Monday, January 14, 2019

Drama Melayu | Ghaib (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..


Drama Ghaib ini adaptasi daripada Novel Projek Seram : Terowong oleh A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad dan Syasya Bellyna dan drama ini mengambil tajuk yang sama dari buku ini dan penulisnya ialah Zaifuzaman Ahmad.. Sha sebenarnya teruja dengan drama ini tapi disebabkan tak berapa berani nak tengok tu yang macam, nantilah.. Hahaha.. Tapi bila penulis Aida Adia ada kongsikan di Facebook beliau mengenai drama ini, Sha beranikan diri untuk menonton.. Sebab buku dia memang ohsem dan menjadi koleksi peribadi Sha..

Drama ini memang berjaya menyampaikan isi dari novel itu.. Bila tengok drama ini Sha terbayangkan jalan cerita dalam novel itu.. Memang menariklah.. Tahniah buat team produksi dan juga pelakon yang menjayakan drama ini.. Memnag terbaiklah..

Skrip drama ini merupakan garapan Siti Soleha dan Aida (penulis yang menggunakan nama Aida Adia) yang disiarkan menerusi laman popular Tonton bermula 15 Disember hari tu.. Turut boleh di tonton di Youtube juga.. Drama ini bersiaran selama 1/2 jam dan ada 10 episod.. 


Drama bersiri Ghaib ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Elizad Sharifuddin, Eyka Farhana, Neera Azizi, Chacko Vadaketh, Joanna Bessey.

Sinopsis: Mimie, Jessica, Nina dan Suzi masuk ke dalam gua dan menyeru roh yang menghuni kawasan itu. Jessica yang tidak senang dengan rancangan itu mula berasa resah. Tiba-tiba kedengaran suara wanita mengilai dan mereka mula takut. Tiba-tiba satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul di belakang Mimie dan lilin terpadam. Mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka. Mereka berlari ke pondok pengawal keselamatan kolej untuk mengadu perkara itu dan kemudian bergegas ke balai polis. Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian itu namun mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona. Pengetua kolej itu, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara berkenaan demi menjaga nama baik premis terbabit.

Boleh tonton di sini.. Klik je episod dibawah ini

9 comments:

  1. wahhh. menarik jalan cerita dia.. skrg sy tgh puasa tengok cerita2 seram ni. laki tak kasik. hahahaa. tunggu lah lepas bersalin nanti, banyak betul list movie horror yang tak tengok lagi..

    ReplyDelete
  2. tengok tajuk pun dah tau takkan tengok tapi ada shukri yahyah 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tengok dengan skrin yang kecik.. kikiki.. seram okay..

      Delete
  3. terbaek. nak tengok la nanti :)

    ReplyDelete
  4. jgn tgk mlm2 nnt x leh tido hahaha

    ReplyDelete
  5. Novel terowong pun ika tak baca lagi. Ala. Ketinggalan sgt. Nak tgk la nanti. sbb baru tahu. Hee

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com