Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha berkursus lagi hari Sabtu (20.07.2019) aritu.. Ingatkan nak makan gulai lemak telur mayonglah.. Baca kat
SINI.. Tapi kedai tu tutup pula.. Maka berjalanlah kami mencari kedai makan.. Dan terjumpalah warung ini masa mencari.. Dalam maps google tak ada pula.. Kedai dia tepi jalan je.. Masakan salai dia memang power.. Tak payah pergi Negeri Sembilan dah.. hehehe.. Harga pun sangat reasonable dan berbaloi.. Serius sedap untuk tekak Sha dan encik suami..
Kat tepi jalan je kedai ini.. Singgah sebab ada perkataan masak lemak cili api.. hehehe..
Bayar kat sini.. Pesanan pula nanti ada pelayan datang dekat meja.. Nak pilih lauk pun boleh dekat kaunter ini..
Harga menu kedai makan ini.. Setiap set makanan dah ada semua termasuk air.. Air yang disediakan ialah air balang.. Cedok sendiri dan boleh tambah seberapa banyak kali..
Senarai harga air kalau nak order selain air yang disediakan..
Set Itik Salai ini RM8 je.. Ini menu Sha.. Pergh!! Daging itik tu tak liat tau.. Sedap dan mudah nak dimakan menggunakan sudu.. Gulai lemak dia pekat memikat.. Cuma pedas je.. Hahaha.. Sha memang jenis tak tahan pedas.. Semangkuk ini puas Sha makan seorang...
Encik suami ambil daging salai.. Lupa nak snap gambar.. Hehehe.. Encik suami pun puas hati dengan kuantiti daging dan kuah dia.. Kuah daging tak sepekat kuah itik salai ini.. Tapi tetap sedap melekat di tekak.. Kuantiti daging tu pun boleh makan berdua tau.. Banyak.. Dua menu ini hanya RM15 sahaja.. Berbaloi sangat pada Sha..