Friday, August 13, 2021

Berkerja Dari Rumah & Pejabat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya hari ini Sha berkerja dari rumah.. Namun Sha ke pejabat juga untuk Sesi Latihan Pengenalan Emerald secara atas talian.. Latihan ini menggunakan aplikasi zoom dan sama waktu dengan waktu PdPR anak-anak.. Makanya ke pejabat je lah senang.. Tak payah nak berebut dengan anak-anak.. Latihan ini bermula jam 10 pagi, 9.45 pagi baru Sha ke pejabat.. Internet pejabat stabil dan komputernya besar.. Senang lah nak tengok muka penceramah dan juga slide ceramah.. Sambil-sambil tu boleh buat kerja pejabat juga.. Gitu.. 

Emerald ini satu pangkalan data yang mengandungi pelbagai jenis ebook, ejournal dan case studies.. namun tak semua dilanggan oleh Perpustakaan Sha.. Langganan hanya melibatkan subjek berkaitan sahaja.. Melalui latihan ini bolehlah jadi tukang terang kepada pengguna lain..

Nampak tak screen tu boleh pecah dua.. hehehe.. Sambil berlatihan, sambil sha siapkan kerja hakiki..

Bagus juga bila kursus/latihan/bengkel diadakan secara atas talian ini.. Kita cuma duduk depan komputer untuk melaksanakannya.. Tak payah nak beramai-ramai di satu tempat.. Boleh melibatkan peserta dari seluruh Malaysia dan pelbagai jabatan.. Cuma tu lah, internet je yang kadang kala menjadi gangguan.. kikiki.. Kalau internet perlahan makanya, perlahanlah ilmu tu sampai..

7 comments:

  1. Saya setuju dengan latihan atas talian ni. sebab ramai2 boleh join mcm kak sha cakap tak payah berkumpul ramai2. hadap saja screen hehe.

    ReplyDelete
  2. Rasa macam pernah dengar emerald ni, ohhh haahlah masa buat thesis degree! Baru ingattt hehehe, memang banyakkkkk journal article dekat emerald tu, search aje (kalau uitm lah) hehehe.
    Setuju dengan kak sha, kursus online ni selamat banyak daripada kursus bertentang muka, nak nak musim sekarang ni kannn, macam macam boleh jadi.

    ReplyDelete
  3. Kerja 2 dalam 1 ni Sha. Memang ok jugalah kursus dalam talian. Tapi itulah, kalau internet tak berapa ok, tak seronok pulalah.

    ReplyDelete
  4. Betul tu, Kak Sha. Masalah utama untuk acara atas talian ialah sambungan Internet.

    ReplyDelete
  5. Ni sistem yg apply utk semua poly tu ke?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »