Thursday, August 19, 2021

Shopee| Kepelbagaian Teh, Kopi dan Oat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha stress je mulalah menjelajah dekat Shopee.. Rupanya ada je yang jual uncang teh pelbagai rasa, kopi dan juga minuman oat pek persendirian untuk kita cuba dahulu sebelum beli secara pukal.. Angin tak berapa baik, habis Sha borong pelbagai jenis rasa teh dan juga oat.. Minuman ini semua Sha teringin nak cuba tapi tak berani nak beli pek besar.. Risau tak kena dengan tekak atau tak rasi dengan perut.. hehehe.. Bila ada yang jual macam ini, bolehlah kita beli untuk cuba..

Sekotak terus.. hehehe.. Ada 12 uncang teh pelbagai rasa, 3 sachet kopi essenso dan 6 sachet minuman Oat pelbagai rasa..

Essenso 3in1, 2in1 dan serbuk kopi Columbian Blend.. RM2.88 untuk 3 sachet ini..

Minuman Quaker Oat Chocolate, Berry Bust, Original, Vanilla, Mocha dan Matcha Green Tea.. Harga untuk setiap quaker oat ini berbeza dimana  Mocha dan Match berharga RM1.70 setiap satu, manakala yang selebihnya RM1.50 setiap satu sachet..

Ahmad Tea Jasmine Romance , Infusion Lemon & Ginger, Infusion Detox, Infusion Peppermint & Lemon, Raspberry Indulgence, Mango Magic dan Blackcurrant Burst.. Harga setiap uncang ini berbeza ye.. Perisa buah-buahan berharga 85 sen setiap satu, Infusion siri pula berharga 70 sen setiap satu dan Jasmine Romance berharga 80 sen..

'Boh' Seri Songket Passion Fruit, Mango dan Lychee with Rose.. Harga setiap satu uncang teh ini ialah 97sen..

English Tea Shop Organic White Tea Blueberry & Elderflower dan Chamomile & Lavender.. Setiap satu uncang berharga RM1.20..

13 comments:

  1. Bagus dan menarik ini.....

    ReplyDelete
  2. fobia dengan tri in one ni, trigger my anxiety. walhal dedulu sangat suka.
    skrg tak boleh dicoba langsung, mula resah tak tentu pasal.
    best ada pek kecik macam tu.

    ReplyDelete
  3. Essenso ni mmg stok kt opis slalunya... Ahmad tea sedap.. Suka perisa stroberi hahha..

    ReplyDelete
  4. Shopee ni tempat berhantu...sekali masuk pusing2 tak jumpa jalam keluar

    ReplyDelete
  5. Menarik jugak seller jual macam ni. Boleh rasa bermacam macam jenis tanpa perlu beli se pek besar tu.

    ReplyDelete
  6. Nak beli juga macam ni. Nak try kopi essenso tu..

    ReplyDelete
  7. Wah bagus juga tu boleh rasa pelbagai jenis

    ReplyDelete
  8. menarik ni! shopee mmg tak boleh masuk sngt.. berhantu.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Bahaya ni mood tak baik pergi shopping. Hehe

    ReplyDelete
  10. Teringin jugak nak beli tapi takut tak habis diminum, sebab dalam rumah nie suma tak minum manis...

    ReplyDelete
  11. bagus juga kan..kalau jual loose mcm ni..mudah nk rasa mana sedap dgn xsedap tekak hehee good idea sha!

    ReplyDelete
  12. dah mcm box of happiness pulak😊

    ReplyDelete
  13. Banyak juga shoping tu . Beli dengan kuantiti yg sikit boleh la rasa yang mana sedap dan yang mana tak sedap

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »