Tuesday, July 30, 2019

Blogger Challenge | Share: A difficult time in your life

Assalamualaikum..
Hye semua..

Blogger Challenge | Share: A difficult time in your life


Setiap orang pernah melalui masa susah.. Untuk Sha ada dua waktu yang sangat terkesan dalam perjalanan hidup Sha.. Satu berlaku pada 2013.. Masa ini Sha jatuh tersungkur tanpa sempat meletakkan alas ataupun penahan.. Pengkhianatan dan kesan memendam perasaan.. Hidup Sha betul-betul huru hara dan tertekan sampai Sha perlu dapatkan rawatan psikologi dari doktor.. Namun Sha bangkit semula dengan dorongan suami dan kelahiran anak kedua Sha banyak membantu Sha untuk terus bangkit.. Sha siap ambil cuti tanpa gaji dari penghujung bulan 5 sehingga penghujung bulan 12.. Naik kerja Sha mulakan dengan rasa Sha sayang diri Sha dan keluarga, kerja hanya 8 pagi sampai 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat.. Luar pada itu bukan maslaah Sha lagi dah.. Alhamdulillah, sehingga sekarang Sha berjaya mengawal emosi..

Peristiwa kedua ialah April 2019.. Detik Sha kehilangan arwah abah.. Sha memang tak sangka yang arwah abah akan pergi secepat itu tanpa apa-apa sakit.. Redha dan rindu.. Dua perkara yang berbeza.. Dari masa ke semasa Sha akan bercerita dengan encik suami.. Sha luahkan perasaan rindu Sha pada abah kepada encik suami.. Ada perkara yang berlaku, yang menambah keperitan kehilangan seorang abah dalam hidup Sha.. Sha percaya, ini ujian untuk Sha.. Cuma Sha tak tahu sama ada Sha akan terus kuat melaluinya ataupun tersungkur lagi..

Dua waktu ini adalah dua waktu yang sangat susah untuk Sha lalui.. 

11 comments:

  1. Hidup ini ada sedih dan gembira. Naik dan turun. Semoga Kak Sha terus tabah menghadapi apa sahaj ujian pada masa akan dtg. Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, diberkati umur dan berjaya di dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  2. Mcm best pulak layan challenge ni.. Sementara nak carik mood update entry kan..

    2 waktu yang getir.. Inshaallah akan diberi kekuatan n kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom buat challenge nie Cik Nadya..
      InsyaAllah..

      Delete
  3. manusia yang hebat adalah manusia yg byk terima cabaran dlm hidupnya (Dr. Fadzilah Kamsah). tanpa ujian hidup mungkin apa yg kita dpt dan kecapi hari ni 'lain warnanya'

    ReplyDelete
  4. Semoga Kak Sha terus tabah menghadapi apa-apa dugaan yang datang.

    ReplyDelete
  5. kehilangan orang yang kita sayang is never easy.
    I lost my father tahun 99..masa tu umur baru masuk 20 tahun. tak sempat pun nak kongsi gaji pertama dengan arwah ayah.

    then 2004..hilang adik perempuan betul-betul bawah saya. bayangkan umur kami beza 3 tahun je jadi banyak perkara kita share bersama-sama...tiba-tiba dia takde.

    sebak pulak time nak type ni.

    Al-fatihah buat mereka-mereka yang pergi mendahului kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.. kehilangan yang tak kan pernah mudah.. semoga kita sama sama kuat melalui ujian ini..

      Delete
  6. Alhamdulillah, Sha mampu bangkit dari kisah hitam 2013 tu. Sokongan daripada insan-insan tersayang memang penting kan...

    Al-Fatihah untuk arwah abah Sha. Moga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »