkahwinan bila nak sambung belajar.. Sikap ini sebenarnya mengundang fitnah dan salah faham dari orang sekeliling.. Garapan yang menariklah dari penulis malah kesudahan untuk setiap watak pun baik..

Sha baca pada 27.08.2021 dan selesai pada 28.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published January 2020 by Rinsya Chasiani

1 comment:

  1. Menarik ni. Lebih menarik dan mencabar bila ada watak yang mengacau.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »