Sunday, August 8, 2021

ebook | Umar Hatta oleh Jaja Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Umar Hatta.. Memang buku ini buku tentang Umar Hatta.. Seorang lelaki beku yang tegas dan juga baran.. Hidup dia ada sejarah kelam yang cuba dilupakan.. Semuanya berlaku kerana jiwa muda dan ingin bebas namun ada satu perkara yang dilakukan bukan dengan kerelaan diri tapi ugutan.. Semuanya berlaku di luar negara.. Balik ke Malaysia, Umar Hatta menjadi insan baru.. Memperbaiki diri dan mula membina perniagaan.. Berkenalan pula dengan Leyla yang sentiasa ceria dan happy go lucky.. Cinta datang dengan sendirinya.. Saat bahagia ingin dibina, sejarah lama muncul kembali.. Leyla tergugat namun tetap meneruskan perkahwinan dengan Umar Hatta kerana perasaan cinta yang kuat tapi dalam masa yang sama Leyla tetap melayan Umar Hatta dengan jijik.. Bertemu insan asing memberi kesedaran pada Leyla yang dirinya juga tak sempurna dan Umar Hatta itu petunjuk untuk mereka membina kehidupan dijalan Allah.. 

Cara penulis menyampaikan cerita berjaya membuatkan Sha geram dan marah dengan perangai Umar Hatta yang berahsia dan memendam sendiri masalah.. Sha juga geram dengan Leyla yang mempersoalkan masa silam Umar Hatta sedangkan diri sendiri yang bersetuju untuk menikah.. Walaupun ada sedikit kekurangan dalam buku ini tapi keseluruhan ceritanya cantik.. Kita sebagai manusia ini memang tidak sempurna dan ada kekurangannya.. Siapalah kita nak mempersoalkan masa silam seseorang sekiranya orang tu ingin berubah ke arah kebaikan..

Sha baca pada 05.08.2021 dan selesai pada 07.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 2018 by Anaasa Publication

4 comments:

  1. Pun menarik sinopsisnya sha

    ReplyDelete
  2. Manusia berubah menjadi lebih bagus itu dah cukup bagus. Tapi yang tak bestnya bila isteri sendiri mempersoalkan kisah silamnya. Sedih. betul tu, manusia ni tak sempurna. Pasti ada sisi lain yang kekurangan.

    ReplyDelete
  3. lebih baik manusia yang berubah dan belajar dari kesilapan daripada duduk di takuk yang sama

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com