Saturday, October 31, 2020

Perjalanan 5000 Langkah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sebenarnya dah lama target nak jalan 5000 langkah sehari paling kurang tapi asyiklah bertangguh-tangguh sampailah datang semangat tiba-tiba pada satu hari tu.. hehehe.. Makanya Sha ajaklah encik suami.. Aktiviti macam ini bila ada kawan jadi lagi semangat.. Tambahan pula bila berat badan makin naik rasa macam makin malas je sekarang ini.. Tak mudah mengubah tabiat harian namun tetap berusaha.. Sekarang ini makin rajin sebab Sha beli Mi Band 4 tapi tulah tak boleh nak screenshot.. hehehe.. Yang kat bawah ini Sha guna aplikasi Google Fit.. Simpan sini buat kenangan..

Day 1 - 06/10/2020
Masa ini sebelah paginya Sha main sukan Woodball, petangnya Sha jalan kaki dengan encik suami, dapatlah 5058 langkah.. Untuk hari ini je Sha berjaya jalan 9000 lebih langkah.. Lupa lak nak screenshot.. hehehe.. Buat semangat gitu..

Selang sehari, Sha dan encik suami berjalan lagi.. Dapat capai 5000 lebih sikit je sebab hujan renyai-renyai.. Usaha juga bagi dapat sampai 5000 langkah.. Kena maintain dan tambah langkah sebenarnya cuma keadaan cuaca tak berapa mengizinkan.. hehehe..

Tak dapat 5000 langkah.. huhuhu.. Encik suami memancing, Sha jalan separuh je dari yang selalu.. hehehe.. Tak ada partner tak berapa nak berani lalu sampai hujung sebab kawasan tu sedikit sunyi.. hehehe..

Rekod ini berjaya dilakukan selepas menggagahkan diri untuk terus berjalan dan berjalan.. Hehehe.. Cuba push diri untuk terus berjalan walaupun rasa macam tak larat.. Kena juga.. Supaya badan menjadi sedikit ringan.. Alhamdulillah, walaupun kepenatan namun esoknya merasa badan sedikit ringan..

Gigih jalan dan terus jalan demi melepasi 5000 langkah.. Sha buat laluan baru dari yang biasa lalu tu.. Jadi lagi jauhlah perjalanan.. Tapi tak sampai 5km lagi.. Nak cuba sampai 5km tu tak tahulah bila boleh dapat..

Hari ini tak dapat 5000 sebab ralit bersembang dengan orang mancing ikan.. Seronok pula lepak luah perasaan.. Sampai gambar encik suami dengan anak-anak pun lupa nak ambil.. hehehe.. 

Hari Ahad (18.10.2020) Sha gagahkan berjalan dua pusingan.. Kononnya nak dapatkan 5km tapi tak berjaya.. Tapak kaki sakit.. Pergh!! Sikit je lagi.. hehehe.. Dapat paksa sampai 6000 lebih langkah je.. Memang kena paksa diri baru dapat capai sasaran..

5 comments:

  1. Tahniah
    Kena pakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan tapak kaki sakit.

    ReplyDelete
  2. wow this is amazing!! atie walk juga skrg ni petang2.. then lepas tu malam sure tido nyenyakkkk

    ReplyDelete
  3. berjalan menjadi banyak langkah bila kat shopping mall, syiokkkkkk! hihiii...
    fighting kak sha! you can.

    ReplyDelete
  4. Wah, bagusnya Kak Sha. Memanfaatkan kemudahan yang ada untuk jadi lebih sihat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com