Saturday, August 28, 2021

Telefilem Melayu | Legenda Puteri Bulan (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertengok sebenarnya telefilem ini.. Sha paling suka babak Ropie yang berpantun tapi asyik ke laut dalam je.. Memang mengekek la gelak.. Hahaha.. Tu belum lagi bila dengar nama negara Achewah.. Siap dengan gaya lagi bila sebut Achewah.. 

Drama dia menariklah sebab kisah persaudaraan dua beradik.. Zaleha istimewa kerana darahnya putih dan boleh mengubat pelbagai jenis penyakit.. Mariam pula sebenarnya ada keistimewaan namun dia tak sedar.. Mariam hanya sedar mengenai keistimewaan dia bila cuba menyelamatkan Zaleha dari berkahwin dengan putera dari Achewah yang kononnya hodoh dan menakutkan.. Akhirnya kebenaran terbongkar.. Kelakar dan juga berpengajaran.. Nice..

JUDUL : LEGENDA PUTERI BULAN
PENULIS SKRIP : Eenaz Mokhtar, Farah Alya As’ari, Syadhafiza Rosli
PENGARAH : Bob Husaini
PRODUKSI : Shutterspeak / Playwright Pictures
PELAKON : Uyaina Arshad, Putri Hanan, Nabil  Aqil, Zizan Razak, Johan As’ari, Rozita Che Wan

SINOPSIS LEGENDA PUTERI BULAN
Puteri Zaleha dilahirkan istimewa kerana mempunyai darah putih yang mampu menyembuhkan penyakit, lalu beliau menjadi kesayangan semua kerana usahanya untuk membantu rakyat. Manakala adiknya, Puteri Mariam, tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan inginkan perhatian dari kakaknya. Apabila Puteri Zaleha menerima pinangan yang tidak boleh ditolak daripada Raja Achewah, Puteri Mariam memulakan ekspedisi untuk menyelamatkan kakaknya dan juga negaranya, Sukalangka.

6 comments:

  1. mcm menarik je.. cerita ala2 klasik di zaman moden.. hihi

    ReplyDelete
  2. hari tu mencari juga telemovie ni tapi tak jumpa kena check balik kat astro go..hehe

    ReplyDelete
  3. ya-ya. Cida pun suka telefilem ni. kelakar. hihihi Acheeeewah hihi

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok tapi tak habis sebab ada hal. Nak cari lah kat Astro Go. Saya minat Johan Asari

    ReplyDelete
  5. Wah..suka juga menonton drama ni

    ReplyDelete
  6. Okey, yang ini macam menarik. Nanti nak carilah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com