Thursday, July 18, 2019

Bengkel Biblioterapi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk Bengkel Biblioterapi bersama Puan Rafidah Binti Abdul Aziz.. Bengkel Biblioterapi ini Sha dapat last minute.. Jadi memang agak kelam kabutlah membuat perancangan.. Alhamdulillah semuanya okay.. Sha memandu sendiri ke Kuala Lumpur.. Sampai agak lewat sebab gerak lambat dari rumah.. 6.20 pagi baru gerak.. Sampai PNM dalam pukul 7.45 pagi.. Ke kanti Hospital Pusrawi beli sarapan pagi dan baru masuk ke dewan untuk Bengkel.. 

Biblioterapi ini adalah terapi dengan membaca.. Tidak semestinya buku.. Melalui video muzik yang memaparkan lirik, menonton filem atau drama dengan subtitle, melihat gambar di instgram yang bersertakan quote positif juga dikira membaca.. Cara membacanya kalau buku, bukanlah sekali hadap.. Sebaliknya hari ini baca sehelai dua.. Esok sambung lagi.. 

Bengkel ini memperkenalkan kepada peserta jenis bahan yang boleh dikategori sebagai bahan biblioterapi, isi kandungan cerita, ilustrasi dan warna. Kesemua faktor ini memain peranan penting dalam membantu individu atau masyarakat untuk merawat minda dengan mengguna bahan bacaan berbentuk biblioterapi..

Satu pengalaman yang menarik dan mengujakan.. 


Breakfast Sha beli di kanti Hospital Pusrawi.. Ada bengkang ubi, kole kacang dan nescafe panas.. Gula-gula itu memang disediakan untuk peserta..

Minum pagi jam 10 yang disediakan untuk peserta bengkel ialah lontong dan pilihan air nescafe/teh susu.. Sha pilih nescafe.. Sedap lontong dia.. Kuahnya cukup rasa dan sambal tumis dia pun tak pedas sangat..

Makan tengahari disajikan dengan nasi tomoto bersama ayam masak merah dan dalca.. Ada papadom tu.. Memang kenyang..

9 comments:

  1. Alhamdulillah.Bertambah ilmu Sha.

    ReplyDelete
  2. best betul pergi bengkel, dapat ilmu dapat makan sedap sekali hehehe

    ReplyDelete
  3. dah lama tak pergi bengkel ni.. last pun zaman sekolah. kehkehkeh, tapi rindu nak pergi kumpul ilmu banyak2

    ReplyDelete
  4. Sedap-sedap menunya. Banyak ilmu baru boleh dapat kalau join bengkel.

    ReplyDelete
  5. kalau sekali hadap buku tu sy kot hehehehe

    ReplyDelete
  6. First time dgr ttg bibliotherapy Ni.. apapun Makanan tu nampak sedap

    ReplyDelete
  7. menarik nyer isi kandungan bengkel ni, sha.
    membaca = terapi.
    yes. aida dpt imagine tu.

    ReplyDelete
  8. bestnya kak sha gi bengkel macam ni :)

    --lapar nampak makanan, hehe--

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »