Thursday, July 9, 2020

HelloDoktor | Jangan Tak Tahu, Lelaki Pun Boleh Ada Stretch Mark!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jangan tak tahu.. Bukan perempuan je ada Stretch mark.. Lelaki pun ada ye.. hehehe.. Jom baca info dari HelloDoktor ini..


Kerap kali, masalah stretch mark atau kesan regangan kulit sering dikaitkan dengan para wanita sahaja, lagi-lagi semasa mengandung atau selepas melahirkan anak. Namun, wujudkah stretch mark pada lelaki dan apakah sebabnya?

Terlebih dahulu, jangan risau kerana penyebab stretch mark dalam kalangan lelaki tidak memudaratkan!

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan jawapan bagi segala persoalan anda.

Apakah itu stretch mark?

Stretch mark atau istilah perubatannya striae distensiae ialah sejenis parut halus dalam bentuk jaluran dan garisan yang timbul apabila kulit meregang atau menyusut dengan mendadak.

Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang telah akil baligh. Stretch mark kerap dilihat dalam kalangan remaja kerana proses tumbesaran yang cepat.

Perubahan kulit yang mendadak menyebabkan kolagen dan elastin dalam kulit kita pecah. Kolagen dan elastin penting bagi menjaga keregangan kulit.

Semasa kulit sembuh, stretch mark akan muncul di permukaan kulit. Meskipun begitu, tidak semua orang akan mengalami keadaan ini.

Kajian mendedahkan tahap hormon juga memainkan peranan penting.
Bagaimana stretch mark berkembang

Stretch mark mempunyai dua fasa selepas wujud di permukaan kulit.

Fasa pertama adalah ketika ia masih berwarna merah atau keunguan. Dalam fasa ini, kulit akan berasa gatal sekali.

Fasa kedua muncul apabila stretch mark berubah ke warna putih, atau warna yang lebih terang daripada tona kulit. Jika anda sudah melalui fasa ini, maka susahlah untuk anda hilangkan parut tersebut.

Ia tidak memudaratkan kesihatan, tetapi ramai yang berasa malu dan rendah diri terutama sekali jika wujud stretch mark pada lelaki.

Di manakah ia boleh muncul?


Secara amnya, ia boleh muncul di mana-mana sahaja di bahagian badan anda. Walaupun begitu, bagi kaum adam pula, stretch mark kerap dilihat di bahagian :
bahu
perut
punggung
pinggul
paha
betis

Penyebab stretch mark dalam kalangan lelaki

Sehingga kini, belum ada kajian yang menemukan penyebab stretch mark kepada individu.

Namun, ramai pegawai perubatan beranggapan bahawa ia boleh terjadi hasil tiga faktor sekali gus iaitu tahap hormon, regangan kulit secara fizikal dan perubahan sel-sel kulit.

Di samping itu, genetik juga memainkan peranan penting. Jika anda mempunyai ahli keluarga lain yang mempunyai stretch mark, anda berpotensi tinggi untuk mendapatkannya juga.

Penyebab lain stretch mark ialah:

1. Perubahan berat badan yang mendadak

Perubahan berat badan, sama ada kenaikan atau penurunan yang mendadak boleh menyebabkan ia terjadi. Hal ini kerana terdapat pengumpulan atau kehilangan jumlah lemak yang banyak secara drastik.

Garisan menegak selalunya boleh dijumpai di bahagian perut, pinggul dan paha.

2. Pertumbuhan drastik masa akil baligh

Semasa akil baligh, kaum adam selalunya mengalami proses pertumbuhan yang lagi cepat berbanding wanita. Perubahan yang berlaku kepada tubuh badan boleh menyebabkan stretch mark berlaku.

Ia selalu ada di bahagian lengan, paha, pinggul dan punggung lelaki.

3. Membina badan


Ketika mengangkat berat, otot akan berkembang dengan lebih cepat dan menyebabkan stretch mark. Selalunya, ia boleh dijumpai di bahagian otot yang selalu dibentuk seperti tepi dada, bahu ataupun paha.

4. Penyakit adrenal

Pesakit adrenal seperti sindrom Cushing, sindrom Ehler-Danlos dan sindrom Marfan kerap ada stretch mark sebagai salah satu tanda penyakit mereka.

Gangguan terhadap kalenjar adrenal menyebabkan perlepasan kortikosteroid yang berlebihan dalam tubuh.

Kortikosteroid memberi kesan terhadap sel-sel kulit kerana ia mampu mengawal pembentukan kolagen. Jika jumlah kortikosteroid terlampau tinggi, pembentukan kolagen akan menjadi lebih sedikit dalam badan.

Kekurangan kolagen boleh menyebabkan kulit kurang anjal dan stretch mark boleh berlaku dengan senang.

5. Penggunaan krim kortikosteroid berpanjangan

Selalunya, krim kortikosteroid seperti hidrokortison digunakan oleh pesakit ekzema. Namun, penggunaan krim kortikosteroid yang berpanjangan boleh menyebabkan pembentukan stretch mark di kawasan yang disapu krim.
Konklusi

Normal jika kaum Adam mempunyai stretch mark.

Walaupun begitu, kalau anda berasa segan dan rendah diri, boleh cuba sapu minyak vitamin E, mentega koko atau minyak badam pada bahagian badan yang terkena stretch mark.

Anda juga boleh berjumpa dengan pakar dermatologi untuk rawatan yang lebih lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

2 comments:

  1. hello doktor ni bagus rancangannya... selalu jugaklah tengok sambil melayan anak-anak buah.. tak tahupulak lelaki pun ada stretch mark, ingtkan prempuan jaa

    ReplyDelete
  2. ada yang ingat stretch mark tu pecah lemak.. hehehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com