Thursday, January 31, 2019

2019 Reading Challenge #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha masih lagi dengan hobi membaca.. Bulan Januari ini Sha berjaya baca 35 buah buku.. Banyak sebab baca guna aplikasi PNM e-Reader.. Guna apps ini je Sha berjaya baca 19 buah buku dan buku fizikal pula Sha berjaya baca 16 buah.. Buku fizikal tu nak habiskan buku-buku yang dah menimbun dekat rak tu.. Nak kurangkan buku.. Supaya boleh tambah lagi.. kikiki..

Antara bahan bacaan Sha ialah:

Lost in the Gardens by J.H. Low

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku terakhir untuk Januari 2019.. Buku yang sangat menarik dan berwarna warni.. Sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan dewasa.. Walaupun menggunakan Bahasa Inggeris namun perkataan yang digunakan tidak terlalu rumit dan boleh difahami kanak-kanak.. Yang paling seronok bila disertakan dengan gambar, lebih mudah untuk difahami dan menarik minat kanak-kanak..

Kisah Mei yang dibawa berjalan oleh ibunya dan kemudiannya terpisah dari ibunya.. Pengembaraan Mei mencari ibunya menemukan Mei dengan pelbagai keajaiban yang berjaya difantasikan oleh seorang kanak-kanak..

Sha baca dan selesai pada 30.01.2019..

(ebook - PNM e-Reader)

Wednesday, January 30, 2019

You Are The Reason by Calum Scott

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagu ini baru je masuk playlist Sha.. Kenapa?? Sebab Sha rasa layan pula bila dengar.. Lirik dia pun menarik.. Suara penyanyi dia yang husky tu best.. Owh ya.. Ada Blogger share dengan Sha lagu ini ada versi duet.. First time dengar, tersuka juga.. Kalau nak dengar versi duet boleh klik SINI..


There goes my heart beating
'Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now

There goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason

There goes my hand shaking
And you are the reason
My heart keeps bleeding
I need you now

If I could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour, of every day
Keeping you safe

And I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason, oh
(I don't wanna fight no more)
(I don't wanna hurt no more)
(I don't wanna cry no more)
(Come back, I need you to hold me closer now) 
You are the reason, oh
(Just a little closer now) 
(Come a little closer now)
(I need you to hold me tonight)

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
'Cause I need you to see
That you are the reason

Songwriters: Corey James Sanders / Jonathan Michael Maguire / Scott Calum
You Are The Reason lyrics © Kobalt Music Publishing Ltd., Spirit Music Group, Shapiro Bernstein & Co. Inc.

Raungan Mantera oleh Serunai Faqir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini sambungan kepada Mantera Hitam.. Cadangannya Sha, sekiranya anda nak baca buku ini.. Pastikan anda dah baca Mantera Hitam terlebih dahulu.. Sebab buku ini memang betul-betul sambung di bahagian Mantera Hitam berhenti..

Perjalanan 7 manusia dalam mencari kitab yang dilarikan oleh jin bersambung di buku ini.. Sejarah mengenai pertemuan dan apa yang berlaku pada Pakku, Pak Chu Deris dan Cikgu Hizat ada diceritakan dalam ini.. Perebutan kuasa antara jin dan pertarungan antara jin juga diceritakan.. Memang menariklah bila membaca buku ini sebab penceritaannya berselang seli diantara dunia manusia dan juga jin serta jurus-jurus silat.. Yang paling Sha ingat dah tentulah mengenai Gajah Mina dan juga keletah selamba Tunku..

Sha baca dan selesai pada 29.01.2019..

(ebook - PNM e-Reader)

Wordless Wednesday #Penulis


Tuesday, January 29, 2019

Mantera Hitam oleh Serunai Faqir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini lama dah Sha teringin nak baca.. sebelum ini ada je dekat PNM e-Reader tu tapi tak boleh dipinjam.. Baru-baru ini je macam dah okay.. Dapatlah baca..

Novel ini bahagian 1 tau.. Sambungannya dalam Raungan Mantera.. Dalam Mantera Hitam ini mengisahkan pertemuan 5 orang budak yang dikumpulkan untuk mencari satu kitab dan 2 orang budak yang telah disembunyikan di dunia jin.. Pertembungan antara dunia jin dan juga manusia.. Yang menyesatkan itu sentiasa ada.. Memang menarik.. Cuma penamat dia tergantung.. Jadi kalau nak baca, pastikan ada kedua-dua buku.. Baru menarik nak tahu keseleruhan cerita..

Sha baca dan selesai pada 28.01.2019..

(ebook - PNM e-Reader)

Projek Seram Radio oleh Fitri Hussin, Syaida Ilmuna dan Julie Jasmin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini beli dah lama.. Baru je nak baca.. Itupun sebab mata tak boleh nak membaca ebook.. Tu yang baca buku fizikal semuala.. Tema kali ini mengenai radio.. Rumah korang ada lagi ke radio ini.. Rumah Sha tak ada, tapi dekat pejabat ada dan masih boleh digunakan..

Ritual oleh Fitri Hussin 
"Diseru lalu menyeru!"
Penulis masih menggunakan tema ajaran sesat tapi dengan olahan yang lebih menakutkan dan mengejutkan.. Menggunakan radio sebagai medium perantaraan antara ahli dan ketua ajaran sesat.. Seram dan merinding bulu roma Sha.. Gaya penulisan yang diselang selikan dengan imbas semula tidak mengganggu jalan cerita cuma pembaca harus peka dan teliti bila membaca untuk mengelakkan terlepas maklumat.. Yang jahat dan kejam muncul dihujung cerita.. Tekaan Sha hanya mengena sipi sahaja..

Bising oleh Syaida Ilmuna
"Ia masih belum selesai..."
Macam tonton drama Stranger things versi Melayu.. Walaupun berinspirasikan drama tu, namun penulis berjaya mengolah cerita ini dengan identiti beliau.. syaitan tu sentiasa berusaha menyesatkan.. Cerita yang bermula dari projek sains dan membongkar misteri peristiwa lama.. Bila gelombang bunyi itu mula mencari, yang tak sepatutnya ditemui.. Cerita ini tidak ada penamatnya sebab syaitan sentiasa ada cara untuk menyesatkan manusia..

Penangan oleh Julie Jasmin
"Aku wujud dalam urat darahmu, merasukmu, menyesatkan kamu!"
Bila dengki lebih merajai hati maka syaitan menjadi pendamping.. Yang tak bersalah teraniaya.. Sedih baca cerita yang ini.. Ajal maut ditangan Allah, asbabnya mati diganggu syaitan.. semuanya berpunca dari perasaan dengki melihat kebahagiaan orang hingga dihantar syaitan mengganggu.. Walhal kebahagian itu akan datang andai ada rasa syukur dalam diri.. Cerita ini memang memberi kesan pada Sha..

Sha baca pada 26.01.2019 dan selesai pada 28.01.2019..

Buku ini koleksi peribadi Sha..

Drama Korea | Kingdom (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod 1 je dah mengerikan.. Babak last bila zombie terkam manusia dan makan, memang dasyat.. Tu baru episod 1.. Belum tengok episod seterusnya.. Setiap episod berjaya membuatkan bulu roma Sha merinding.. Seriously seram.. Hahaha..

Yang pasti drama ini memang tak sesuai tengok dengan anak-anak.. Sangat kejam, sadis dan ganas.. Rileks je dia pancung kepala dan kepala tu bergolek.. Pergh!! Sha tengok episod satu lepas tu stop.. Hahahahaha.. Ngeri wei.. Lepas tu sambung balik.. hahaha.. Tak puas hati selagi tak tahu apa jadi di episod seterusnya..

Dalam pada ngeri, ada part kelakar lah pula bila tengok.. Tak pasti ianya dirancang atau Sha yang tak betul tengok cerita seram tapi rasa kelakar.. Bercampur baur rasanya bila tengok drama ini.. Walaupun 6 episod tapi macam tengok 60 episod.. Zombie dia ganas gila bila malam menjelma.. Nasib baik mengganas waktu malam je.. Siang zombienya sembunyi/mati.. Tapi masuk episod akhir, lain pula jadinya.. Warghh!!! Saja je tau biar tergantung macam tu..

Drama ini bermula dengan perebutan kuasa.. Permaisuri dan keluarga dia jahat gila.. Demi nakkan takhta sanggup korbankan rakyat.. Jahat tau..

*Update terkini - Pengambaran untuk musim 2 akan bermula pada Februari 2019 dan kemungkinan ditayangkan pada penghujung 2019 atau awal 2020.. Harapnya cepatlah siapnya..

KINGDOM | 25 January 2019 | 6 episodes | Netflix | Suspense, Thriller, Historical, Horror, Zombies, Supernatural |
"Kingdom" is set in Korea’s medieval Joseon period. A crown prince is sent on a suicide mission to investigate a mysterious plague that’s spreading across his country. The truth threatens the kingdom when he discovers that it is an atrocious epidemic in the form of zombies.

Monday, January 28, 2019

Mama Fairy and the Woodcutter (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Inilah jadinya bila dah mula tengok drama Korea.. Kikiki.. Lepas satu, satu Sha tonton..

Drama ini bergenre fantasi.. Tak adalah babak lawan atau pun makhluk makan orang.. Hahaha.. Ada sedikit babak ngeri bila profesor tu bermimpi.. Kisah mengenai 3 sahabat yang terpisah dan bertemu di bumi tanpa mengenali satu sama lain.. Satu membawa perasaan dendam dan marah sehingga menghancurkan dan menyeksa diri.. Sorang lagi hilang ingatan siapa dirinya yang sebelum ini namun kekal clumsy dan comel.. Yang perempuan pula dah duduk dekat bumi selama 699 tahun menunggu kelahiran cinta hatinya malangnya bila cinta hati dah ada depan mata, dia tak mengenalinya.. Hanya si anak sahaja yang berjaya mengenali ayahnya.. Dalam drama ini ada perempuan yang boleh bertukar menjadi harimau bila terlampau gatal tapi sepanjang masa dia jadi kucing je..

Drama yang santai dan comel.. Memang sesuai ditonton di hujung minggu..

Mama Fairy and the Woodcutter (English title) / Tale of Gyeryong Fairy (literal title)
Revised romanization: Gyeryongsunnyeojeon
Hangul: 계룡선녀전
Director: Kim Yun-Cheol
Writer: Dol Bae (webcomic), Yoo Kyung-Sun
Network: tvN
Episodes: 16
Release Date: November 5 - December 25, 2018

Sinopsis: In the Goryeo period, Sun Ok-Nam was a fairy. She came down to this world and took a bath at a waterfall on Gyeryong Mountain. While she took the bath, a woodcutter took her fairy clothes and hid them. Because of this, Sun Ok-Nam could not go back to Heaven. She then married the woodcutter and they had two children together, but her husband died from falling off of a cliff. Sun Ok-Nam tried to find her fairy clothes, but she still could not locate it. Needing her fairy clothes, she decides to wait for husband to be reincarnated.

Now in the present day, she makes coffee at a cafe on Gyeryong Mountain and waits for her reincarnated husband. Finally, after 699 years, she gets a feeling that one of the two men visiting her cafe from Seoul is her reincarnated husband. Sun Ok-Nam is not sure which one of the two men is her husband. She deicides to follow them to Seoul to find out. (Sumber : AsianWiki)

HausBoom Sparkling Real Juice: Lemonade & Strawberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila ternampak rakan FB kongsikan air ini di Timeline, terus gi cari.. Nampak tak kuasa media sosial.. Bukan main-main.. Hahaha.. Kebtulan pula 7Eleven tengah buat promosi.. Beli 1 botol percuma 1 botol lagi dengan harga RM3.50 sebotol.. Terus amik dua rasa ini.. Kalau tak ada promosi ini fikir dua tiga kali juga.. Hahaha.. Mahal kot..

Lemonade memang sedap.. Kesukaan Sha.. Kenalah dengan tekak.. Strawberry okay je.. tapi tak adalah wow sangat.. Sha lebih suka lemonade.. hahaha.. Sparkling + Lemonade = Kegembiraan luar biasa.. hahaha..

The Villagers (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terminat pula dengan Ma Dong-Seok ini.. Walaupun tak handsome.. Tapi lakonan dia mantap.. Kali ini beliau berlakon sebagai seorang ahli gusti yang menjadi guru.. Kampung tempat beliau berkerja sebagai guru itu berlaku kehilangan seorang pelajar perempuan tapi polis dan pihak sekolah buat tak tahu je.. Siap cakap budak tu larikan diri dari rumah.. Walhal budak tu tak lari pun.. Bila Ma Dong-Seok ini mula menyibuk, tiba-tiba mayatnya dijumpai di sungai.. Rupanya ada konspirasi disebalik kehilangan dan kematian budak perempuan itu.. Memang ohsemlah bila tengok Ma Dong-Seok ini menolong pelajar dia mencari kebenaran..

The Villagers Also Known As: Ordinary People ; The Neighbors ; Dongnesaramdeul
KMovie | 7 Nov 2018 | Action, Thriller, Mystery, Drama, Investigation 
Ki-Cheol (Ma Dong-Seok) begins work as a contract gym teacher at a high school in a quiet countryside village. Ki-Cheol feels weird because a female high school student went missing, but nobody in the village seems to care. Only Yoo-Jin (Kim Sae-Ron), who is the missing girl’s friend, is sure that her friend has been kidnapped. Yoo-Jin and Ki-Cheol work together to find the missing girl, but Ki-Cheol learns that traces of the missing girl are disappearing.

Sunday, January 27, 2019

Mister Potato: The In-Crab-Dible (Limited Edition)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada share perisa udang.. Kali ini Mister Potato keluarkan perisa ketam pula.. Packaging dia warna pink dan sangat memikat.. Hahaha.. Rasanya lebih sedap dari udang dan sedikit pedas.. Kepedasan itu akan terasa bila kita dah makan hampir separuh tong.. kikiki.. Tak adalah pedas melampau.. masih boleh dimakan anak-anak.. Yang penting, Sha lebih suka ketam dari udang.. Meletop di mulut gitu..


Yang ini pula kerepek ubi timbang.. Sha beli sekilo.. Buat kudapan anak-anak.. Memang sekejap je licinnya.. Dua balang besar, seminggu je habis..

Projek Seram Muzium oleh A. Darwisy, Suzani Nadzir dan Faizul Rahim

Assalamualaikum..
hye semua..

Novel ini baru je sampai ke tangan pada 25 Jnauari 2019.. Sha beli terus dengan penulis A. Darwisy.. Sha memang peminat karya beliau.. Setakat ini hampir kesemua karya beliau Sha dah baca.. Begitu juga dengan penulis bernama Suzani Nadzir.. Kali ini mereka bergabung menghasilkan Projek Seram bertemakan Muzium bersama seorang lagi penulis bernama Faizul Rahim.. Muzium tuh.. Pernahlah juga bercita-cita nak kerja dengan muzium tapi tersangkut di Perpustakaan pula.. 

Kain Ibu Syaitan oleh A. Darwisy
“Setiap yang lama itu, ada penjaganya...”
Ceritanya terlalu pendek.. Tak puas membaca.. Kalau dikembangkan memang menarik.. Kisah kain yang berusia terlalu lama dan menyimpan sejarah.. Digunakan untuk perkara tak baik.. Bila dibawa ke muzium di Malaysia, ada pula yang memujanya hingga memberi gangguan pada mereka yang berkunjung ke muzium.. Sha salah meneka penjahatnya.. Penghujung cerita diberitahu bahawa kain itu berpasangan.. Api dan Air.. Memang unik dan menarik..

Canang Anisah oleh Suzani Nadzir
“Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!”
Kisah kedua pula mengenai hak yang tak sepatutnya dirampas.. Walaupun adik beradik sendiri patutnya dihormati.. Bila niat jahat berleluasa yang tak bersalah menjadi mangsa.. Yang bersalah memang patutlah dihukum.. Kebenaran pasti akan terungkap juga.. Garapan yang tak mengecewakan dari penulis.. Bila sesekali keluar buah tangan baru tetap mengujakan.. Harapnya penulis akan keluarkan buku solo beliau pula lepas ini..

Pasungan oleh Faizul Rahim
“Cinta terpasung, cinta berdarah.”
Penulis ini penulis baru.. Ada satu novel solo yang dah Sha baca bertajuk Dendam Aduka.. Kali ini beliau bergabung untuk Projek Seram pula.. Seperti mana buah tangan solo beliau, Pasungan juga berjaya memberi impak pada Sha.. Memang menarik garapan beliau sebab lain dari biasa.. Tidak sepenuhnya di muzium tapi masih menggunakan muzium sebagai latar.. Menarik..

Sha baca pada 25.01.2019 dan selesai pada 26.01.2019..

 Buku ini Sha pre order dengan penulis pada 02 Januari 2019 dna buku selamat sampai pada 25 Januari 2019..

Sebab inilah Sha suka beli dengan penulis.. Ada ucapan dan tandatangan.. Boleh dibuat koleksi..

Pertandingan Fotografi oleh KLIBF

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom sahut cabaran kongsi gambar #MalaysiaMembaca dari 

Terima kasih atas sokongan yang menggalakkan terhadap perkongsian gambar #MalaysiaMembaca! Oleh yang demikian, anda diundang untuk menyertai PERTANDINGAN FOTOGRAFI dan MENANG sehingga RM5,000! (10 pemenang) Tema: #MalaysiaMembaca

Syarat-syaratnya:-
1) Pertandingan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur kecuali ahli jawatankuasa PBAKL 2019. Penyertaan adalah PERCUMA.

2) Tempoh masa untuk pertandingan ini bermula 17 Januari 2019 dan tamat pada 17 Februari 2019, jam 12 tengah malam.

3) Gambar anda hendaklah bertemakan #MalaysiaMembaca. Interpretasi anda adalah bebas selagi tidak terkeluar dari tema yang diberikan.

4) Gambar yang diambil haruslah gambar yang terkini, mempunyai mesej, nilai dan menonjolkan tema #MalaysiaMembaca. Gambar hendaklah diambil menggunakan kamera DSLR atau kamera telefon pintar/tablet sahaja.

5) Gambar tersebut hendaklah dalam format JPEG, beresolusi tinggi (300dpi), bersaiz sekurang-kurangnya 3.5MB dan dihantar ke e-mel klibf.bookfair@gmail.com. 1 individu hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja. Sertakan nama penuh, nombor kad pengenalandan nombor telefon untuk dihubungi.

6) Gambar hendaklah ASLI DAN IDEA SENDIRI. Suntingan atau ubah suai minimum seperti pengubahan brightness, cropping, softeningdan sharpening menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Manakala, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.

7) Setiap penyertaan akan dinilai dan dihakimi oleh Jawatankuasa PBAKL 2019 berasaskan pematuhan syarat pertandingan, memenuhi tema dan mempunyai kreativiti, bukannya pada kemampuan merakam gambar secara profesional. Namun yang demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemilihan pemenang.

8) 10 gambar terbaik akan diumumkan pada 28 Februari 2019 di Facebook, Instagram dan Twitter Rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, dan akan memenangi RM500 secara tunai setiap seorang.(RM500 x 10 pemenang).

9) Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap BERSETUJU bahawa gambar adalah milik pihak penganjur serta mematuhi syarat-syarat dan terma pertandingan. Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat-syarat dan terma pertandingan tanpa memberi notis kepada peserta.

10) Dengan menyertai pertandingan ini juga, peserta MEMBERI KEBENARAN/KEIZINAN kepada pihak penganjur untuk menggunakan butir-butir peribadi seperti nama dan gambar pemenang (termasuk individu didalam gambar) sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti tanpa dikenakan sebarang bayaran.

11) Keputusan pihak jawatankuasa adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan atau pertikaian tidak akan dilayan.

Saturday, January 26, 2019

Saka oleh Abdul Rahim Awang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini bercerita mengenai perjuangan seorang datuk semasa zaman penjajahan dan komunis berleluasa.. Perasaan marahkan komunis masih lagi tersimpan kemas di hatinya walaupun sudah dimamah usia hinggalah beliau ternampak keratan akhbar dengan gambar si komunis didalamnya.. Saat mangsa kekejaman komunis hidup dalam derita, si komunis hidup bahagia dan bersenang lenang dengan keluarganya.. Maka si datuk pun melarikan diri dan mula menjejak si komunis, malangnya ditimpa kemalangan.. Si cucu pelik sejauh itu datuknya berjalan dan cuba memahami apa yang sebenarnya terjadi.. Maka terbongkarlah rahsia yang selama ini tersimpan kemas di ingatan si datuk.. Diari yang menyimpan segalanya dibaca si cucu.. Maka bermulalah perjalanan si cucu dalam usaha membongkar siapa sebenarnya si komunis.. Bukan mudah namun semangat yang tidak putus asa, membuahkan hasil..

Sha baca pada 22.01.2019 dan selesai pada 25.01.2019.. Lama.. Tapi berbaloi..
Buku ke 30 untuk Januari 2019..

Buku ini hak milik perpustakaan tempat Sha berkerja.. Sha hanya pinjam dan baca sahaja..

Latihan Kebakaran di Sekolah Agama Amani dan Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..


Sekolah agama Amani dan Imani telah mengadakan latihan kebakaran dan ceramah dengan kerjasama pegawai bomba.. Pihak sekolah telah menjemput Sha untuk bersama-sama dalam aktiviti ini.. Latihan kebakaran ini telah diadakan pada 24.01.2019.. Alhamdulillah latihan dan ceramah berjalan dengan lancar tanpa gangguan..

 Kusyuk anak-anak ini dengar penerangan dari pegawai bomba ini..

 Demonstrasi pemadaman api..

Bergambar kenangan sebelum bersurai.. Alhamdulillah..

Weekend Gateway ke Farm in the City

Assalamualaikum..
Hye semua..

Januari dah berlalu 3 minggu.. Macam mana dengan kerja?? Tak kan dah mula stress kot.. Jom rileks nak?? Entry kali ni saja Sha nak cerita tentang satu tempat yang korang boleh pergi untuk hilangkan stress bekerja pada hujung minggu.. Tempat ni terletak hanya 30 minit sahaja dari Pusat Bandar Kuala Lumpur sekiranya korang memandu kereta sendiri. Tempat yang aku nak kongsikan dengan korang ini merupakan tempat untuk korang-korang yang mencintai haiwan. Kalau korang bukan yang jenis teruja bila jumpa haiwan, mungkin tempat ini tak berapa sesuai untuk korang tapi masih lagi boleh dikunjungi sebab haiwan dia pelbagai dan dikelilingi pohon-pohon yang rendang.. Tempat ini juga bagus kalau korang nak bawa anak kecil sebab boleh pupuk perasaan cintakan haiwan dari kecil. Besar-besar nanti takde lah jadi macam orang yang takde hati perut menyeksa haiwan sesuka hati. Betulkan?


Farm in the City terletak di Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Tempat ini beroperasi seawal jam 10 pagi sehingga jam 6 petang pada hari bekerja iaitu Isnin sehingga Jumaat. Manakala pada hari minggu, Sabtu dan Ahad, tempat ini beroperasi seawal jam 9.30 pagi sehingga jam 6 petang. Farm in the City merupakan sebuah tempat yang korang boleh timba ilmu sambil meluangkan masa santai berinteraksi dengan haiwan-haiwan jinak di sini.


Antara slot-slot yang ada untuk korang belajar adalah
Mendengar ceramah tentang fakta-fakta, asal-usul dan cara penjagaan haiwan-haiwan di sana
Bengkel menjaga haiwan-haiwan di sana di mana korang boleh sentuh haiwan-haiwan tersebut sambil ditunjuk ajar oleh zoo keepers.
Melihat persembahan yang menampilkan kebijaksanaan haiwan-haiwan yang telah dilatih. 


Antara haiwan-haiwan yang terdapat di sini adalah pelbagai jenis burung, penyu, kuda berspesis kecil, rusa, iguana, pelbagai spesis ikan, arnab, itik, Guinea Pigs dan lain-lain lagi.

Untuk pengetahuan korang juga, Farm in the City ni adalah kawasan terbuka dan kebanyakkan tempat dia takde bumbung. Oleh itu sila bawa topi, kacamata hitam dan air minum sendiri untuk mengelakkan kekurangan air semasa berjalan-jalan dalam farm ni. Terdapat sebuah kafe dibahagian pintu masuk ke farm ini, so, bab makanan korang tak perlu risau. Korang boleh singgah dan menjamah di kafe tersebut. Tetapi, ramai juga yang dilihat membawa makanan dalam bekas dan berkelah santai di bawah pokok di dalam kawasan farm tersebut. Berkelah di sana adalah dibenarkan. Tetapi mestilah menjaga kebersihan dan membuang sampah di dalam tong yang disediakan. Terdapat juga kawasan di dalam farm yang tidak dibenarkan berkelah untuk tidak menarik perhatian haiwan-haiwan di dalam sana. Sentiasa bertanya kepada zoo keepers yang bertugas jika korang mempunyai sebarang kemusykilan.. Zoo keepers pasti membantu dengan senang hati..

Apa bezanya zoo dengan Farm in the City ini? Zoo Negara merupakan zoo rasmi dan terbesar di Semenanjung Malaysia manakalah Farm in the City ini merupakan mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan jinak. Berbanding dengan zoo, Farm in the City berkonsepkan lebih simple dan lebih open untuk anda berinteraksi bersama haiwan-hiawan jinak di sani. Zoo lebih ketat peraturannya kerana ia menempatkan segala jenis hidupan liar dan jinak. Oleh itu, bagi melancarkan dan menjaga keselamatan keseluruhan zoo tersebut, peraturannya lebih ketat. Bukan itu sahaja, zoo dikunjungi lebih ramai orang, oleh itu, zoo keepers di sana lebih sibuk dan tidak mungkin mampu melayan dan mengajar semua pengunjung-pengunjung. Manakala, Farm in the City ini lebih lapang dan tidak sibuk membuatkan pengunjung Farm in the City membina hubungan rapat bersama haiwan di sepanjang lawatan ke sana. Boleh la usha Farm in the City online booking sekarang.

Untuk dapatkan tiket, korang boleh search di internet dengan menaip Farm in the City. Survey dahulu kadar kemasukan agar anda tidak dikenakan cas yang melampau. Kalau ikut Sha, Sha lebih suka melakukan tempahan terus di link ini https://www.traveloka.com/en-my/activities. Kadar kemasukan adalah RM30 untuk orang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Kanak-kanak bawah 90cm tinggi akan menikmati kadar bayaran masuk percuma. Apa yang lagi menarik kalau korang bawa anak-anak korang adalah kerana kanak-kanak akan diberi "Sijil Kehadiran" pada akhir lawatan di sana. Bolehlah jadikan sijil itu sebgaai cenderahati..

Friday, January 25, 2019

Penyeru oleh Resmanshah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang mendebarkan jiwa raga.. kejap rasa mamat ini jahat.. Kejap rasa macam baik.. Bila dah separuh, barulah terserlah siapa punya angkara.. Namun perancangan yang kononnya demi menyelamatkan berakhir dengan musibah yang lebih besar.. Nyawa manusia menjadi murah dan mudah.. Peperangan yang cuba dielakkan akhirnya menjadi lebih buruk dari jangkaan.. Dapatkan Julianshah menghentikan peperangan dasyat itu? Kenapa hidup Julianshah yang kacau bilau..?

Sekali jadi penyeru memang susah nak berpatah balik.. Bila undang-undnag yang dicipta melampaui hukum Allah, memang huru haralah jadinya.. Kuasa dan duit menjadi keutamaan.. Mujurlah hati Julianshah bukan begitu.. Kerana hatinya jugalah dia digabungkan bersama Dewata.. Nampak macam seronok bila ada kuasa hebat tapi kuasa tu datangnya dengan tanggungjawab.. Sepatutnya mendekatkan kita dengan Allah sebaliknya pula yang berlaku.. Puas baca.. ketebalan, isi, aksi dan jalan cerita memang mantap.. Penulis masih berbisa..

Sha baca pada 23.01.2019..

Buku ini milik Sha.. selalunya Sha beli dengan penulis tapi kali ini Sha pra tempahan dengan Karangkraf Mall sebab penulis ini tak sihat..

Doakan penulis ini supaya diberikan kesihatan yang baik ye.. Aamiin..

Pra Tempahan Kombo Seram dan Mistik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha buat pra tempahan lagi.. Semalam baru masuk gajikan.. Walaupun kena berjimat cermat tapi bila ada kombo menarik depan mata, tak kan nak lepaskan.. RM50 dapat dua buku.. Satu novel seram dengan cover baru yang ohsem dan satu lagi novel ilmiah.. Kedua-duanya dari penulis yang sama.. Mulanya nak beli melalui Karangkraf Mall je tapi bila penulis buka tawaran kombo ini, terus Sha beli.. Hahaha.. Nampak tak betapa rapuhnya diri ini dengan godaan buku.. Jom tengok gambar bukunya di bawah.. Kalau korang berminat boleh ke Facebook Naim Tamdjis atau klik je gambar tu.. Sambil tu boleh membantu penulis juga..


KOMBO PRAORDER MELETUP TAHUN INI
POS PERCUMA
Harga RM 50 dapat 2 buah buku
Satu novel satu ilmiah !
Novel Koc 13 sahajapun boleh. Kos pos rm 5 smnjg
Kalender Gaya Kuda Berpuaka Istimewa 2019 sebagai cenderamata

PM atau komen laju laju di SINI.

ANDA MEMBANTU PENULIS MEMBIAYAI KOS PERUBATANNYA

NOVEL KOC 13
Raiqal, pengembara mistik berada di Stesen Kereta Api Dabong yang terbiar sejak pembinaan rel baru pada tahun 2030. Tujuannya hanyalah satu, menaiki Koc 13 yang akan membawa dia ke dunia lain. Pertemuan dengan Aiman Aklaken, penulis seram bestseller antarabangsa di stesen yang sama untuk menaiki Koc 13 membawa mereka mengembara ke dunia penuh misteri.

Bermula dengan tiket bertulisan Jawi yang datangnya entah dari mana hinggalah kemunculan Koc 13 tepat pada waktunya menyebabkan Urban Legend yang dianggap khayalan semata kini berada di hadapan mata mereka. Koc 13 yang tiada pemandu membawa mereka ke dunia khayalan seperti Pengkalan Kubur menentang kerasukan zombie, menghadapi ahli sihir tua, menghadapi perang robotik dan tinggal semalaman di dunia hospital berpuaka. Mereka harus melepasi cabaran itu atau tetap terperangkap di dunia berpuaka itu selama-lamanya.

BUKU ALAM MISTIK MELAYU
“Penggunaan azimat untuk membalas dendam dan niat jahat yang lain yang merupakan salah satu jenis sihir selain serapah dan ritual tertentu”

RO Windstedt

Pada zaman kolonial, 2 orang pentadbir British di Tanah Melayu sangat berminat mengkaji ilmu mistik orang Melayu iaitu RO Windstedt dan Wilkinson. Tetapi ilmu mistik ini bukanlah baru ditemui oleh mereka, tetapi telah lama berakar dari sejak zaman orang Melayu menganut kepercayaan Animisme lagi.

Malah ilmu mistik orang Melayu banyak terakam di dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib dan penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar tertentu sebelum diselongkar oleh mereka berdua.

Kini, ilmu mistik alam Melayu kembali dikaji oleh pengkaji kita dan banyak sumber yang dijurnalkan hatta di universiti terutama di UKM dan UM. Kajian lama dan mutakhir maka terhasilnya buku ini.

Aplikasi Asmaul Husna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa pasal Aplikasi ini di Blog ABM, boleh tengok entry ABM di SINI.. Tunggu lagi.. Teruslah Sha download bubuh dalam Telefon.. Setakat ini ABM kata untuk android je.. Korang berminat?? Klik SINI..

Apa Yang menarik mengenai aplikasi ini? Aplikasi ini dibina bagi membantu masyarakat lebih mengenali nama-nama Allah. Makanya jomlah muat turun..

Thursday, January 24, 2019

Hadiah Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady In Red Planner

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hadiah dari Sis LZ dah selamat Sha terima pada 23.01.2019.. Entry mengenai kemenangan Sha tu boleh tengok SINI dan SINI.. Hadiah yang sangat mengujakan, sebab misterikan.. Idaman setiap wanita tu.. Malam tu balik kerja terus pakai mandian yang diberi.. Pergh!! Ohsem sangat.. 

 Besarnya bungkusan..

 Inilah isi dalam plastik tu.. Luxury Bath & Body Gift Set..

 Isi dalam kotak ialah 2 botol mandian dan body lotion.. Bau bunga rose.. Memang terapi yang baik ini..

Ada ucapan dari sis LZ untuk Sha.. sekeping kad nama dan sebotol wangian.. Wangi sangat.. Suka Sha baunya..

Jangan lupa ke Blog Sis LZ.. Klik je gambar dibawah ini.. Sis.. Sha pinjam header ye..

#10yearschallenge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asyik dok lalu lalang je dekat timeline facebook dan juga ternampak dalam entry kawan-kawan.. Maka gigihlah mencari gambar 10 tahun lepas.. Malangnya yang ada gambar berdua macam kat bawah ini aje.. kikiki.. Kira acilah kan.. Tunjuk muka dulu dengan muka sekarang..

Saje je tau encik suami buat muka macam tu.. kikiki..
Yang 2009 tu baru kahwin.. Kat Cameron Highlands, tengah Honeymoon.. Muka masing-masing kurus je.. Yang 2019 tu baru je amik malam Isnin baru ini.. kikiki.. Muka tambun je memasing..

#Ghost oleh Zura Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menarik tapi kurang umph.. Sebab Sha mengharapkan aksi yang banyak.. Tapi masih okay untuk dibaca.. Masih ada keseronokkannya yang tersendiri.. Ada aksi oleh #Ghost cuma tak meriah.. Novel ini lebih banyak aksi antara #Ghost dan Arin.. Walaupun babak benci/cinta mereka lebih diketengahkan, tetap berjaya membuatkan Sha baca sampai kehujung.. Tertanya-tanya juga apa yang akan terjadi lepas ini dari satu muka ke satu muka.. Cuma watak Arin tu sedikit annoying.. Kerjanya asyik nak membangkang je.. Geram pula Sha dengan si Arin tu, walaupun faham kenapa dia bertindak macam tu.. Hehehe.. Faham tapi geram.. Ha.. Faham tak??

Sha baca pada 22.01.2019 dan selesai pada 23.01.2019..

(ebook - PNM e-Reader)
Published December 1st 2017 by karnaDya..

Wednesday, January 23, 2019

Warung Man Burger, Slim River, Perak.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Warung Man Burger ini terletak berdepan dengan Taman Tasik YDP Slim, RIver.. Tepi jalan sahaja.. Mula beroperasi seawal jam 5 petang camtu.. Sha suka beli burger dia.. Memang best dan kesukaan Sha.. Cuma sekarang dah makin banyak menu.. Sesekali lepak sini makan, best..

 Dah besar dah warung ini.. Dulu asalnya abang man nie meniaga burger je.. Lepas tu dia tambah nasi lemak dan char kuew tiaw.. Terbaru dah ada masakan goreng-goreng.. Bagus..

Menu di warung Man Burger..

 Nasi Goreng Kambing..
Seriously memang sedap.. Daging kambingnya tak liat dan di pottong kecil digoreng bersama nasi..

 Nasi goreng ayam tak pedas untuk Amani dan Imani..

 Berger daging special.. Tinggal roto dan daging yang disalut telur je.. Sepatutnya ada roti, ada nenas, tomato dan salad.. Tapi terlupa nak snap.. Hahaha..

Kopi ais kaw.. dan sirap limau..

Children of Nobody (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penat tengok cerita ini.. Banyak sangat teka teki yang diberi.. Tapi tu yang buatkan cerita ini menarik.. Episod pertama berjaya buat Sha tertarik untuk terus menonton dengan kemunculan budak perempuan berbaju hijau dan sebaris sajak yang ditinggalkan bila ada kematian.. Sajak yang menakutkan.. Masuk episod 7, mula timbul suspek yang berkemungkinan untuk membunuh.. Mayat makin bertambah, begitu juga dengan sajak.. Nak kata saling berkait macam tak ada kaitan.. Tapi bila tengok balik macam ada kaitan.. Pening..

Semuanya kerana penderaan terhadap kanak-kanak.. Bermulalah misi menyelamatkan kanak-kanak yang didera.. Namun cara yang digunakan salah.. Undang-undang diletakkan di tangan sendiri.. Mak Ayah yang mendera pula merasakan apa yang mereka buat tu betul untuk kepentingan mereka.. Dua sikap yang sangat bahaya dalam masyarakat..

Drama ini memang bermain dengan emosi tapi Sha seronok nak tengok sebab perkembangan ceritanya laju tak adalah perlahan.. Penjahat pun memang tak disangka.. Serious bila orang yang diteka tu tak nampak pun macam jahat.. Emosi yang diberikan oleh Cha Woo Kyung dan Kang Ji Hun dalam drama ini memang ohsem pada Sha.. Misteri budak perempuan berbaju hijau tu akhirnya terjawab.. 

 Children Of Nobody
Also Known As: Beuleundal Peureunhae; Red Moon, Blue Sea; Red Moon, Blue Sun
KDrama | Thriller, Mystery, Psychological, Drama, Detective, Investigation, Revenge | 32 Episodes | 21 Nov 2018 - 16 Jan 2019 | 

Sinopsis: Cha Woo Kyung is a child counselor who works at a children’s center. Her life seems perfect since she is married to a great husband and is pregnant. However, her perfect life doesn't last long, when an accident changes her life. She then meets Kang Ji Hun, a detective who is hurt for hiding his troubling past but is strict toward criminals and believes they should be punished to the full extent. (Source: MyDramaList)

Wordless Wednesday #book


Langka
Definisi : jarang-jarang berlaku (terjadi, ada, dll); kelangkaan perihal (keadaan) langka: ~ kata pinjaman Inggeris dalam dialek Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tuesday, January 22, 2019

Menang Review Segmen Drop Your Link! oleh ABM

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Pepagi dah dapat berita gembira.. Sha menang review dari ABM (Adinda Baizura Mazlan) sebab joint Segmen Drop Your Link! Bukan itu sahaja, Sha juga menang hadiah.. Terharunya.. terharu.. Hahaha.. Happy giler.. TQ ABM..


Siap masuk bloglist lagi..

Urusan Yang Belum Selesai oleh Rahim Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini sekadar imaginasi penulis.. Memang menarik dibaca.. Tambahan pula bercerita mengenai Mikael yang dah mati kemudiannya jadi hantu.. Mikael boleh menjelmakan dirinya bila dia berkehendak ataupun kekal halimunan.. Ada urusan yang belum diselesaikannya, menyebabkan Mikael menjadi hantu.. Mikael juga terdengar satu rahsia yang selama ini disembunyikan oleh ibu bapanya.. Rahsia yang membawa Mikael ke sebuah pekan yang dihantui 3 hantu lain.. Sambil membongkarkan rahsia, Mikael juga membantu penduduk pekan itu menghapuskan 3 hantu jahat yang mengacau penduduk pekan itu.. Rahsia apakah yang disembunyikan oleh mak ayah Mikael dan siapakah yang menyebabkan kematian Mikael??

Sha baca dan selesai pada 21.01.2019..
Weekands yang ohsem.. Cuti 3 hari ini dok baca buku dengan marathon drama Korea.. Kikiki..

Nescafe Rose Latte (Edisi Khas)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gigih pergi cari Nescafe ini kelmarin lepas baca entry Mama Tisya di SINI.. Tertarik dengan warna tin nya yang pink itu.. Petang tu juga terus singgah 7Eleven nak beli.. Rm2.20 je setin.. Harga tu murah sebab ada promosi katanya sampai 21 Januari ini.. Sedap walaupun rasa rose tu tak kuat sangat.. Memang bestlah layan nescafe sambil emmbaca atau menaip.. Kawan baik ini.. Cuma tak bolehlah minum selalu.. Sesekali memang layan..

Nescafe Perisa Ros..

Monday, January 21, 2019

Random Photo #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Random photo yang Sha kongsikan kali ini ialah mengenai buah-buahan.. Hujung minggu hari tu, Sha telah membeli-belah buah untuk dijadikan kudap-kudapan.. Sha dengan buah memang sahabat paling karib.. Kikiki.. Sha berjaya beli buah Rock Melon, Pisang, Mangga Susu dan Limau Manis..

 Masa beli pagi tu.. Cantik je keadaan buahnya..
Rock Melon tu RM7 lebih.. Sekilo dalam RM5.90 camtu..

Malamnya dah tinggal banyak ini.. Hahaha.. Pisang tu Imani yang makan.. Dia memang suka pisang.. Berbaloilah beli bila anak-anak suka makan kan.. ROck Melon tu tak berapa manis.. Bolehlah.. Sha makan dengan serbuk asam masin.. Sedaplah sikit..

 Limau manis ini SHa beli dua pack.. Kali ini harganya dalam 7 ringgit lebih dna buahnya besar-besar serta manis.. Memang puas makan.. Sampai malam dah tinggal sebungkus je.. hahaha..

Yang ini mangga susu.. Lemak manis.. Sha beli 5 biji dalam 8 ke 9 ringgit lebih macam tu..

Puas makan buah je.. hehehe
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com