Sunday, July 2, 2017

Jenis Kualiti Movie

Assalamualaikum..
Hye semua..

(Perkongsian sedikit pengetahuan)
-Jenis Kualiti Movie-
*Boleh kongsi jika anda rasa ia berguna.

Zaman sekarang ni, kebanyakannya ramai yang dah jadi kaki download, tak kira la download apa pun tapi yang famous adalah download movie.

Bagi beginner mungkin tak tahu lagi nak pilih kualiti movie yang macam mana. Kalau waktu admin zaman muda-muda dulu, admin main download jek, lantak la bagus ke tidak dia punya kualiti. Janji dapat tengok.

Sekarang ni admin nak kongsi bersama korang tentang jenis dan maksud benda alah tu senua bermula dari bawah atau yang tak best punya.

1. CAMRip
CAMRip atau CAM adalah hasil daripada Cam-Quality, waktu zaman cetak rompak dulu, memang popular dengan kualiti movie macam ni sebab filem dari kualiti ni diambil menggunakan kamera video digital. Kadang-kadang, ada orang tengah berjalan dekat screen, ada bunyi penonton ketawa berdekah-dekah. Kualiti macam ni sangat tak best, sebab bunyi memang diambil terus dari mikrofon kamera dan kedudukan kamera tidak tetap, sebab tu ada certain movie, kepala boleh jadi senget bila tengok movie.

2. TS, HDTS
TS atau TELESYNC adalah adik beradik jugak dengan CAMRip tetapi TS difilemkan dengan keadaan yang berbeza, ia menggunakan audio luar iaitu merakam bunyi movie dan menggabungkan rakaman tersebut dengan audio luar menggunakan software video editor. Tetapi ia tetap tidak menghasilkan kualiti bunyi yang bagus dan kualiti gambar sedikit baik dari CAMRip.

3. DVDScr
Ini adalah versi awal DVD atau VHS yang dikeluarkan dari versi teater, Biasanya dihantar ke peninjau filem, Ahli Akademi, dan eksekutif untuk tujuan Ulasan. Biasanya mempunyai mesej overlay pada gambar seperti “The film you are watching is a promotional copy”.Screeners biasanya mempunyai kualiti sedikit rendah dari DVDRip.
*sumber ini biasa keluar pada awal tahun.

4. DVDRip
Kualiti dari jenis DVDRip adalah hasil copy dari DVD asli. Kualiti gambar dan suara sangat baik, meng-download movie jenis DVDRip sama saja dengan membeli DVD asli dekat kedai .

5. HDRip, HDTV, PPVRip, WEBRip
HDRip ialah sumber filem asal dari rakaman TV atau web-web yang menyediakan watch online. Biasanya mempunyai kualiti 720p - 1080p. Kadang-kadang mempunyai HC (Sarikata hardcode) dari bahasa lain seperti Korea, Cina, Arab, etc yang mengganggu apabila ditonton. Kadang-kadang audionya ada yang kurang jelas.
*versi ini biasanya release sebulan atau dua dari tarikh tayangan.

6. WEB-DL
WEB-DL adalah sumber dari laman web yang terkemuka seperti iTunes, Amazon dan lain-lain. Kualitinya boleh dikatakan setara dengan BRRip. Kualitinya boleh mencecah hingga 1080p.

7. BRRip
Singkatan daripada Blu-ray dan sumber daripada Bluray disc. Kualiti jauh lebih baik dari DVDRip, tetapi BRRip memerlukan saiz hardware yang lebih tinggi untuk 1080p dan dikatakan kualiti terbaik buat masa ini.
*bluray akan release pada 4/3 bulan dari tarikh tayangan.

Apa itu UNRATED, EXTENDED?
Biasanya ada pada movie yang berasaskan unsur 18+. Pendek kata, sumber ini tidak dipotong babak yang xxx itu.Ada juga terdapat pada filem-filem bertaraf tinggi.

Apa itu PROPER?
Sumber ini keluar biasanya bila sesuatu sumber seperti HDRip yang bermasalah seperti lari suara dari video. Maka, sesuatu kumpulan encoder akan baiki sumber tersebut.

Apa itu REMASTERED?
Remastered ni sama concept dgn refurbished. (Repair semula oleh pengeluar)
Film2 lama yg dikeluarkan semula oleh penerbit dengan meningkatkan kualiti gambar/suara.
Seperti:
1. Hitam/putih ke berwarna.
2. Gambar lebih tajam dan jelas..
3. SD ke HD
4. Audio lebih jelas.

Apa itu LiMiTED BluRay?
Sumber BluRay yang filemnya ditayangkan hanya dinegara-negara terpilih sahaja.

Apa itu IMAX BluRay?
Biasanya tersedia untuk filem-filem Box Office yang pecah panggung. Skrin filemnya berbeza dengan BluRay biasa kerana IMAX mempunyai skrin yang berubah-ubah ( Kalau scene bercakap dia ada kotak hitam atas-bawah, kalau scene sebaliknya ia akan berskrin penuh ) .

Semoga bermanfaat buat anda semua

5 comments:

  1. busyra bru tau. tq atas prkongsian kak sha :)

    ReplyDelete
  2. Sebelum ni tau 2-3 jenis je. Lepas baca yang ni hah bertambah tahu. Hehehe

    ReplyDelete
  3. saya pun baru tau, dapat ilmu baru ni, nice sharing

    ReplyDelete
  4. kalo donload dapat yang Blueray lawa sangat dah.. tapi dvdrip pun okay =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com