Tuesday, June 25, 2019

Pra Tempah Novel Terbaru Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat yang meminati novelis Maria Kajiwa, beliau ada keluarkan novel terbaru dibawah penerbitan Love novel bertajuk Lara Wirang.. Pre-Order sangat terhad, jadi kalau berminat boleh klik link WhatsApp kat bawah.. Sha dah buat bayaran pagi tadi.. hehehe.. Teruja nak baca buku baru beliau.. Lagipun dah lama tak membeli.. Kikiki..

TAJUK: LARA WIRANG
PENULIS: MARIA KAJIWA
HARGA: RM 22 (sem)
KAPSYEN: Kerana janji hati nuraninya mati...
BLURB: Ustaz Muiz, seorang guru agama berhasrat untuk mendirikan sebuah madrasah di kampungnya sebagai pusat mengajar ilmu agama yang lebih tersusun. Dia mendapat sokongan daripada isteri, kawan dan penduduk kampung tetapi ditentang oleh Sahir Zub-yan dan konco-konconya.

“Kita akan buat apa sahaja asalkan rancangannya gagal.” – Sahir Zub-yan

Sahir Zub-yan, seorang ahli sihir Kaum Kan. Dia tinggal di Gunung Dayan dalam daerah Hasam Hurang, salah sebuah daerah dunia gelap. Sejak dahulu dia menentang segala usaha Ustaz Muiz untuk menghidupkan syiar Islam dan menyebarkan dakwah.

Bersama pembantunya yang setia bernama Derani, mereka menghasut seorang guru silat untuk menentang dan mengkhianati Ustaz Muiz sekeluarga dengan menggunakan ilmu hitam. Tapak madrasah, isteri dan anak Ustaz Muiz menjadi sasaran.

“Engkau sanggup menukar imanmu dengan nyawanya?” Sahir Zub-yan.

Adakah Ustaz Muiz akan tunduk kepada segala seksaan dan ugutan mereka bertiga? Mampukah dia mempertahankan pendiriannya? Ikutilah sebuah pertarungan antara dua pegangan dan dua dunia yang berbeza.

TAJUK: KAMPUNG HILANG
PENULIS: ROSLI MOHD. SAH
HARGA: RM 24 (sem)
KAPSYEN: Datangmu dialu-alukan, tetapi pemergianmu tak dibenarkan…
BLURB: Demi dendam dan kasih sayang, pertaruhan yang dibuat terlalu besar. Kampung Hilang menjadi saksi kekejaman silam akan berulang dengan watak berbeza.

“Kalau kamu masih berhajat juga nak ke kampung puaka tu, baik hentikan. Jangan cari masalah. Kami di kampung ni dah cukup letih dengan masalah dari kampung tinggal tu. Dah tak larat nak hadap masalah yang berulang-ulang.”

Sesiapa pun boleh datang, tetapi tiada sesiapa pun yang boleh meninggalkannya. Mereka akan diraikan tetapi mereka juga akan diperangkap.

“Kau berdua tidak dapat keluar dari kampung ini. Kau berdua sudah terperangkap di sini!”

Kampung Hilang sentiasa menantikan kehadiran waris-warisnya.

“Kau datang, anak puanku...”

Penghuninya tidak pernah mati walaupun terpaksa mengharungi kehidupan yang berulang-ulang.


Order di Sini..

Syarat Pembelian:-
- PRE-ORDER bagi novel Lara Wirang dan Kg Hilang sehingga 07.07.2019 sahaja.
- Harga ada di dalam gambar. Ada DISKAUN untuk semua pembeli pre-order ini. Pesanan hanya SAH apabila pembayaran dibuat.
 - Cara pembayaran akan diberikan kepada yang berhajat.
- Pembayaran mesti dibuat mulai 24.06.2019 sehingga 07.07.2019 sahaja supaya dapat keluarkan stok dan mulakan proses penghantaran secepat mungkin.

8 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com