Saturday, December 17, 2016

Beli Baju Budak Online

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak share dengan pembaca blog Sha..
Baru-baru ini Sha ada beli baju anak secara Online..
Tawaran murahkan.. Terus tergoda..
Sepasang RM10 (baju lengan pendek dan seluar panjang)..
Sha beli 4 pasang.. 2 pasang untuk Amani dan 2 pasang untuk Imani..
Saiz untuk Amani sha amik saiz 8 tahun Imani lak 5 tahun..
Sekali je la Sha beli..
Memang Sha tak sukalah..

Kenapa Sha tak suka??
Firstly sebab dia bagi Sha no tracking awal dan cakap paling lewat seminggu.. (tarikh dia bagi no tracking 25.11.2016) Okay.. Lepas seminggu Sha check, still tak ada dekat pos laju.. Sha biar lagi.. Lepas 10 hari lebih kurang, masih lagi tak boleh track, Sha mesej tanya.. Sha mesej pada 6.12.2016 tau.. Dia jawab biasanya lepas 10 hari baru boleh check dekat pos laju.. Okay..Sha sabar lagi.. Sha check still tak ada.. Sabar lagi.. esoknya check lagi.. Status masih tak ada dekat Pos laju.. dekat 2 minggu lebih.. Tetiba dia call cakap terlepas pandang order Sha.. ada satu design tu dah habis.. Suruh tukar design lain.. Sha pun setuju jelah.. Malas dah nak fikir.. Dah pangkah siap-siap dah.. dia call 8.12.2016 dan barang pos kat kaunter jam 3.51ptg (8.12.16) tu.. esok tu terus boleh check dekat portal.. Nampak sangat baru settlekan order Sha..

Second baju sampai saiz tak sama dengan apa yang Sha nak.. Sha beli saiz 5 dan 8 tahun.. Patutnya masa Sha order dia terangkanlah saiz baju tu macam mana.. Ini baju dah sampai, Sha WhatsApp cakap kenapa saiz tak sama macam Sha order baru terhegeh-hegeh nak call dan maklumkan yang saiz baju tu tak sama mengikut design.. Fail.. Seriouslly memang fail.. Give up Sha.. Amani langsung tak boleh pakai.. Sebab singkat dan senteng..
Imani je boleh pakai itupun, dua seluar tu memang teruk..
Cawat dia panjang sangat..
Tak taulah baju reject ke memang pattern dia macam tu..

Jangan tanya Sha siapa seller tu..
Sha sekadar nak berkongsi pengalaman sahaja..
Sebagai seller patutnya kita jujur dengan customer..
Kalau baju tu baju reject bagi tau customer..
Ada masalah apa ke, maklumkan dengan customer..
Atleast yang membeli senang hati yang menjual suka hati..

Beli Baju Budak Online
Tgk beza cawat..

7 comments:

  1. abam kie x beli pakaian n kasut secara on9 sbb dah agak masalah spt x muat ni akan terjadi. kalau beli benda2 yg x dipakai di badan tu mmg la biasa buat di lazada..

    ReplyDelete
  2. ish ish teruknya servis. Kalau kite dah lama naik hangin huhu *sebab tu kite tak suka beli online, mencabar keimanan sungguh*

    ReplyDelete
  3. Dunia semakin mudah dah sekrang..
    Tak perlu susah2 nak kuar cari dah barang..
    Semuanya online sahaja..


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  4. saya memang tak beli baju online. takut benda mcm ni jadi

    ReplyDelete
  5. kalau kne dekat mek, mek refund je trus. klau tk nk refund, mek viral. hahahha. jahat tak. tp ye la, ak beli kot. ak nk bg ank ak pkai. tlg kau dpt ntung tp ni kau bg kat ak?? eyh eyh eyhhhhh kauuuuu.

    ReplyDelete
  6. kalau kena kat Unni ni.. abis dia bermandi dengn ayat2 pedas!!!hahahahahah, bukan kata x sabar tp saja nk bg pgajaran biaorg lain x kena nasib macam kita.. sabar je la :(

    ReplyDelete
  7. MV memang x pernah beli baju anak kat online..pernah beli sekli jer...itupun masa raya..lepas tu x..sebab takut masalah macam ni lah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com