Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

Sunday, December 11, 2016

Bubur Nasi versi Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak share dengan korang..
Bubur nasi je pun..
Senang sangat nak buat..
Menu Sha bila tak tahu nak masak apa..
Sebab bubur nasi boleh dipelbagaikan..
Janji berani.. hehehe..

Bubur nasi yang paling mudah dan senang..
Sebab bahan asas dan wajib ada ialah..
Beras, air, bawang besar (bawang Holland pun ok) dan kentang..
Bahan tambahan lain terpulang pada korang..
Nak bubuh udang ke, ayam ke, ketam ke..
Ikut sukalah.. apa je yang ada dalam peti ais..

Bubur Nasi
Bahan-bahannya
1 cawan beras dibasuh
Air secukupnya
1 biji kentang
1 biji bawang besar
(Kentang dan bawang dipotong dadu)

Cara Memasak
1. Rebus beras bersama air. Bila mendidih buang air rebusan tu dan bubuh air baru.. Air nie agak-agaklah ye..
2. Setelah mendidih bolehlah masukkan kentang dan bawang yang dipotong dadu.. Perlahankan api..
Sesekali kacau supaya nasi tak melekat dekat periuk..
3. Bubur dah siap bila nasi kembang dan kentang empuk..

Nie bubur nasi paling asas..
Kadang-kadang Sha tambah kiub ikan bilis or kiub ayam, supaya rasa dia lagi umph..
Sayur boleh tambah carrot selain kentang..
Semuanya terpulang pada selera anda..

Kalau tak nak bubuh dalam bubur nasi pun ok je..
Goreng je ayam ke.. ikan bilis ke.. buat telur dadar pastu potong kecik-kecik.. pun sedap juga..
Nie semua terpulang pada kita.. Boleh je..
Janji rajin nak masak.. Hehehe..

Sekadar perkongsian..
Semoga bermanfaat..

Bubur Nasi versi Sha

14 comments:

  1. ingt jgung td rupanya kentang... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buh jagung pun sedap Unni.. dia jadi manis sikit..

      Delete
  2. Sedap tu bubur nasi, dpt mkn dgn ikan masin goreng pun sedap

    ReplyDelete
  3. sedap tuu...teringat bubur nasi mcm ni waktu kecik2 dulu...bila demam mesti mak buat camgini...marvelous kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan yang paling best sangat bila x sehatkan..

      Delete
  4. Replies
    1. Xpe airi.. cuba lagi..
      Sha pun banyak kali cuba, baru jadi..

      Delete
  5. Replies
    1. Memang pun mas.. dia jd warna warni.. hehe

      Delete
  6. Simple menu tp confirm mbuka slera kan =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI