Monday, January 25, 2021

Pengambilan Buku Teks Darjah 5

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah urusan pengambilan buku Teks amani berjalan lancar.. Memang terbaiklah cara sekolah menguruskan pemberian buku teks ini.. Amani punya buku teks ini dapat lambat sebab silibus baru.. Selain buku teks Amani, Sha dapat sekali buku aktiviti Imani dan baju sukan baru mereka.. Sha memang tabik hormatlah cara sekolah menguruskan pemberian buku-buku ini.. Mereka tanya siap-siap dalam group whatsapp siapa yang ada adik beradik darjah lain untuk pihak sekolah sekalikan pemberian buku.. Tak payah lah mak bapa datang 2,3 kalikan sebab jadual waktu untuk setiap darjah berbeza.. Lepas tu pemberian buku pun secara pandu lalu je.. Cikgu dah siap tunggu dekat hentian bas depan sekolah untuk serahkan buku.. Mak bapa cuma perlu maklumkan anak kelas apa je..

Kita berubah mengikut keadaan dan dalam masa yang sama mak bapa juga perlu berikan kerjasama kepada guru untuk melancarkan apa juga aktiviti.. Bila ada kerjasama dan kesepakatan semua aktiviti akan menjadi lancar.. 

Baju sukan Amani dan Imani, buku teks Amani dan juga buku aktiviti Imani..

Sempat tapau sarapan.. Nasi goreng kampung dan pedal masak kicap bersama air nescafe ais hanya RM4.20 sahaja..

10 comments:

  1. Banyak sekolah dah gunakan cara ni. Berkesan.

    ReplyDelete
  2. Ayu minggu depan... 1 feb & 3 feb...bagus kan kalu leh sekali dtg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sekali datang je mudah kerja.. tak payah nak pergi 2,3 kali..

      Delete
  3. Alhamdulillah, mudah urusan. Kalau tidak jenuh juga nak pergi sekolah banyak-banyak kali

    ReplyDelete
  4. Memang tabik untuk cikgu norma baharu sekarang. Banyak diorang berkorban demi pastikan anak murid tak tercicir dalam pelajaran

    ReplyDelete
  5. Senang kerja ambil untuk anak anak lain sekali. jenuh juga nak datang 2 3 kali. sekali amek je senang. mujur sekolah pun faham.

    ReplyDelete
  6. bagus cara cikgu2 ni kendalikan masalah����

    ReplyDelete
  7. bgos la klu pemberian smua teraturkan, tak paham parents nak pegi berasak,tggu lama2 then dua tiga kali pergi

    ReplyDelete
  8. Betul sha, tahun 2021 ni..tahun 5 dan tgkatan 5 silibus baru..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com