Tuesday, December 28, 2021

Random Photo #24 2021

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaflah.. Andai perkongsian Sha ini tak disukai.. Tapi ini hanyalah sekadar perkongsian.. kenangan sebelum gambar-gambar ini dibuang dari memori telefon.. Nak buat satu entry untuk satu gambar macam tak berbaloi maka Sha himpunkan semuanya di sini..

Member pejabat bagi hadiah birthday.. Hahaha.. Tak ada kerja..

Nasi putih lauk ayam butter.. Sedap sebab penjual ini bubuh daun kari dan cili padi, jadi tak adalah rasa muak.. Memang layan tambahan pula harganya hanyalah RM5 sebungkus..

Mocha 3in1 ini dari adik praktikal kat tempat kerja Sha.. Not bad dan tak manis sangat..

Jumpa kopi ini dekat Gombak.. Not bad.. not bad.. Hehehe..

Beli nasi daging utara ini dari penjual dalam Whatsapp.. Pergh!! Memang bestlah.. Berbaloi bayar RM7.. hehehe..

Ini adalah gula-gula pelbagai perisa edisi Kedai Mesra Petronas.. Rm1 je untuk satu pek dan dalam dia ada 5 ke 6 biji.. Geram sebab harga dia RM1 tu yang beli semua rasa.. hahaha.. Masih ada yang Sha belum rasa lagi..

Pulut inti ini kawan pejabat belanja.. Okaylah, not bad.. hehehe..

Jeruk betik beli di Kedai Mesra Petronas buat kudapan semasa menyiapkan kerja dipejabat..

Buat-buat busy di hujung tahun.. Hehehe.. Masa ini sha kena kira data buku.. Pergh!! Berpinar biji mata mengasingkan buku akademik dan buku bukan akademik..

Beli termos besi ini di Shopee.. Memang puas hatilah sebab ais batu lambat gila cair.. sejuk je air dari pagi sampailah habis waktu kerja..

Satu pagi yang hening berkabus umpama di luar negara..

Dua jenis pulut inti.. sha suka yang comel-comel tu.. Rasa serunding dia lebih sedap..

Beli Shinjuku Nutella Bake dari Secret Recipe ini.. Hampir cair aiskrimnya bila makan dekat pejabat.. Tapi memang sedaplah... 

Akhirnya Sha beli juga roti Gardenia Black Forest ini.. Tapi tu lah, dah agak memang tak kena dengan tekak.. Rasa dia manis sangat.. Tapi okaylah untuk rasa..

6 comments:

  1. semua masuk sekali..senang kan. but semua leh faham, ok je...
    emmm x jumpa lagi roti black forest tu, manis ek?

    ReplyDelete
  2. saya pun suka ambil gambar makanan tapi pastu tak tau nak buat apa. nampak sedap nasi daging tu Sha

    ReplyDelete
  3. macam sedap je coffee nation tu. Bestnya bangun pagi nampak view berkabus macam tu

    ReplyDelete
  4. Paling menggoda kopi dan pulut serunding :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com