Monday, July 27, 2020

HelloDoktor | 9 Isu Utama Kesihatan Telinga, Hidung & Tekak (ENT)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info ini Sha kongsikan buat semua.. Sebab sha sendiri pun selalu tertanya-tanya pasal kesihatan telinga hidung dan tekak kita.. Bila ada info begini sekurang-kurangnya kita tahu.. Jangan lupa rujuk doktor untuk maklumat lebih details ye..



Pernahkah anda terdengar atau terbaca tentang otolaryngology?

Jika ya, itu mungkin menunjukkan kalian adalah salah seorang dari pakar perubatan atau anda mempunyai masalah dengan telinga, hidung atau tekak.

Buat anda yang masih keliru, otolaryngology adalah bidang perubatan berkaitan telinga, hidung dan tekak (ENT) yang dikendalikan oleh otolaryngologist.

Persoalannya, apakah isu utama yang biasa terjadi kepada individu? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa itu ENT?

Sebelum itu, wajarlah untuk kita berkenalan tentang apa itu ENT terlebih dahulu.

ENT (ear, nose and tongue) adalah bidang perubatan yang mengendalikan sebarang isu kesihatan pada telinga, hidung dan tekak.

Otolaryngologist adalah doktor pakar yang akan menjaga dan merawat setiap penyakit pada bahagian antara bawah otak dan atas paru-paru kecuali mata.

Setiap dari mereka juga akan mempunyai kepakaran khusus dalam bidang masing-masing termasuklah:
Telinga (otology)
Hidung (rhinology)
Tekak (laryngology)
Kepala dan leher/tiroid
Tidur
Pembedahan plastik muka/wajah

Apakah isu utama yang selalu dikendalikan oleh mereka? Teruskan membaca artikel ini!


Isu utama berkaitan kesihatan telinga, hidung & tekak

Bukan 1, 2 atau 3 isu utama yang berkaitan dengan kesihatan ENT, tapi ada 9 malah mungkin lebih lagi!

Berikut merupakan 9 isu utama berkaitan kesihatan telinga, hidung & tekak yang kita semua perlu tahu:

#1. Soket mata

Meskipun pakar telinga, hidung & tekak tidak akan mengendalikan kondisi berkaitan bola mata, kawasan soket mata masih tertakhluk dalam bidang ini.

Buat anda yang belum tahu, soket mata adalah ‘rumah’ kepada bola mata dan segala isu seperti tulang di situ retak atau patah akan dikendalikan mereka.

Jika berlaku sebarang kecederaan atau kerosakan pada bola mata, anda akan dirujuk kepada pakar mata (ophthalmologist).

#2. Trauma muka/wajah

Selain mengendalikan pembedahan plastik pada muka/wajah, segala trauma seperti kecederaan dan kerosakan akan dirujuk kepada pakar ENT.

Ini termasuklah kes trauma yang serius seperti luka besar pada muka/wajah, retak dan patah pada tengkorak, tulang pipi atau tulang rahang.

#3. Kanser pada kepala dan leher

Pakar telinga, hidung & tekak juga bertanggungjawab mengendalikan pesakit kanser khususnya di bahagian bawah otak dan atas paru-paru kecuali mata.

Ini termasuklah melanoma kepala dan leher, kanser mulut, kanser tekak serta kanser sinus.


#4. Gangguan pendengaran

Pakar ENT akan berfokuskan kepada isu gangguan pendengaran yang disebabkan oleh jangkitan, ketumbuhan, kecederaan dan masalah dalam telinga.

Manakala kondisi kesihatan yang lebih berat seperti hilang atau kurang pendengaran dan tinnitus akan dikendalikan oleh pakar pendengaran (audiologist).

#5. Gangguan percakapan

Pakar ENT akan mengendalikan sebarang kes yang berkaitan dengan gangguan percakapan atau lebih tepat lagi gangguan pada kotak suara anda.

Antara masalah yang sering berlaku dan memerlukan perhatian otolaryngologist adalah kanser, nodul, polip atau sista pada kotak suara serta suara serak/garau.

#6. Gangguan tidur

Gangguan tidur juga tertakhluk di bawah kendalian otolaryngologist.

Antara isu yang biasa berlaku kepada kita berkaitan gangguan ini adalah apnea tidur dan insomnia yang disebabkan oleh faktor fizikal dan mental.

Ia bukan isu yang remeh kerana boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan fungsi tubuh badan kita sekiranya tidur tidak cukup kualiti dan kuantiti.

#7. Gangguan leher/tiroid

Kelenjar tiroid berada pada dasar leher anda dan mengeluarkan hormon yang mengawal banyak fungsi tubuh badan termasuklah sistem metabolisma.

Pakar ENT akan bertanggungjawab mengendalikan kes kanser leher, hyperthyroidism (tiroid terlebih aktif) dan hypothyroidism (tiroid terkurang aktif).


#8. Gangguan nasal dan sinus


Buat kebanyakan individu, ia mungkin merupakan masalah normal yang tidak perlu sebarang rawatan dan boleh sembuh dengan sendiri.

Pun begitu, ada juga individu yang akan mengalami kondisi ini lebih teruk sekali gus menyebabkan jangkitan atau gangguan pernafasan.

#9. Kondisi pada trakea dan esofagus

Tekak kita terbahagi kepada 2 saluran iaitu:
Trakea – membawa udara ke paru-paru
Esofagus – membawa makanan & minuman ke perut

Jika terdapat sebarang gangguan pada kedua-dua saluran ini, maka pakar telinga, hidung & tekak akan menjaga dan merawat kondisi anda.

Akhir kata, kita mungkin tidak pernah kenal dengan otolaryngologist atau tahu apa itu ENT.

Pun begitu, ketahuilah bahawa bidang ini sangat penting untuk memastikan kita semua kekal sihat dan kuat secara total.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

2 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »