Tuesday, November 29, 2022

Temujanji Pertama di Klinik Pakar Ortodontik, Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Amani ada temujanji di Klinik Ortodontik untuk rawatan susulan mengenai pemakaian pendakap gigi dan juga gigi yang tak boleh keluar.. Temujanji pertama ini, doktor buat pemeriksaan secara general untuk tengok masalah utama dahulu serta berkenalan dengan pesakit dan keluarga.. Klinik ini, Amani kena masuk bersendirian untuk pemeriksaan terlebih dahulu.. Mak masuk kemudian untuk penerangan.. Doktor bagi maklumat secara general je dahulu.. Nampaknya lepas ini Amani akan ke dua kliniklah untuk temujanji susulan.. Inilah cabaran membesarkan anak-anak.. hehehe..

Lepas pemeriksaan tadi, doktor bagi tahu rahang bawah Amani tidak membesar dengan baik.. Jadi kedudukan gigi atas dia agak kedepan dan gigi bawah berada pada lelangit bila Amani katup gigi.. Kalau tak dirawat, lelangit Amani akan ada ulser dan trauma.. Dua gigi Amani dah mula menunjukkan keadaan yang tidak baik.. Jenuhlah mak suruh berus gigi betul-betul.. Sudahnya tadi mak terpaksa takutkan Amani dengan pemakaian gigi palsu.. hehehe.. Harapnya lepas ni Amani akan berus gigi elok-elok..

2 comments:

  1. Semoga dipermudahkan rawatan pergigian Amani

    ReplyDelete
  2. lps doktor terang mcm2 tu sy percaya amani akan lbh menjaga gigi dia

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com