Friday, September 21, 2018

Kecemasan di Pejabat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas (Khamis - 13.09.2018) berlaku litar pintas dan percikan api di aras 1 perpustakaan tempat Sha kerja.. Percikan api tu menyebabkan asap tebal di aras 1.. Mujurlah pelajar yang melihat percikan api itu turun dan memberitahu petugas kaunter.. Disebabkan loceng penggera tidak berbunyi, maka urusan menyuruh pelajar meninggalkan Perpustakaan menjadi kalut.. Ada yang menyangka kami berpura-pura.. Sedangkan waktu ini kami semua dah panik.. Para pelajar boleh berlenggang kangkung seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.. Kami pula risau pelajar lemas terhidu asap dan percikan api tu menyebabkan letupan..

Mujur ada seorang staf lelaki datang membantu.. Beliau menyuruh kami untuk mematikan punca utama kuasa elektrik dan menyuruh pengawal keselamatan menelefon bomba.. Bomba datang tak sampai 10 minit selepas panggilan dibuat.. Setelah pemeriksaan dijalankan, Alhamdulillah.. Tindakan pantas mematikan punca kuasa berjaya menyelamatkan Perpustakaan dari terbakar.. Memang kami panik dan fikir nak suruh pelajar keluar je.. Yang pelajar pula anggap apa yang berlaku tu sebagai perkara kecil dan tak endahkan pun arahan kami untuk suruh mereka keluar.. Memang seksa betul nak suruh pelajar keluar.. Mujurlah tiada kecederaan ataupun kejadian pengsan.. Lepas je Bomba sahkan situasi selamat, kami pun masuk balik Perpustakaan.. Sementara tunggu staf selenggara periksa lampu dan wayar elektrik, Pengarah datang untuk tengok kawasan kejadian..

Memang pengalaman sungguh.. Bila panik semua perkara terlupa.. Tapi syukur tidak terjadi kebakaran atau kecederaan..

23 comments:

  1. ya Allah.. takut + panik bila percikan api tu..

    ReplyDelete
  2. salam singgah. allahu, hanya Allah sahaja yg tahu pengalaman pasal kebakaran ni. syukur takda apa2 kemalangan

    ReplyDelete
  3. hurmm susah jugak kan kalau ada ada pelajar tak ambik serius apa yang kita cakap...nak suruh terbakar dulu baru nak percaya ke..nanri kalau jadi apa-apa petugas jugak akan disalahkan dulu

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. nasib baik tak terbakar.. kalau tak, naya, dah la perpustakaan..

    ReplyDelete
  5. alahai pelajar tu pun -_- kat tempatkerja sha pulak berlaku aliran elektrik berlebihan, banyak jugak alatan elektrik yang meletup pastu takda elektrik beberapa hari

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, semua selamat...selalunya bomba akan buat testing alat2 pencegah kebakaran 2x setahun, utk pastikan berfungsi..

    ReplyDelete
  7. I have been in the situation like that kak. Dapur terbakar. Mujur pihak bomba datang cepat. at end, mampu nangis je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part nangis tu memang.. Alhamdulillah tak ada apa ye Aisyah..

      Delete
  8. boleh bayang macam mana situasi tu nak pula bila melibatkan banyak nyawa. Alhamdulillah semua selamat.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah semuanya selamat dan baik baik aje. yang penting tiada terkorban nyawa kan.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah selamat semuanya.. mesti panik kan masa tu akak >.<

    ReplyDelete
  11. agaknya selagi x nmpk api marak selagi tu laa diorg x nk berganjak ye...ish bebudak niiii

    ReplyDelete
  12. sama la macam buat fire drill. masing2 berjalan pun lenggang kangkung je.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah...
    kena amik peduli kan.
    kalau lambat, takut ada yg tercedera or apa2.
    kena cepat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »