Tuesday, June 8, 2021

Murung Sebab PKPD

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaflah semalam dan hari ini tak ada entry pasal buku.. Bingung rasanya bila dapat tahu Kompleks kami tinggal ini (merangkumi pejabat, asrama pelajar dan kuarters staf) kena PKPD bermula esok hinggalah 22 Jun 2021.. Kelam kabut jadinya.. Emosi lagi nak diurus.. Dugaan dan cabaran sungguh 2021 ini.. Boleh keluar buang sampah je nanti.. Duduk rumah diam diam.. 

Pagi tadi Sha ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak untuk tukar tarikh temujanji, patutnya semalam tapi semalamkan cuti umum.. Tapi misi suruh ambil darah je sebab dah datang dan tak ramai orang.. Ambil darah ini untuk pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.. Malangnya Sha terlupa nak puasa malam tu dan misi pun lupa nak tanya Sha puasa ke tak.. hahaha.. Pening.. pening.. Lepas ambil darah, Sha dah boleh balik.. Teringat tak puasa masa dalam kereta.. Tunggu jelah keputusannya 2 minggu lagi.. huhuhu.. Harapnya tak ada apalah..

Lepas ke klinik, singgah pasar beli ayam seekor, sayur sikit dan telur sepapan.. Jadilah buat tambah lauk untuk menghadapi PKPD dua minggu ni nanti.. Kalau tak top up, risau tak cukup pula lauk sedia ada kat rumah tu nanti.. hehehe..

Petangnya encik suami buat projek tambah ampai.. Senang.. Tergantung je baju nanti.. hehehe.. Buat 3 layer, banyak sikit baju boleh gantung..

Nampak tak lampu lip lap yang berjuntai tu.. hehehe.. Penangan raya PKPD..



14 comments:

  1. Cantik ampainya tu. Boleh muat banyak pakaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak.. memang banyak beh muat tu nanti.. hehehe..

      Delete
  2. Harap kukuh lah. Kena kepala sedap ni. 😂

    ReplyDelete
  3. Jangan murung2
    Banyak aktiviti berfaedah boleh dibuat masa PKPD tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. tengah menyusun apa yang nak dibuat.. hehehe..

      Delete
  4. Rajin hubby sha...
    Bagus gak musim hujan senang dh ada tmpt nk sidaibbaju kat bahagian berteduh..

    ReplyDelete
  5. Nest lah nanti nak gantung baju guna ampaian baru

    ReplyDelete
  6. Aduhai nak keluar kemana2 payah dah ya, takpela kak sabar ye, duduk rumah layan buku dan family kalau bosan tengok pokok... pemandangan dr rumah akak kan lawo

    ReplyDelete
  7. sha..bosan baca buku ye hehee :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com