Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Sunday, July 2, 2017

Pembantu Perpustakaan / Pembantu Pustakawan (S17/S19)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom Sha share bidang tugas Pembantu Perpustakaan / Pembantu Pustakawan (S17/S19)..
Sebelum itu kita kenali dulu apa itu Perpustakaan..

Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian. Jika dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan hari ini juga menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum. Perpustakaan terbesar adalah "Library of Congress".

Terdapat 5 jenis Perpustakaan di Malaysia iaitu:-
  1. Perpustakaan Negara
  2. Perpustakaan Akademik (macam tempat kerja Sha) - Objektif Perpustakaan Akademik ialah memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat dan memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat.
  3. Perpustakaan Awam
  4. Perpustakaan Khusus/Khas
  5. Perpustakaan Sekolah / Pusat Sumber
Deskripsi Tugas Pembantu Perpustakaan
Pembantu Perpustakaan berfungsi sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan perpustakaan; berfungsi sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan, penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran.  Pada masa yang sama, tugas Pembantu Perpustakaan ialah menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.
Pembantu Perpustakaan juga melakukan tugas lain mengikut keperluan dimana PP berkhidmat.
Nanti Sha sambung lagi ye dengan lebih detail mengenai tugas PP mengikut tempat Sha berkhidmat..
Sha share ini untuk membuka minda mereka di luar sana mengenai kerja sebagai Pembantu Perpustakaan.. Sesungguhnya kerja ini bukanlah seperti yang disangkakan..

4 comments:

  1. Dulu Fatin perpustakaan sekolah, selalu berangan nak kerja dekat perpustakaan tapi tak tau macam mana nak apply.

    Seronok baca info kak sha kongsi ni. teringin nak tau lebih lanjut lagi. Tak sabar nak baca :D

    Fatina | www.theinfinitywords.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Adeh teringin nak jadi pembantu perpustakaan.. tp tak de rezeki lagik.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Hihi, bagus kak Sha bagi penerangan tentang keja pembantu pustakawan nie.. Jadi takdelah orang nak pertikai kerja kita kan.. Selalu orang awam tahu tugas kita menyusun buku di rak padahal banyak lagi tugasan yang lain selain menyusun buku..

    ReplyDelete
  4. MV librray khusus...biasa org selalu cakap org library xda kerja

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI