Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Monday, December 5, 2016

#MyTravelokaEscapade: Percutian Idaman Ku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semua orang mempunyai percutian impian, begitu juga dengan Sha. Sha sangat-sangat teringin untuk pergi ke Sabah. Pada Sha Sabah merupakan sebuah negeri yang sangat cantik dan banyak tempat yang menarik boleh dilawati. Bagi memudahkan Sha membuat tempahan penerbangan dan juga hotel, Sha memilih Traveloka. Kenapa?

Traveloka adalah satu laman web online yang memudahkan pengguna untuk membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan. Segalanya dihujung jari sahaja. Zaman teknologi kan? Tak semua laman web online yang menyediakan perkhidmatan tiket penerbangan dan hotel sekaligus. Semuanya kena buat secara berasingan. Macam agak sukar juga.  Traveloka memang memudahkan pengguna. Korang pun nak bercuti jugak, jom ke Traveloka dan cuba perkhidmatan Traveloka di pautan ini http://www.traveloka.com.my/ dan jangan lupa guna hashtag #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan pencarian destinasi percutian korang.

Kenapa Sha pilih Sabah?

Sebab Sabah ada macam-macam tempat menarik yang best. Kalau ke Sabah banyak yang boleh dilakukan.. Banyak tempat yang boleh Sha jelajah. Sabah akan menjadi satu tempat percutian yang ohsem dan adventure..

 Desa Cattle Dairy Farm
Dengan suhu sejuk dan pemandangan gunung, ladang tenusu Desa Dairy Farm ini menjadi tempat pilihan ramai pengantin merakamkan gambar kenangan kerana ala ladang di Eropah yang sungguh menawan.
Terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari bandar Kota Kinabalu, anda boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini. Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke kandang haiwan.
Jika anda sudah letih bergambar, anda boleh berehat sambil menikmati waffle dan ais krim serta menikmati sejuknya angin gunung.

 Kundasang War Memorial
Tempat untuk mengimbau sejarah pendudukan Jepun di Sabah. Bagaimana tragisnya askar British yang menjadi tawanan tentera Jepun yang dipaksa berjalan kaki dari Sandakan. KWM bukan kubur tetapi taman peringatan yang cantik dengan senarai nama-nama perwira yang gugur.
Setiap tahun ada saja keluarga tentera ini yang akan melawatnya. Terletak di kawasan berbukit, pemandangannya sungguh indah menghadap Gunung Kinabalu dan kawasan penanaman sayuran di Kundasang.

Selain itu Sha juga teruja untuk berjalan di sekitar Kota Kinabalu yang dikatakan mempunyai banyak tempat menarik.. Antaranya..

 
Tamu Gaya di Gaya Street
Tamu Gaya seakan-akan pasar tani yang banyak terdapat di semenajung Malaysia. Berbagai barangan seperti makanan, barangan kraf, servis mengurut kaki dan sebagainya dijual di sini. Ia hanya diadakan pada hari Ahad sahaja.
 
 
Pasar Filipina
Dinamakan sedemikian kerana dimulakan oleh migran Filipina lama dahulu. Pasar ini menjual barangan kraftangan hasil buatan berbagai suku kaum di Sabah. Yang paling banyak dijual sudah tentunya barangan perhiasan wanita seperti batu permata, mutiara, batik, t-shirts dan cenderahati.
Terletak di waterfront antara pasar buah dan pasar basah, ia merupakan tempat yang sesuai untuk membeli-belah sebelum pulang.

 
 Signal Hill Observatory Platform
Terletak di kawasan paling tinggi (dah tentulah kan hehe..), ia tempat yang sesuai untuk melihat sebahagian bandar Kota Kinabalu. Hanya beberapa minit berkereta dari Padang Merdeka. Kalau naik teksi kena RM10-15 lah juga. 

 
 Lok Kawi Wildlife Park
Ia terletak di jalan lama Penampang-Papar dan dibahagiakan kepada dua komponen iaitu zoologi dan botani. Dengan menjadikannya taman untuk keluarga, zoo kanak-kanak telah diberikan keutamaan. Diantara binatang yang dipelihara di sini ialah Borneo Pygmy elephants, monyet Proboscis yang menjadi maskot Tourism Malaysia, harimau Malaya dan juga beberapa spesis rusa.

 
 Masjid Likas
Masjid in terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Kota Kinabalu, jalan yang sama menuju ke Universiti Malaysia Sabah. Masjid ini mampu memuatkan sekitar 9,000-12,000 jemaah dalam satu-satu masa melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh Masjid Negeri.
Berhampiran laut, masjid ini kelihatan terapung diatas lagun yang dibina di sekelilingnya. Bila bulan mengambang penuh lagi cantik.


Rumah Terbalik
 Apa yang anda ingat dengan nama Tamparuli? Jambatan? Takdelah besar benar jambatan tu. Yang lebih menarik ialah www.upsidedownhouse.com.my yang beralamat di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran. Nak pergi ke Gunung Kinabalu kita kena lalu Rumah Terbalik ini yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Merupakan sebuah rumah kampung yang serba lengkap hiasan dalamannya tetapi dipasang secara terbalik termasuklah kereta. Jangan risau nak bawa ahli keluarga yang berkerusi roda kerana ianya wheelchair friendly.
Ladang Teh Sabah Tea
Sabah Tea ialah teh organik yang ditanam di Ranau. Terletak bersebelahan dengan Tagal Sungai Moroli Kg Luanti, penginapan juga disediakan di sini disamping factory tour. Restoran pun ada.
Medan Selera Segama Waterfront, KK
Tempat terakhir dan yang paling penting dalam misi Sha ke Sabah..
Tempat makan seafood.. Semua orang cakap Seafood kat sabah murah-murah dan tempat best untuk makan di Medan Selera Segama.. Kalau anda peminat seafood, jangan lepaskan peluang ke sini okay.
Tunggu apa lagi.. Jom ke Traveloka dan tempah tiket penerbangan anda berserta hotel. Melancong bersama Traveloka pasti menggembirakan anda.
#MyTravelokaEscapade

Sumber gambar : Google image


18 comments:

  1. menarik nanti boleh check traveloka ni ...

    kita suka sabah

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah lagi sampai kat sabah tu, teringin sangat nak pergi, tapi keadaan ekonomi sekarang tak mengizinkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. tak pernah jejak juga.. tu yang teringin..
      Mana tau ada rezeki lebihkan..

      Delete
  3. murah murah dan sedap akak seafood dekat Sabah ni hehhe fresh lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah cik itah..
      Akak memang suka seafood nie..

      Delete
  4. wahh kak sha :P meh la dtg sabah.. nnti Unni blh jdi guide tuk kak sha.. y pnting masa cun!!!

    ReplyDelete
  5. nice... wat org rasa nak pegi ja...

    ReplyDelete
  6. Kita pun mmg plan nak ke Sabaahhhh! heheh

    ReplyDelete
  7. Cantiknya masjid Likas from top view. Gambar snap sendiri ke? Nice shot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah fatin.. Sha google je gambar nie.. Sha tak pernah jejak kaki lagi dekat Sabah..

      Delete
  8. mmg ada plan nak ke sabah, tq atas sharing sha

    ReplyDelete
  9. sha..kalau ada rezeki ke sini..contactlah MV yea

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI