Wednesday, July 17, 2019

Korea | Mr. Sunshine (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertarik nak tengok sebab sinopsis dia macam best.. Tapi ambil masa yang lama jugalah baru Sha tengok.. Sebab panjang drama ini.. 24 episod dan setiap episod satu jam 20 minit.. Tapi bila dah mula tengok memang seronok.. Walaupun setiap episod ada je babak sedih antara hero dan heroin namun ada sebab lain yang buat Sha terus menonton drama ini dan berjaya memberi warna pada drama ini.. Mainan emosi antara kelima-lima watak utama dalam cerita ini memang berjaya menghidupkan cerita ini.. Sha suka bagaimana mereka saling berkait.. Emosi yang dipamerkan sampai ke hati Sha..

3 lelaki yang melakonkan watak utama dalam drama ini punya hubungan yang rumit dan persefahaman yang unik melibatkan seorang wanita.. Bayangkan mereka bertiga ini saling menyukai dan menyintai heroin tapi dalam masa yang sama hubungan mereka ini berjaya mewujudkan pelbagai emosi pada Sha yang menonton..

Choi Yoo Jin / Eugene Choi merupakan hamba yang melarikan diri ke Amerika selepas ayahnya dibunuh dan maknya bunuh diri dengan terjun ke dalam telaga, Gu Dong Mae / Ishida Sho pula merupakan anak seorang pemotong daging yang melarikan diri ke Jepun dan pernah diselamatkan oleh heroin dan yang terakhir ialah Kim Hee-sung tunang heroin yang mempunyai takdir berselirat dengan Choi Yoo Jin.. Ketiga-tiga watak ini memainkan peranan penting dalam menggerakkan jalan cerita ini.. Mereka saling membenci tapi memahami antara satu sama lain..

Ayat yang diucapkan oleh Kim Hee-sung "Between an American and a Japanese, I die everyday".. Diorang dua dengkikan dia yang ada status tunang kepada heroin walaupun dah terang-terang heroin pilih siapa kan.. Hehehe.. Memang kelakar tengok diorang bertiga ni kalau bertembung..

Lima watak penting untuk drama ini.. Mereka saling berkait dan hubungan antara mereka ini memang sangat kacau bilau tapi dalam masa yang sama menghidupkan cerita ini untuk Sha tonton sampai habis..
1. Perempuan yang dikahwinkan dengan lelaki Jepun lepas tu menjadi janda dan balik ke Joseon menguruskan sebuah hotel..
2. Lelaki anak kepada penyembelih daging yang lari ke Jepun dan menjadi ketua gangster Jepun.. Pernah diselamatkan perempuan no 4..
3. Lelaki berasal dari golongan bawahan.. Hamba yang berjaya melarikan diri ke Amerika dan menjadi askar.. Menyintai perempuan no 4..
4. Perempuan berasal dari golongan atasan, dijaga dengan rapi tapi punya keinginan membantu golongan pemberontak yang melindungi Joseon dari dijajah.. Belajar menggunakan senapang/pistol..
5. Lelaki golongan bangsawan yang terseksa akibat perbuatan kejam datuknya yang menindas rakyat jelata dan punya takdir yang berselirat dengan lelaki no 3.. Tunang kepada perempuan no 4..

Mr. Sunshine
Also Known As: Miseuteo Shunshain; Mister Sunshine
KDrama | Action, Military, Historical, Romance, War | 24 Episodes | 7 Jul 2018 - 30 Sep 2018 |
Sinopsis | Mr. Sunshine centers on a young boy born into a house servant's family and travels to the United States during the 1871 Shinmiyangyo (U.S. expedition to Korea). He returns to his homeland later as a U.S. marine officer. He meets and falls in love with an aristocrat’s daughter. At the same time, he discovers a plot by foreign forces to colonize Korea.

24 comments:

  1. lama suda sy nda tengok drama ber episod ni.. macam best ja ni

    ReplyDelete
  2. siapa mr sunshine yang sebenar?

    ReplyDelete
  3. tak habis tengok..rasa mcm slow pace..yg best bromance antara 3 org hero tu..yg jadi Japanese tu mmg best lakonannya..sangat mantap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang slow pun.. Tapi bromance antara ketiga-tiga hero tu berjaya buat Sha tengok sampai habis.. hehehe

      Delete
  4. sempat jugak layan drama ni masa dia tayang... best tp banyak sedih lah drama ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak sedih dari gembira drama nie..

      Delete
  5. Bilalah nak cuba tengok Kdrama ni....takut nanti bila dah mula jadi melekat.

    ReplyDelete
  6. lelaki no.3 tu macam pernah tgk dia berlakon action movie tp x ingat tajuk apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lee Byung Hun.. dia banyak berlakon filem dari drama..

      Delete
  7. Cerita macam ni kdg2 akk suka layan juga, best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. sesekali layan yang melodrama best juga..

      Delete
  8. mula tu layan juga tapi stop sebab xsuka la hero dia, nampak tua sangat dan heroin pula nampak muda sangat. nampak tak sesuai mereka dua, itu benda yg menganggu saya la nak tengok drama ni..hehe

    ReplyDelete
  9. Tak tahulah bila ada masa untuk tengok drama Korea. Bila cuti sem, tak de drama Korea yang best kat TV. Nak tengok kat YouTube kat rumah x de wifi pula. Akhirnya, asyik bertangguh je😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada peluang lagi nak tengok ye Jannah..

      Delete
  10. fuhhh dia punya watak kemain berselirat pertalian diorang

    ReplyDelete
  11. Menarik.. sampai 3 org tu berebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal tapi seorang pun tak dapat.. :)

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com