Saturday, January 12, 2019

Tragedi TPlanner 2019 oleh Teme Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau ikutkan masa buat pra tempahan ini, katanya mulai 10 Disember baru Team Iman akan pos TPlanner ini.. Tapi bila dapat email kata mulai 4 Disember mereka dah pos, memang seronoklah.. Lepastu malam 4 Disember tu dah ada yang kongsikan di Instagram mengenai TPlanner kepunyaan mereka yang dah selamat sampai ke tangan.. Teruja Sha melihatnya.. Memang cantik dan sangat eksklusif.. 

Email dari Kak Iman yang Sha terima pada 03.12.2018.. 

Malangnya sampai 24.12.2018 Sha masih tak terima lagi TPlanner Sha.. Sudahnya Sha email pihak Iman Bookstore dan tanya status TPlanner Sha.. Mereka bagi tarikh sampai 21.12.2018 kalau tak terima juga, boleh email mereka.. Tu yang Sha email.. Lepas Sha email tu, Sha terima email dari pihak easyparcel bahawa parcel Sha akak dikutip 26.12.2018.. Kekecewaan berganda di situ.. Adakah mereka terlepas pandang pesanan Sha?? Agak mengecewakan.. Kalau Sha tak email, memang tak akan ada apa-apa updatelah maksudnya.. Hurmmm... Tunggu lagilah jawabnya..

Sha terima email ini pada 24.12.2018 jam 4.36 petang.. Malangnya sehingga entry ini di publishkan, Sha masih lagi belum menerima TPlanner Sha..

Pada 07.01.2019, Sha hubungi pihak Imanshoppe untuk bertanyakan perkembangan terkini TPlanner, tapi diberitahu PIC tak ada.. Petang itu Sha dapat panggilan semula dari pihak ImanShoppe memaklumkan TPlanner menghadapi masalah cetakan dan dalam proses cetakan semula.. No tracking yang Sha terima sebelum ini dah tak valid.. Sedih dan hampa sebab Sha terpaksa hubungi pihak mereka baru ada berita mengenai TPlanner.. Pada 10 Januari 2019, Sha terima email memaklumkan selewat-lewatnya pada 19.01.2019 TPlanner akan dipos kepada pembeli.. Jadi, kita tunggulah..

16 comments:

  1. I feel you Sha...
    baru baru ni beli barang online, lepas check punya check, parcel tak dpt dihantar...
    lepas tu tak tunggu lama, dapat lah refund :(( ...

    ReplyDelete
  2. Sabar jelah Kak Sha. Mudah-mudahan kali ni betul-betul sampai.

    ReplyDelete
  3. Owh, masalah juga kan.
    Kesian juga kat Kak Sha dan org lain2 yg belum dapat planner tu.
    Sy dengar quota planner tu 11,111 buah buku kan? Saya rasa maybe diorang boleh improve bab nie next time. Print beberapa ribu buah planner lebih awal ke apa ke.

    Btw, semoga sampai juga la planner tu ke tangan akak. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. mungkin mereka boleh improve tang situ..

      Delete
  4. alahai..sedih bila the other side macam kurang ambil perhatian kan..tapi bersangka baik memang dia tak menang tangan la tu order.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. sha sedih sebab customer service dia sebenarnya.. kalau dia keep track dengan customer, sha mungkin tak sesedih nie..

      Delete
  5. iiisk kenapa macam tu.. sepatutnya they inform la awal2 or buat notice ke apa ke.. ni nak kita pulak yang cari dia. huhu.. sama macam baru2 ni order baju preorder la.. order dari bulan 9 tahun lepas. katanya bulan 11 dapat dah. bulan 12 x dapat2. jenuh email la call la n pm kat fbuk. dua tiga kali.. komen gmbr kt ig.. baru nak reply dm kita lepas 3 minggu. huhuhu.. last week baru dpt baju tu.

    kita sbenarnya x kisah n faham je ada benda teknikal xleh elak. cuma cara diorang control prasaan pelanggan tu memang zero PR la. no more next time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. tu lah perasaannya.. Faham je masalah teknikal tu tambah bila dia first time buat skala besar macam nie.. cuma masalah PR tu.. kalau dia dulu yang call/email maklumkan kat pelanggan, mungkin tak adalah frust cengginie..

      Delete
  6. aduyaiii kenapa laa buat customer mcm ni.... rs teraniaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Anies.. Terus tak rasa excited lagi dah..

      Delete
  7. Alahai.. minta rrfref la sha

    ReplyDelete
  8. kesian.. harap2 x lama lagi la dpt planner tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com