Saturday, January 12, 2019

Minggu Kedua Persekolahan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam je dah dua minggu persekolahan berlalu.. Amani macam biasa, tetap seronok ke sekolah.. minggu ini dia dah makin awal bangu dan tak ada nak banyak kerenah untuk mandi.. Harapnya akan berterusan sampai hujung tahunlah.. Kikiki..

Yang banyak drama dah tentulah anak dara Sha yang no 2 ini.. setiap pagi dan petang ada je drama dia sebelum ke sekolah.. Tahun ini Imani dah 6 tahun.. Jadinya sha daftarkan dia pra sekolah agama sekali.. Nak biasakan dia dengan sekolah petang.. Tapi tak adalah paksa untuk pergi.. Bila dia meragam memang Sha suruh dia tak payah pergi tapi Imani masih nak pergi.. Jadinya bawalah juga sambil pujuk dan layan drama dia.. Memang mencabar sikit Nur Imani ini.. Kikiki..

Alhamdulillah sha pun dah makin sabar melayan kerenah dia.. Tambahan pula sebelum ini ada dengar teguran dari seorang ustaz ini dekat radio Nasional fm.. Katanya kita ini nak hantar anak ke sekolah memang banyak ragamnya.. Masa kita dengan anak-anak pun terhad tapi kita asyik nak naik angin je.. Awal pagi dah marah-marah anak.. Walhal itu semua ujian dari Allah untuk melihat kesabaran kita dalam menangani anak-anak.. Allah uji sebab sayang.. Jadinya kenalah sabar lebih sikit.. Pagi-pagi marah anak macam manalah anak dan kita nak ceria sepanjang harikan.. 

Sejak itu sha cuba sabarkan diri dari marah anak-anak.. Layankan je ragam mereka.. Anak 2 je.. Tapi rasa macam ramai.. Hahaha..

13 comments:

  1. Nanti bila masing-masing dah dewasa...rindu zaman mereka kecil2...cerita semula...ketawa sama2.

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu anak no 2. Harap Sha bertabah ye

    ReplyDelete
  3. Biasalah budak-budak meragam bila kali pertama pergi sekolah. Tapi bila dah dapat sesuaikan diri, mesti seronok pergi sekolah sebab nak jumpa kawan-kawan.

    ReplyDelete
  4. Imani baru nak mula bersekolah tu yg banyak sikit ragamnya kot. Nanti dh seronok agaknya taknak duduk rumah dh pulak. Hihihi

    ReplyDelete
  5. xpe sha ms ni je dia byk drama. nnt da bsr kita pulak rindukan drama2 diorg ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anies.. Bila dah besar nanti hilanglah drama mereka ini..

      Delete
  6. semoga cemerlang dalam akademik :)

    ReplyDelete
  7. tq for sharing nasihat tu, sha.
    aida pun kekadang pepagi termarah anak tau.
    kelam kabut kan...
    aduh! kesian diorang ekk :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »