Sunday, December 18, 2016

Tutorial Sambal Sardin Sha

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sha hidangkan anda dengan tutorial memasak sambal sardin versi Sha... Sha pernah sharekan sebelum nie kalau Sha memasak mesti Sha sediakan bahan-bahan masakan terlebih dahulu.. Kali ini masak awal pagi so sempatlah sambil masak sambil snap gambar.. Bolehlah tengok gambar-gambar dibawah ye.. Kalau korang ada apa nak tanya just bubuh dekat komen, nanti Sha jawab.. Cuma cepat dengan lambat je.. hehehe..

Tutorial Sambal Sardin Sha
Bahan-bahannya:
1 biji kentang dipotong dadu 
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 tin sardin dibuang tulang tengah
(Tak ada dalam gambar ialah gula, minyak, garam dan asam jawa)

Tutorial Sambal Sardin Sha
Cili giling ini Sha guna 1 paket cili kering (direbus dulu), bawang besar dan bawang putih diblend..
Untuk sambal sardin nie Sha guna 2 sudu je..

Cara memasak (ikut turutan) :
Panaskan periuk (Sha memang suka masak sambal dalam periuk) dan masukkan minyak..
1. Setelah minyak panas, masukkan kentang yang dipotong dadu.. Masak hingga separuh empuk.. (agak-agaklah ye)..
2. Masukkan bawang.. Masak hingga agak kekuningan..
3. Masukkan dua sudu cili giling tadi.. Masak hingga cili garing..
4. Bubuh air asam jawa.. Yang nie pun kena agak sendirilah ye.. hehehe.. dan sedikit gula.. Kacau bagi sebati.. didihkan sekejap..
5. Masukkan sardin yang dah dibuang tulang tadi berserta sos dia.. Kacau bagi sebati dengan sambal tu.. Didihkan sehingga anda puas hati. Tutup api.. Garam Sha bubuh lepas tutup api ye.. Demi menjaga khasiat garam.. Sebab Sha punya garam nie untuk tambah zat besi.. Hehehe...
Sambal sardin anda dah siap..

Tutorial Sambal Sardin Sha
Sambal Sardin yang dah siap..
Sha punya nie, Sha hancurkan sardinnya..

Tutorial Sambal Sardin Sha
Makan dengan Paratha pun sedap..

7 comments:

  1. sedapnyaaa kak sha. nak skit.. hehe

    ReplyDelete
  2. haaa, bleh buat makan pg ni kak sha :) buat time christmas ni la :)

    ReplyDelete
  3. ok sardin... masuk list lagi!!!hihihi

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nampak sambal sardin tue..

    ReplyDelete
  5. menarik sambal sardin...jarang jarang makan lagi sedap

    ReplyDelete
  6. tq share resepi ni....nampak sedap makan dengan roti

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »