Monday, February 1, 2021

Pendidikan Seni: Kami Suka Sayur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha kongsikan hasil kerja Imani pula.. Malam Ahad baru teringat yang kerja sekolah pendidikan seni tak buat lagi.. Hehehe.. Ayahnya lah yang teman sebab ayahnya berseni sikit.. Kalau maknya karang jadi lain pula.. hahaha.. Subjek Pendidikan Seni dengan tajuk Kami Suka Sayur ini saling berkait dengan subjek Pendidikan Muzik.. Sebelum melukis mereka kena menyanyi lagu pasal sayur ini.. Lepas tu barulah melukis dengan menggunakan 3 garisan iaitu garisan lurus, garisan melengkung & garisan beralun.. Tapi bila cikgu bagi video yang ada banyak jenis garisan, anak-anak ini pun buat ikut video lah.. Ada garisan bulat, zig zag.. Tak adanya dia ikut arahan tu minta 3 jenis je.. hahaha.. Layanlah, yang penting anak-anak ini faham video yang ditunjukkan.. Ye tak.. Walaupun tak ikut arahan gurunya.. 

Kemain baik ikut arahan ayahnya melukis.. Walaupun banyak akalnya.. hehehe.. Pukul 10 malam baru buatnya.. 

Hasil yang dihantar ke guru oleh Sha pagi tadi..

9 comments:

  1. Kalau sy homework si adik part melukis cmni akn diserahkan kpd kakak.. hehehe.. akak lg reti berseni dpd ibu

    ReplyDelete
  2. Menarik seni lukisan sekarang. Siap ada lagu sayur lagi tu. Cantik hasil kerjanya walaupun banyak akalnya mengelat ye..hihi

    ReplyDelete
  3. Cantiknya lukisan. Pandai melakar.

    ReplyDelete
  4. aduh... andaikata satu hari nanti klu atie pun ada anak, mmg tak berseni pun atie nk tlg anak2 hahaha

    ReplyDelete
  5. kenapa zaman kita dulu x ajar melukis/mewarna mcm niiii

    ReplyDelete
  6. Wow cantiknya hasil lukisan mmg betbakat la

    ReplyDelete
  7. dulu saya belajar takde lagu pun...sekarang dh advance...seronok la melukis sambil berlagu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com