Friday, January 25, 2019

Pra Tempahan Kombo Seram dan Mistik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha buat pra tempahan lagi.. Semalam baru masuk gajikan.. Walaupun kena berjimat cermat tapi bila ada kombo menarik depan mata, tak kan nak lepaskan.. RM50 dapat dua buku.. Satu novel seram dengan cover baru yang ohsem dan satu lagi novel ilmiah.. Kedua-duanya dari penulis yang sama.. Mulanya nak beli melalui Karangkraf Mall je tapi bila penulis buka tawaran kombo ini, terus Sha beli.. Hahaha.. Nampak tak betapa rapuhnya diri ini dengan godaan buku.. Jom tengok gambar bukunya di bawah.. Kalau korang berminat boleh ke Facebook Naim Tamdjis atau klik je gambar tu.. Sambil tu boleh membantu penulis juga..


KOMBO PRAORDER MELETUP TAHUN INI
POS PERCUMA
Harga RM 50 dapat 2 buah buku
Satu novel satu ilmiah !
Novel Koc 13 sahajapun boleh. Kos pos rm 5 smnjg
Kalender Gaya Kuda Berpuaka Istimewa 2019 sebagai cenderamata

PM atau komen laju laju di SINI.

ANDA MEMBANTU PENULIS MEMBIAYAI KOS PERUBATANNYA

NOVEL KOC 13
Raiqal, pengembara mistik berada di Stesen Kereta Api Dabong yang terbiar sejak pembinaan rel baru pada tahun 2030. Tujuannya hanyalah satu, menaiki Koc 13 yang akan membawa dia ke dunia lain. Pertemuan dengan Aiman Aklaken, penulis seram bestseller antarabangsa di stesen yang sama untuk menaiki Koc 13 membawa mereka mengembara ke dunia penuh misteri.

Bermula dengan tiket bertulisan Jawi yang datangnya entah dari mana hinggalah kemunculan Koc 13 tepat pada waktunya menyebabkan Urban Legend yang dianggap khayalan semata kini berada di hadapan mata mereka. Koc 13 yang tiada pemandu membawa mereka ke dunia khayalan seperti Pengkalan Kubur menentang kerasukan zombie, menghadapi ahli sihir tua, menghadapi perang robotik dan tinggal semalaman di dunia hospital berpuaka. Mereka harus melepasi cabaran itu atau tetap terperangkap di dunia berpuaka itu selama-lamanya.

BUKU ALAM MISTIK MELAYU
“Penggunaan azimat untuk membalas dendam dan niat jahat yang lain yang merupakan salah satu jenis sihir selain serapah dan ritual tertentu”

RO Windstedt

Pada zaman kolonial, 2 orang pentadbir British di Tanah Melayu sangat berminat mengkaji ilmu mistik orang Melayu iaitu RO Windstedt dan Wilkinson. Tetapi ilmu mistik ini bukanlah baru ditemui oleh mereka, tetapi telah lama berakar dari sejak zaman orang Melayu menganut kepercayaan Animisme lagi.

Malah ilmu mistik orang Melayu banyak terakam di dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib dan penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar tertentu sebelum diselongkar oleh mereka berdua.

Kini, ilmu mistik alam Melayu kembali dikaji oleh pengkaji kita dan banyak sumber yang dijurnalkan hatta di universiti terutama di UKM dan UM. Kajian lama dan mutakhir maka terhasilnya buku ini.

13 comments:

  1. best ni buku mistik. jangan biarkan misteri membelenggu kan. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Banyak betul novel seram dan mistik yg kak Sha beli. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat genre seram, mistik dan thriller, akak nie..

      Delete
  3. Zaman sekolah menengah dulu suka novel seram. .Mai dh besar ni xbrani dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang punya novel seram lebih menarik ZF.. trylah baca..

      Delete
  4. ehehe tengok tuuuu citer seram lagi. hehehe akak ni mmg minat betul genre gitu =P

    ReplyDelete
  5. Wah rajinnya Sha baca. Buku koc 13 tu tgh printing

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha a.. sha tempah awal.. keluar bulan feb dua buku tu..

      Delete
  6. Kalau nak minat buku, memang susah nak kawal nafsu membeli terutamanya kalau penulis buat offer😂.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com