Shoplinks.Asia

Sunday, July 23, 2017

Jemputan ke Jamuan Raya MSU

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Tahun ini dapat lagi jemputan ke Rumah Terbuka MSU..
Memang bestlah..
Terus booking bas dan blok jadual kerja encik suami..
Pergi dengan pelajar Kelab Sahabat Perpustakaan..
Bos pun ikut sama..

Kami gerak dari Politeknik jam 2.45petang..
Tak semua staf pergi..
Yang bertugas di kaunter kena tinggal..
Sebabnya Perpustakaan tak boleh tutup masa kuliah sudah bermula..

Pergi awal ini, baliknya pun awallah..
Bukan apa..
Kami-kami yang ada anak ini, memang nak balik awal je..
Tapi biasalah.. Kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan..
Sampai memang awal.. Majlis baru bermula..
So tempat pun senang je dapat..
Makan pun tak payah nak beratur sangat..
Macam-macam stall ada..

Dalam 6.30 petang kami dah gerak meninggalkan Dewan MSU..
Tapi disebabkan perjalanan jauh lagi, maka singgah sekejap dekat R&R Elmina untuk solat..
Masa inilah peristiwa yang tak terduga terjadi..
Enjin bas mati dan tak boleh dihidupkan..
Nak tak nak, kenalah tunggu bas ganti datang..
Dekat pukul 9 lebih baru bas ganti sampai..
Pemandu bas yang sorang lagi tak ikut balik, dia tunggu dekat bas yang rosak sebab pomen kenderaan on the wat juga..
Kami je balik dengan bas yang baru datang..
Sampai Politeknik dalam jam 11 malam macam itu..

Jemputan dari MSU..

My friend dekat MSU..
Bersama pelajar Kelab Sahabat yang paling rajin..
Yang last tu takkan lah korang tak kenal..
Tak minat pun tapi saja nak bergambar.. Wak Doyok in the house you all.. 😂😂

Antara makanan yang sempat di fotokan..
Rojak buah, buah potong dan kuih sampan..
Kambing bakar.. Sos dia sedap..
Sate daging dan ayam..
Lemang bersama serunding daging dan ayam..
Spegheti, got dog dan wedges.. Spegheti dia memang best..

Puas makan.. Kita bergambar pula..

6 comments:

  1. wahh sedapnya sha....jamuan open house tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. Puas makan sampai sebu perut.. Hehehe

      Delete
  2. nampak gambar makanan terus perut berbunyi...whoaaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Samalah kita.. Sha yang tengok balik nie pun rasa lapar..

      Delete
  3. Oh myyyyyy!!! Wak doyok.. siyokk dpt jumpa wak doyok..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI