Monday, July 13, 2015

Dia Yang Kucari by Cempaka Qistina

Assalamualaikum..

Novel yang okay2 sahaja..
Remaja perempuan yang terlalu bebas pergaulannya..
Terabai akibat kesibukan ibu bapa berkerja mencari duit
Terlanjur hingga mengandung kemudian menggugurkan anak yang dikandung..
Membawa diri jauh dan mula berubah menjadi lebih baik..
Seorang lagi hidup dalam penyesalan tapi tidak berubah menjadi lebih baik..Kemudian berjumpa kembali, yang lelaki meluahkan rasa penyesalan dan ingin bertanggungjawab..
Maka bermulalah pancaroba hidup berumahtangga..
Kepercayaan adalah kunci yang paling penting..Tanpa kepercayaan pasti rapuh hubungan suami isteri..


Sinopsis Belakang Buku:- Pertemuan Dania dan Haiqal bermula di sebuah kelab malam yang terkenal di ibu kota. Dania seorang gadis lincah sering menghabiskan masanya di kelab malam. Manakala bagi Haiqal pula kelab malam ini adalah tempat untuknya berhibur. Sikap Dania yang tidak mengendahkan Haiqal benar-benar membuatkan Haiqal tercabar. Dalam diam dan tanpa sedar Haiqal sudah jatuh hati kepada Dania. Haiqal bertekad untuk menundukkan Dania.



Dania yang merupakan anak tunggal kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga. Menghabiskan masa di kelab malam merupakan cara untuk membuang rasa bosan apabila dirinya sering ditinggalkan oleh papa dan mamanya yang sentiasa sibuk bekerja. Pertemuan kedua Dania dengan Haiqal terus disambar oleh Haiqal apabila dia mendapat tahu hubungan Zack dan Dania bermasalah hingga masing-masing terlanjur. Dania sekeluarga kemudiannya berpindah ke London tanpa pengetahuan sesiapa pun. Haiqal yang menyesali tindakannya, cuba mencari Dania tetapi gagal.



Lima tahu berlalu. Atas urusan kerja Haiqal berkenalan dengan Maisara, seorang gadis yang sopan bertudung. Maisara berbeza dengan gadis-gadis yang pernah dikenalinya sebelum ini. Sedikit sebanyak kehadiran Maisara telah menarik perhatian Haiqal. Dalam masa yang sama Haiqal sering berpelesiran dengan Linda. Bagi Haiqal hubungannya dengan Linda sekadar suka-suka, tetapi tidak pula bagi Linda. Dengan penuh harapan Linda benar-benar mengharapkan yang Haiqal akan menyukai dirinya.

Akhirnya, Haiqal mengetahui Maisara adalah Dania yang dikenalinya lima tahun lalu. Pada hari pertunangan Emir iaitu rakan baik Haiqal, Haiqal dikejutkan dengan berita Maisara adalah tunang rakan baiknya itu. Maisara adalah sepupu kepada Emir. Emir memang mencintai Maisara sejak kecil dan ikhlas menerima Maisara seadanya. Maisara tidak menyangka yang Emir berkawan rapat dengan Haiqal, lelaki yang punya kisah silam bersama dirinya suatu ketika dahulu. Tidak sanggup mahu mengkhianati rakannya sendiri, Haiqal mengkhabarkan rasa hatinya kepada Maisara, tetapi sayang Maisara tidak mempunyai rasa yang serupa.

Akhirnya terbuka juga pintu hati Haiqal untuk berubah. Sebelum ini Emir banyak menasihati Haiqal tetapi Haiqal beralasan yang dirinya masih belum bersedia. Haiqal perlahan-lahan berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik.

Suratan menentukan Haiqal kemalangan lalu koma. Maisara yang datang bersendirian ketika melawat Haiqal di hospital mengalirkan air mata apabila melihat keadaan Haiqal. Emir yang kebetulan datang ke hospital untuk melawat Haiqal hairan melihat Maisara datang bersendirian dan tidak pula mengkhabarkan kepadanya. Maisara akhirnya memberitahu Emir siapa Haiqal dalam kehidupan silamnya.

Demi kebahagiaan Haiqal dan Maisara, Emir mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Maisara.

Setelah Maisara sah menjadi isteri Haiqal dugaan datang menimpa. Maisara keguguran. Linda menabur fitnah hingga mengundang kesengsaraan Maisara.

Setelah sedar akan kesilapannya, Haiqal segera meminta kemaafan daripada Maisara. Puas Haiqal cuba meyakinkan Maisara yang dirinya tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Namun, Maisara enggan menerima kemaafan suaminya.

“Kucari dia yang jauh di mata.... rupa-rupanya dia dekat di hati....”

6 comments:

  1. rajinnya baca.. boleh tahan panjang review nya. hehee
    nina pun xsempat baca novel yg dibeli.

    ReplyDelete
  2. Best gak sinopsis dia hihihi...lama dah tinggal novel

    ReplyDelete
  3. Nampak macam biasa2 tapi perkembangan plot tu nampak menarik...

    ReplyDelete
  4. LAmanya x baca novel..dulu rajin tp skrg xde masa dah ..hukhuk

    ReplyDelete
  5. dah jarang dah bace novel
    kalau bace pon mesti pinjm2 orang pnya
    tak beli dah

    ReplyDelete
  6. macam best plak nak baca novel sekarang.. dulu pernah laa pinjam kat perpustakaan.. 2 bulan lepas baca buku yang adik pinjam dari perpustakaan.. itupun setelah sekian lama tak baca novel..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com